20090129

Dah banyak kali aku bukak page nih.

Tapi tak tertulis apa-apa. Agak blur apa nak dikarang. Cuma saja nak khabaq "Honeeeeey, I'm hoooome.."

Lima hari di Perlis. Sangat syok. Rasa tanak balik. Sama macam masa kat Kelantan beberapa minggu yang lepas, pon tanak balik. Rasa tenang. Pening dan serabut kepala ja duk kat bandar nih.

Gambar akan menyusul kemudian.

{ANNA}

20090122

MySpace

Add me plz.

Mok Wai

Wa hali ini lasa manyak pinat wor. Wa lasa wa sulah tala eneji. Haiyah, sulah tua wor. Ini Gong Xi Fa Choi wa balik sama wa punya hubby wor. Balik kampung dikat Pelis, naik keleta.

Wa lasa manyak kuno wor. Wa tala kenai itu Mok Wai. Wa ala lenga celita itu Mok Wai tulun Melaysia wor, main itu konset. Wah liau. Wa cakap wa liau pasat olang lain celita, wa tala mau outdeted wor. Ha, wa lengar itu Lee Ah Na juga ala mau tulun sini wor. Wa manyak hibat la Melaysia. Jason Mee Lez ala juga wor. Gila la Melaysia wor. Tapi satu pon wa tatak mau pigi wor. Wa tatau la kinapa wa ini macam. Wa talak ada minat maw pegi itu konset wor. Wa takat dingar itu em pi tri sulah cukup wor. Manyak mahal wor tiket.

Lu olang misti piki, kinapa Ah Na tulis ini macam wor? Wa lasa manyak musan la. Jadi wa tulis la ini macam wor. Wa tulis ini macam pon sebab mau raya cina wor.

Tong tong cang, tong tong cang.

Tahun ini wa tala makan manyak muah limau. Ok wa stop sini. Mata wa sulah lasa mau tutup. Bai bai.

{SUE AH NA}

20090120

Adakah tempoh suatu perhubungan tu penting?

Anna rasa agak pelik bila menonton cerita orang putih, ataupun membaca kisah sebenar hidup pasangan orang putih ni, 6 bulan berpacaran dah nak move in together, dah nak kawin ada yang 3 bulan je pon dah nak duk serumah dah. Pelik. Dan jarang kot mendengar yang couple lama-lama nieh, kalau setahun tu kira lama la kalau tak kawin. Mungkin tak semua macam tu, tapi kebanyakanlah.

Seolah mereka anggap berpacaran selama berberapa bulan tu dah kira lama. Tapi tak terkejut lah, diorang pon ngan budaya one night stand kan.

Tapi adakah tempoh suatu perhubungan antara pasangan itu penting atau releven dalam membuktikan kehebatan relationship dan 'cinta' pasangan itu? Aku dah lama tertanya soalan ni, dan telah terilham nak menulisnya semula setelah membaca komen dari Fynn yang mengatakan tidak relevan bila disoal tentang dah berapa lama kahwin di dalam blog isteri dan ibu tu.

Dan aku setuju, ramai je yang Anna kenal berkahwin dengan orang yang diorang baru sahaja berkenalan (kurang dari 6 bulan). Ataupun yang jenis frust bercinta, break ngan kekasih diorang yang dah kapel bertahun-tahun, tapi putus macam tu je, dan kawin ngan orang lain yang kenal sekejap je.

Anna ngan Pitt, dah 8 tahun bersama. Syok gak lah sebab dapat mempertahankannya lama lah gak, dan akhirnya ke jinjang pelamin. Tapi tak semestinya itu menjadi pengukur kepada betapa 'banyaknya cinta' di dalam perhubungan. Lagipon cinta itu tidak dapat diukur kan. Dan rasanya ramai sahaja berpasangan yang bertahun tapi tidaklah bahagia mana pon. Sama seperti orang yang sudah berkahwin.

Banyak jugak kes yang Anna dengar, orang yang sayang nak memutuskan perhubungan sebab dah lama couple, sayang tahun-tahun yang dikongsi bersama. Biarlah kalau selalu bergaduh, rasa tak seronok, tapi kerana ego ngan angka tempoh perhubungan tu, rasa 'sayang' nak clash, tak sanggup, walhal hati tak bahagia, jadi terpaksa menipu hati sendiri.

