Dah jadi kes macam nak panggil nama sorang anak tu, tapi sebut nama anak-anak yang lain dulu. Ahaks.
{
Masuk dalam tu, semua dah ada, duk kat belakang sekali. Barang dah tersedia. Semua tengah sibuk menghias cupcake masing-masing. Cupcake dah tersedia, kita cuma mendekorasikannya. Rasanya Anna termiss intro apa itu fondent, gumpaste, bla bla bla, pastu adunan semualah. Damn, bahagian penting tu tertinggal. Takpa, nanti aku google. Internet kan semua ada.
Sempat buat dua je kat kelas. Yang menatang betuk love tu, ngan rambut rumput. Instructor tak ajar pon buat macam tu, aku saja je. Gatal. Kreatif la konon. Tapi dia puji gakla kasut tu, kata lawa. Siap ada stripe adidas dan converse sneakers lagi. Aku wat kasut mary jane berstokin putih, orang lain kasut hitam biasa je, takda stokin. Ahaha. Berlagak seh, padehal paling comot kot. Dahla cheating tak buat tangan. Patutnya ada tangan, tapi aku ni kan rebellious, tanak dengar cakap orang, ikut kepala sendiri. Haha. So tidaklah bertangan mereka. Kasihan. Itu yang aku bagi rambut tu, orang lain takda rambut. Aku punya memang spesel.
Balik rumah baru buat teddy bear ngan ladybug tu. Itupun tak mengikut arahan. Orang lain buat kepala bentuk heart, aku wat bentuk bulat hitam, konon nak buat macam ladybug yang real lah. Ahaks. Sebenarnya aku takda penekap heart shape tu, sebab tu cari alternatif lain. Tapi aku sendiri rasa macam tak cun je kepala heart shape tu. Chey, ayat penyedap hati.
Tengoklah rumput dia. Cantik okay. Peserta lain dalam tu pon lawalah depa punya, kemas dan teratur. Jauh gila beza ngan yang aku buat. Ahaha. Rata-rata memang pembuat cupcake. Yang duk kat sebelah aku student UIA, dak law 2nd year. Huhuhu. Dia pon datang lambat, tapi tak selewat aku. Banyak aku duk tanya dia, termiss punya pasal. Kesian aku kacau dia. Sempat bertukar nombor telefon. Ngan akak kat depan tu, Mastura namanya, aku bagi namecard lagik. Dia nak aku shoot gambar cupcakes dia. Wah, sempat berbisnes. Yaw.
Chicken Chop. Diorder oleh adik Pitt, Siti. Dia belajar dekat USIM di Nilai tu, antara sebab lain kami ke sana lah. Untuk ambik dia, sebab dia ikut kami balik Perlis masa cuti Tahun Baru Cina.
Western Fried Rice tak silap namanya. Serius sedap gila. Aku tak tipu. Sampaikan aku tak sempat nak ambik gambar makanan yang Pitt, Eeman dan Am order sebab duk melantak makanan. Pitt order Nasi Goreng Cendawan, yang juga sangat sangat sedap, Eeman & Am, aku tak ingat apa. Memang puas hati makan. Aku sangat syorkan korang cuba makan di sana. Ni pon aku rasa mengidam nak makan lagi. Aku bagi, 10/10 bintang. Bukan sebab nak puji member, tapi aku memang ikhlas ni.
Fynn dan Ilham. I love this picture. Macam ibu mitahli kan?

Ha, tu dia, geng girls night out. Kalau sesiapa ingat video tiga gadis yang bergumbira tu. Masa tu tak kawin lagi. Skang ni tiga-tiga sudahpun berlaki. Dan semuanya kahwin dalam tahun 2008. Selang hanya beberapa bulan.
Anna & Pitt. Pengantin sejuk.
Fynn & Tri. Pengantin suam-suam kuku. Dan si Ilham yang comel dan nakal. Membaling selipar ke arah Pitt. Takpa, sebab Pitt telah menjahanamkan kerusi depa. Ahaha.
Eeman & Am. Pengantin panas. Seri pengantin tak hilang lagi.
Ketiga-tiga pasangan encik-encik dan puan-puan. One big happy family."You buat poster untuk Susuk?"Dia pun kenalkan aku dekat Freddy Fernandez. Dia tanya apa tah kat aku, aku semacam tengah high masa tu, tak dengar. Aku cuma tersengih, dan angguk. Very awkward. Perbualan terhenti di situ. Diorang berborak sama diorang.
"A'ah"
"You dengan syarikat mana?"
"Freelance"
"Ada namecard?"
"Ada"
"Nanti bolehlah saya contact kamu untuk buat poster"
"Okay"
....
...
"Weh ko buat apa kat sini?"Tapi pikir-pikir balik, apa lagi nak ditanya? Hmm. Korang plak jenis cemana dalam situasi macam tu, di memang terserempak ngan member, atau di event memang ke di mana ada orang ramai yang korang kenal atau separa kenal, atau buat-buat kenal? Sebab yang pasti, pada kebiasaannya, aku akan rasa sedikit kekok.
"Ko dari mana ni"
"Nak gi mana ni?"
"Datang ngan sapa?"
"Dah makan?"
"Tak tengok movie ke?" (Kalau kat tempat ada panggung)
"Ko buat apa sekarang ni?"
"Dengar citer... XXX nak kawin (atau apa benda lainlah pasal member yang memasing kenal..)"