20091117

Mimpi menakutkan.

Semalam Anna mimpi yang agak mengerikan, satu pasal eksiden, pastu pasal hantu. Yang ngeri bukan hantu tu, tapi masa tu, ntah cemana boleh ngan bibik lah, nak halaulah hantu tu kan, so ambik Yassin nak baca, so baca la Al-Fatihah, pass, then start baca Yassin tu beberapa rangkap pertama, lepas tu ayat-ayat seterusnya macam blur, kononnya tempat nak baca tu gelap tak cukup cahaya. Padehal sebab tak hafal, ingat yang masa awal-awal tu je.

Then mimpi lain pulak, masih scary, nak sampai ke rumah, tapi tak sampai-sampai sebab terhalang dek hantu. Waduh-waduh, sungguh tertekan. Lalu aku pon terjaga.

Suh Pitt bacakan sket ayat Kursi ke telinga ngan baby sekali. Baru tenang sket nak tidur. Back to bacaan Yassin tu, Anna rasa seronok bila tengok orang baca, tak perlu refer buku. Nampak sangat orang tu memang kerap membaca Yassin. Kita ni plak, asal malam Khamis malam, ada je hal nak keluar pergi tengok memana event, mostly music events, mesti nak buat Thursday nights. Haih. Lepas tu buat lawak nak balik rumah awal sebab malam Jumaat, bagus untuk bercanda. Haih.

By the way, sekarang ni macam-macam interenet service provider duk ada. Tapi tahla, aku sampai sekarang trust ngan Streamyx saja. Yang lain tu macam tak berapa nak konfiden nak guna. Of course kekadang tu adalah masa dianya connection tu takdalah laju tebabow, but most of the time, very stable. So nak upload gambar ke apa pon takda masalah. Happy saja. Sebab tu lately agak rajin upload gambar ke facebook. Huhuhu.

Alrite. Rasa nak sambung tidur. Tapi belakang rumah ni tengah construction longkang la plak, dah berapa minggu dah. Terganggu tidurku di pagi hari. Pagi la sangat. Patutnya aku berterima kasih, bangun awal itu bagus untuk kesihatan dan kehidupan. Bak kata pepatah "The early bird gets the worm" dan ayat feberet ayah Anna "Early to bed, early to rise, makes a person, healthy, wealthy and wise". Sekian, terima kasih.

{ANNA}

19 comments:

ERMAYUM berkata...

Anna, Dr Fatma kata (dgr dlm cd dia ada org jual RM 10) kalu takut baca yg "salamunqaulam something tu heheh tak ingat ada dlm yassin baca ulang2 pendek ja ayat tu- maknanya selamat dan sejahtera dari Allah yg maha pengasih dan penyayang ke apa ke(lupa again) heeh

Sue Anna Joe berkata...

Oooh, thanks for sharing! Nanti I amalkan. Ada I buat quick google.. yang ni ke "Salamun kaulam mir rabbirrahim" ??

deena awanis berkata...

aah..betul3..
penah gak dengar..
kalau baca yasin pun, time part tu ulang 3 kali..

Nani Allen berkata...

anna!!!

lama gila aku x komen kt page ko. aku nak komen tapi yang ulas keluar ni etc asyik error sampai aku fed up. nways congratulations again dah nak jadi mak :) suka la tu suka la tu. aku pun tahun depan :') (perasan lebih kawin pun belum) hahaha jangan lupa datang kahwin aku. nanti kad dah siap aku hantar by hand okay! take care girl!

NIMI berkata...

ha a kagum kan tengok org baca tak pegang buku..
kagum sangat!*wink*wink

Dila Idrus berkata...

yaasin not only for thursday nite,klu bole after suboh pn bce laa.lebih baek dr tdo after suboh kn.insyaAllah menenangkan diri.plus surah alMulk every nite after isya'.[alMulk pendek je]

hanya nk berkongsi:)

Weed and Bandages berkata...

ayat ayahmu power ok. :D

Cik Benang berkata...

Tu lah psl, I loike lah ayat ayahnda itu. Nak quote lah.

Sue Anna Joe berkata...

Eh, chop, not my dad's original quoteeeee! Memang dah wujud dah quote tu tau! Kang kena saman plak ayahku tak pasal-pasal. Ahahaha.

It's just that dia memang suka gila pakai ayat tu. Heee.

GhOsToNe berkata...

betoi2!!
tidor awal..n bgun awal sgt baek!!!
tp sumtimes..
kite tidor awal..
tp stil bgun lambat..
camne tue??
huhuh

JanuskieZ berkata...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

akuzle berkata...

Salam Anna...

2-2 quotes pon bagus... kalo x, idokler namanyer quotes kan? eheheh... anywy, taniah coz bakal jd ibu... byk nikmat yg dpt kita rasa... aminn!!

dilla idrus, tq 4 the tip as well. kalo kita slalu bc yassin terutama ketika hati gundah-gulana mmg hati akan tenang. lepas tuh terasa seolah2 masalah/benda yg menggundahkan hati tuh dicabut seluruhnya dr hati... betapa besar kurniaan Allah Azzawajalla pd hamba2Nya... alhamdulillah!!

The Spiral Eyes berkata...

kenapa tak baca al quran?

Sue Anna Joe berkata...

Spiral Eyes, hah? Siapa yang tak baca al-Quran?

The Spiral Eyes berkata...

siapa yang baca yassin tidak akan berjumpa AL Quran tetapi siapa yang baca AL quran akan jumpa yassin.Hati hati amalan bidaah anna.

Sue Anna Joe berkata...

Hati-hati bila mengandaikan orang tidak membaca al-Quran dear.

:)

Razrin berkata...

KIte same lah..saye pun mimpi yang same, last2 cuba bace surrah yassin tp x ingat lepas bbrp ayat.. mmg mengerikan... berturut2 mimpi ni dtg..

pisey berkata...

lama tak singgah sini!

"Salamun kaulam mir rabbirrahim"
baca tujuh kali,sebelas kali pun tak apa yang ni.lagi bagus :) dengan niat dalam2 letakkan apa hasrat yang kita nak.insyaAllah.

yassin itu seronok sebab ia heart of Quran.hati kita pun tenang2.bila baca selalu,kejap je ambil masa nak habiskan dengan lancar.

kak anna,
cakap pada baby jangan nakal2 :)

~kHaiRiNe NaBiLa~ berkata...

nice blog sys....
huhu...

klau ader time berlebihan tu..
visit abil k..

http://khairine.blogspot.com

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan ulasan. Anna