Jadi rasanya berapa lama bercinta tu tak payah nak dititikberatkan sangat. Yelah, macam kalau ada anak, takkan parents nak sayang anak dia yang 23 tahun tu lebih dari anaknya yang berumur 11 tahun kan? Tak patut dan tak lojiklah.

Tapi tak dapat dinafikan, nombor tu ada jugaklah menunjukkan kita punya komitmen pada perhubungan tersebut. Ada sesetengah orang plak, rasa tak boleh nak ada hubungan lama-lama, rasa cepat bosan.

Cuma the best bit in a relationship is when you rasa sekejap je, tak perasan pon dah couple berbulan ke bertahun ke. Macam bila kita duk berseronok dan bersuka ria, tak perasan pon that time flies by! Thats when you know you're really having fun. Love is timeless. And that's how it should be. Tak ada had masa, tiada tarikh luput. Huhuhu!

{ANNA}

I tak suka #007: Kena cucuk

Haa, susah gak nak dapat mood menulis seperti biasa.

Okay, Anna memang tak suka bila dicucuk masa sedang memandu. Haha, mesti ada yang ingat kena cucuk ngan picagari. Kejap, sebelum Anna meneruskan, Anna rasa picagari adalah perkataan yang kelakar. P I C A G A R I. Ahahaha.

Sambung.

Ha, tapi Anna pasti lah orang lain pon tak suka bila ada keta duk himpit dari belakang. Kalau bawak slow tu pahamla jugak. Ni dah laju dah ni, dah lebih had laju masih nak cucuk, kalau hon atau highlight Anna respek dan bagi laluan, sebab mungkin memang ada kecemasan, tapi kalau cucuk tu, tahla rasa cam kurang ajar gila. Orang-orang macam ni, mesti jenis orang yang suka tolak-tolak orang di depan bila tengah beratur.

Okay fine, yang lagi tertekannya, kalau Anna dah bagi laluan tu, Anna masuklah balik lane tu, tengok dia bawak slow je. WTF la weh. Wahaha. Macam sial je. Kalau terus speed takpa gak, ni terkedek-kedek.

Kekadang tu, kalau mood tidak mengalah, tak bagi. Ingat sekali tu, ada satu kereta ni duk cucuk, tengok aweks yang bawaks. Bebudak sekolej gak, tapi tak kenal. So sajalah, tak kasik can ni, bawak lah laju, tekan, dia pon ikut nieh. Sekali ada kereta kat tepi, Anna pon bawak slow, sebab dia takda ruang nak potong. Hahahaha. Padan muka. Kejam.

Tapi jangan memainla kalau nak lawan ngan cucuk menyucuk ni. Anna pernah sekali tu, masa tu kat highway LDP, ke arah Gombak. Anna selalu akan berada di lorong kanan. Sekali ada cina kereta bikin, duk kat belakang kereta Anna ni. Memang ah tak bagi can, sebab dah bawak memang laju, jalan plak kat situ memang sedap memecut. Tekan lah minyak, tak bagi langsung can. Sekali tu, tetiba nak naik bukit nieh, banyak kereta slow, rupanya ada road block. Anna dah oh tidak, camana ni weh.

Kereta tu sempat masuk ke lorong belah kiri. Anna ni ha, haha tercegat betul betul di lorong belah kanan tu depan kon oren tu dan polis tercegat kat situ. HAHAHAHA. Anna rasa cina kereta bikin tu memang sampai ke hari ni duk gelakkan Anna. Sebab Anna pon gelakkan diri sendiri. Tulah ego sangat. Padan muka I. Tak pasal-pasal kena bayar saman RM 300.

{ANNA}

20090119

Untuk mereka yang sudah berkahwin dan ibu-ibu (perempuan sahaja)


Anna ada membuat satu blog khas untuk mereka yang sudah pun berkahwin dan para ibu SAHAJA (skema gila ayat). Jadi Anna ingin menjemput mereka yang dah kahwin, ibu-ibu, bakal ibu, yang nak jadi ibu untuk masuk ke blog tersebut. Sila e-mailkan Anna di sueannajoe@gmail.com untuk mendapatkan jemputan.

