Arrrgh, I love Anna Sui, mainly sebab design dia. Kalau boleh semua perfume bottle dia nak beli untuk buat collection. Anyway, ada fragrance baru depa, called "Rock Me!". Dan sempena pelancaran perfume baru ni, dia buatlah satu pertandingan khas tuk peminat Anna Sui ni. Grand prize adalah trip for 2 ke New York City untuk pergi tengok Anna Sui sendiri punya 2010 Fashion Show!! Waaaaaaaalaweh.
Nak masuk sangatlah mudah. Korang post saja video atau gambar diri sendiri in cute rock-style, yearggh lepas tu tag dengan keyword '#rockme'. Kat mana nak post gambar atau video? Ikutlah memang, youtube ka, flickr ka, twitter ka, kat blogspot ni pon boleh, tapi paling senang Facebook sendiri lah rasanya, sebab memang ada facebook khas untuk contest ni. Dan katFacebook pon ada details lebih lanjut pasal contest ni. Tapi paling penting kena ada tag '#rockme' tu. Sebab nanti depa buat search guna keyword tu boleh terserempak. Again, I suggest post kat Facebook paling bagus, pastu spam lah kat tempat-tempat lain gak. Huhuhu. Lepas tu, admin akan mencariklah anda dan menghantar notification kalau korang menang.
Link ke facebook: http://www.facebook.com/
Link di youtube: http://www.youtube.com/
Ni ada video sket pasal contest ni kat YouTube.
Haih macam best pulak, lagi-lagi hadiah dia. Dahla I memang berahi benar ngan Anna Sui ni. Hmmmm. Rasa cam nak masuk gak. Hah, tunggu apa lagi, masuk le.
{ANNA}

