20091030

Sombong lagi.

Haih, baru lepas baca blog, ada orang kata Anna ni macam sombong. Not the first time. Banyak kali dah. Haih, sedih. Sedih sebab Anna ni bukan tanak betegur atau tak senyum, cuma sangatlah pemalu, dan pendiam, tak reti nak beramah mesra. Di luar Anna lebih suka menjadi sang anonymous, sorok di belakang semak atau di belakang kamera.

Sebenarnya kalau dah kenal Anna lama, Anna akan semesra dan selantang macam dalam internet. Cuma di luar, bagi Anna akan mengambil masa yang lama, even dah jumpa pon, kekadang masih segan nak tegur-tegur. Bila dah kerap yang sangat-sangat baru mula rasa nak keluar dari kepompong. Dan sebab itulah, jarang boleh jumpa Anna kat memana event, atau bersosial. Kalau keluar bersosial pon akan suka nak berkepit dengan orang yang kenal. Dalam hati berteriak nak borak dengan semua orang, tapi ya, amat amatlah segan.

Walaupun Anna ni suka berteater, masuk debat zaman sekolah tu pun, Anna bila berhadapan dengan orang ramai yang kurang dikenali, terus akan jadik pendiam.

Tapi takpalah, kalau orang nak kata Anna ni sombong pon takpa. Nak buat camna kan, sebab tak tegur, tak senyum, muka ketat, memanglah nampak sombong kan. Kann kaaaaan.

Waaaaa :(

Saya cuma gila oink oink punya maluuuuuuu dan segan. Percayalah, once Anna dah betul-betul kenal orang tu, dah mula rapat, Anna akan sayang orang tu teramat sangat. Bukan takat suka, tapi rasa sayang. Cuma Anna tak reti nak tunjuk. Tapi dalam hati, membuak-buak rasanya... Kalaulah dapat kukopekkan hatiku ini dan tunjuk kat orang...

Jadi lagi sekali, Anna mintak maaf banyak-banyak sangat kalau Anna ni kelihatan sombong, buat muka ketat ke apa. Siyes, semuanya kerana Anna ni pemalu tahap agung. I no lie you. Gua sayang sama lu olang.

{ANNA}

33 comments:

Ahmad Luqman berkata...

unsociable mcm saya

zakzak berkata...

pendiam ok, segan ok, pemalu ok, semua ok.

as long as you keep smiling
to yourself and to others :)

senyumlah seindah suria
kepada seluruh dunia

i like your pictures.keep it up.

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

mcm my baby..huhuhu..menurun dari bapak dier..orang tegur sorok muka kat celah mak dier :P

Sue Anna Joe berkata...

luqman: :P

zakzak: thanks. senyum boleh je, tapi because i segan nak tunjuk muka, prefer to look elsewhere, cuma kalau dah tereye contact tu, i try my best to put on a smile.

e.l.i.s.s.m.i.e: ahaha. at least baby ada alasan gak, cam comel-comel gitu. ni dah besar panjang dah. nak sorok mana lagi? i have nowhere to run. tu yang duk umah je. heeeeee.

Aina Aadnan berkata...

Kak Anna, sama la macam saya ni haa.
Kalau dalam facebook, bukan main peramah. Kalau jumpa, kadang-kadang malu nak tegur sampai nyorokkan muka bagi orang yang kita nak tegor tu tak nampak.

Sue Anna Joe berkata...

Aina: Sib baik takda kuasa nak tukar-tukar muka. Huhuhuhu.

Aina Aadnan berkata...

HAHA. btw, jadi orang yang tak bersosial ni bukan benda tak baik kan. org kata kita ni mcm wallflower.

Kak Anna chill eh?Nanti baby jd pemalu mcm umi dia.Comel ja. hehe

Ahmad Luqman berkata...

saya kalau nak ckp pun, susah! takut org tengok gigi lah, apa la haha. nak jalan pun fikir nnt orang tengok cara aku jalan mcm apa je haha

Sue Anna Joe berkata...

Aina: Hehe, I hope so, tapi rasa tak sedaplah bila orang label sombong.. rasa cam, eh ke aku ni memang sombong? Sampai doubt diri sendiri.

Itulah, yang Pitt pon pemalu gak, friendly but not outspoken. Huhu.

Luqman: Haha tengok gigi? Okayyy.... tapi pelik bila untuk benda formal, say cam ngan lecturer ke, officer ke, apa Anna akan berani, kalau boleh eye contact. Tapi bila nak bersosial ni, terus erkkk. Terkedu. Dono waaai.

JuLia d BuBbLes berkata...

kak anna x sombong la.
kalau dah start bercakap ok je kan kan kan
hehehe

p/s: my bestfriend said i make a bad 1st impression sbb xpandai nak make eye contact with a new people i just met :(

Aina Aadnan berkata...

tu la, sombong, garang, kerek. semua label tu kena kat kita. haihh tapi bila dah kenal, hambik kau, peramah tak ingat.lepas tu mula la dorg cakap "dulu aku tgk kau mcm sombong gila,benci aku tengok."

is berkata...

anna, xpe..
behavelah spt mana diri anna..
usah hypocrite...
sesungguhnya kita adalah kita..
hihi,,

YobSumO berkata...

org yg mcm Anna je yg akan faham. saya faham. sbb tu penah blogger ajak saya keluar saya taknak. sebab nnt takut dorang cakap knapa dalam blog dgn org sebanar mcm tak sama.

tapi kalau mmg dah rapat, mesra gila la...