Buat waktu ini, yang dijemput akan mendapat status 'blog author'. Keterangan lanjut terdapat di dalam blog. Nanti dah terima tu, bolehlah baca ye. Huhu.

Okay. Silalah email saya jika interested. Ingat yang dah kawin sahaja, dan perempuan sahaja.

{ANNA}

20090114

Undian: Perlukah kita memboikot?

SILA BUAT UNDIAN ANDA DI POLL
DALAM SIDEBAR (BAWAH IKLAN NUFFNANG)


Perlukah kita memboikot produk yang dikatakan menyumbang kepada Israel? Antara persoalan yang timbul:
  • Adakah ia benar-benar akan membantutkan kewangan yang membiayi kekejaman Israel?
  • Bagaimanakah nasib mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan produk yang disebut, contohnya McD, Starbucks, Nestle?
  • Habis tu, komputer yang kita guna sekarang ni yang guna INTEL macam mana?
  • Makanan dan minuman bayi dan anak kecil yang memerlukan nutrisi yang baik dan berkualit terdiri dari barangan Nestle, macam mana tu? Dan bermacam lagilah persoalan yang timbul
Bagi akulah, aku memang tidak ada kepastian 100% wang yang kita guna untuk produk-produk ini dialirkan ke Israel. Aku tak tahu profit francais produk yang tersenarai di Malaysia ini terlibat ke tak.

Aku juga tidak mahu jadi hipokrit, sebab masih ada barangan yang aku rasa aku masih akan guna jika tidak jumpa produk alternatif. Seperti prosessor INTEL dalam komputer aku ni. Dan mungkin esok-esok aku ada bayi dan aku nak bagi bayi aku produk dari Nestle yang bagus untuknya.

Kita cubalah apa yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita cuba apa saja yang mungkin untuk melumpuhkan mereka, termasuk memboikot. Kalau dah ada barangan tu, telefon Nokia tu, takyah lah campak, guna je. Tapi kalau nak beli fon baru, cariklah jenama lain. Dan bak kata pipiyapong, kita belilah KEPERLUAN saja, KEHENDAK tu tak perlu. Aku setuju, tapi yang menjadi masalahnya, kehendak pon sudah menjadi keperluan. NESTLE it sudah menjadi ruji.

Dan sebenarnya, memang benar, isu boikot-momboikot ni dah lama, bukan takat Muslim yang anti-Israel, tetapi punks, anarchists, actvists segala, mereka dah lama memboikot barangan multinational nieh di atas pelbagai sebab.

Oh dan ini aku baru jumpa, Christians "NOT lovin' it" a protest against McDonalds, lihat di sini. Tapi yang ni takda kaitan ngan Israel, pasal isu lain. Cuma rasa menarik nak dikongsi. Juga lihat di sini kenapa McDonalds ni telah lama dianggap 'evil'.

Jadi kalau kamu rasa kamu tak percaya yang McDonalds, atau lebih spesifik, McD di Malaysia ni tak menyumbang apa-apa ke Iraq, ada juga sebab lain yang bagus untuk memboikot. Dan Starbucks pulak, they see Starbucks as an 'evil empire' with overpriced coffee, adalah lagi isu lain yang lebih serius sering dibangkitkan. So again, we're not only boycotting for just one cause, but a bunch of other things as well.

Haih. Tapi benda yang paling mudah dan patut semua buat, ialah untuk berdoa untuk mereka di sana, dan juga membaca Qunut Nazilah (di ambil dari sini)
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.
Doa qunut Nazilah dibaca ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. (sumber: iumelaka.com) Sila klik, untuk membaca dengan lebih lanjut. Terima kasih juga pada Fynn, Jayzuan dan kawan Jayzuan yang terlebih dahulu mengongsi doa ini.

Dan, okay, sila jawab poll di sebelah, dan sila beri pendapat anda tentang isu boikot ni. Terima kasih.

{ANNA}

20090113

Katak di luar tempurung #007

Sabtu, Januari 10, 2009 - Ahad, Januari 11, 2009
Kuala Lumpur - Kelantan - Kuala Lumpur





























Related Posts with Thumbnails