Aku tengah bengang to the max. Sekarang ni, orang nak bayar untuk servis kita nak berkualiti, tapi nak bayar sikit. Masalahnya bukan pada client, siapa tanak pilihan yang lebih murah kan? Problemnya adalah pada tukang bagi servis tu, dalam hal aku, photographer/designer tu sendiri yang sanggup meletakkan harga yang murah semata-mata nak dapatkan job. Jadi sekarang ni semua orang nak fight harga je.
Tu yang kita takda kerja yang betul-betul berkualiti. Yelah, dah letak harga murah, kerja pon kenalah murah.
Ni yang aku mula nak mencarut ni. Dah dua tiga job aku terlepas sebab diorang dapat orang yang harga lebih murah, wtf la weh. Sekarang aku paham kenapa sesetengah company tolak job-job remeh ni, dan amik terus job government, corporate, yang bosan-bosan, yang takda creative value. Ambik jek gambar corporate event ka, gambar CEO syarikat ke, gambar-gambar yang sama mengujakan macam paspot, dah dapat riban-riban.
Kena terima kenyataan, creative line of work ni bukan mudah nak dapat income yang banyak. Kecuali, sanggup menjadi hamba di advertising agency, itupun tak tau bayaran macam mana, ntah berbaloi ke tak dengan workload dan overtime. Aku frust, aku frust, aku frust.
Argh serius, aku nak jadik ejen penjual Bio Aura macam ni. Aku kecewa nak kerja sebabkan duit. Tapi nak buat camna. Duit itu memang perlu. Aku rindu zaman buat benda alah kreatif ni semata untuk suka-suka, dan bukannya sebagai mata pencarian. Aku benci duit, tapi aku tak boleh hidup tanpanya. Haih.
Takpalah, semua ni rezeki, kita usaha je, kalau ada tu adalah, kalau takda tu, tempat lain ada kan? Hidup mesti diteruskan.
SHOW ME THE MONEY!!!!!!
{ANNA}