Lady of Leisure berkata...

no worries anna..
walau baru join blog u ni, i tau u tak sombong..
in fact mudah mesra...
tak kenal maka tak cinta kan..
:)

Cik Puan Drunbella berkata...

sis takpa. biaq lah owg nak kata kita sombong ka apa. yg penting kita taw kita bkn mcm tu. owg yg xkenal kita mmg lah boleh kata kita macam-macam. dah nama pun mulut org. hihi ;) kalau kita ada beribu kawan, takkan nak tego sowg-sowg. perghh mungkin akan ambik masa sehari suntuk. mahu melecet jari nak menaip segala. kan kan kan ^_^

Elmi berkata...

waaaaaaaaaa soriiii kak anna. :'(

Dita Farid berkata...

Yea la. Tak baik la label orang macam tu. KALAU betol pun Anna sombong, SO WHAT? Menyusahkan ke? But for me, when i read your blog, i think you're AWESOME!!!

Weed and Bandages berkata...

tak ada lah sombong, mula mula memang kekok. macam kita jumpa dulu.


jumpa 30x baru ok kot. hehehe..

f.a.r.a.h berkata...

x kisah la kak anna org nak kate sombong ke ape. yang penting ke tau diri kite sendiri kan?

have a nice day! ;)

F5sy7ZAIzvYgfIoUzmtAk6Bnth21DKAPMu8- berkata...

ha dah lama dok baca blog ang ni tapi ni baru nak saja komen heheh.

anyway, aku ngan kawan kawan ja baru reti nak riuh. kalo ngan kawan kawan intenet yang tak kenai sangat, or strangers or whoever lah memang aku tak reti. haha kadang kadang senyap ja. kadang kadang cuba nak cakap tapi teruih jadi awkward then i'd have the tendencies to embarass myself in front of these people. ahaha so dari jadi camtu, aku slalu cam avoid orang yang tak kenai sangat sebab aku segan gila kalo tak reti nak becakap ahaha damn.

nabirakashogi berkata...

ah pahal plak nama jadi camtu. sori ni tak reti nama nya ahahahaha ni nab (supernab) btw ^^;;;

hazlynda kushairi berkata...

chill!
kalo umi sedih, baby pon sedih.
*hugs*

Aishah Rahim berkata...

aisha dulu pon pikir anna sedikit sombong. tapi bertukar jadi excited bila anna called anna pasal my late baby. kamu sangat baik anna. takyah peduli pon pasal apa orang cakap atau pikirkan. :)

~*mrsnzam*~ berkata...

lama tak baca blog u.dulu nak tinggalkan msg tapi segan. skang nak tinggalkan msg gak..tak pdulik..hehe
Wahh!!dah 6 bulan. tak sabar nak tgk ur baby cute mcm kamu jugak. ;)

Wahida Yaakub berkata...

aik sombong ke? manja ade la. hari2 nyempit kat katil i & ngap biskut2 i. hekhek :p ala miss pulakkk those days :(

m@Ri@ berkata...

maria pn sll org kata sombong..tp bila dah kenal baru tau..haha..

ami schaheera berkata...

anna, saya sombong tak?

Dina Hasbulah berkata...

ya saya faham. sometimes, internet social networking deter human encounter. so, kadang kadang kita lebih sukaa untuk bersosial di internet berbanding di dunia realiti. tp endah kan saja kata orang kerana itu akan membuatkan anda lg runsing. chill ya :)

chivv berkata...

ya, ya, i know u pemalu. masa fest filem malaysia yg ko menang award best poster, aku tegur pun ko senyum2 simpul.. masa mkn2 lepas tu pun ko berkepit dgn pitt... can't blame u 4 tht. itu semua sifat org...takkan br kenal nak huuu haaa huu haa dgn org kan... pdulikkn apa org pk,k?

ThE cOpy suSU berkata...

sudah menjadi lumrah manusia...
lebih gemar menilai org lain dari pandangan pertama..
buknnya hndak mengenal..
didahului dgn menilai..
manusia tetap manusia..
buruk diperhatikan,
cacat cela diperlihatkan,
kebaikan, keikhlasan sering dipertikaikan...
manusia..
truskan tersenyum..agar...
esok tiada la penilai tidak bertawliah diluar sana

Koishie berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
Koishie berkata...

kita punya masalah (boleh dipanggil sebagai masalah ker?) yang sama rupa-rupanya... hehhehe..

hazel berkata...

SOME PEPOLE JUST DON GET IT. biar la depa pikir kamu sombong ke apa ke kan? as long as u b your self.. itu dah mencukupi

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan ulasan. Anna