Jam 1 lebih pagi, perutku berkeriuk. Lalu aku ke dapur untuk memasak. Ya apakah yang Puan Anna akan memasak kali ini ya para penonton sekalian? Kita tunggu dan lihat.
Memaksa suaminya Pitt menjadi assistant, dia pon mengambilkan bahan-bahan yang diperlukan. Pertama, roti! Nyam nyam. Gardenia, sungguh enak dimakan begitu sahaja, tetapi...
Roti itu tidak akan dimakan begitu sahaja. Roti dan keju!Oh, keju sememangnya kegemaran Puan Anna.
Marjerin untuk memasak rotidan juga memberi rasa yang lebih enak pada roti tersebut.
Ya, ini sajalah bahan masak yang diperlukan.
Tidak lupa mancis lelaki terbang untuk menyalakan api.
Setalah api dinyalakan. Masukkan sesudu besaq marjerin.Biar sampai cair.
Kemudian letakkan sekeping roti di atas bersama keju.
Agak-agak dah garing roti tersebut,letakkan sekeping lagi roti di atas keju tadi.
Dan terbalikannya.
Tunggu dalam seminit dua, dah masak.
Tutup itu api. Siap. Jeng, jeng, jeng.
Mempersembahkan...
GRILLED CHEESE SANDWICHNgap, ngap. Cukup mudah, cukup enak.
Sekian terima kasih.
Sebenarnya banyakla caranya nak buat ni. Ada dalam cerita apa tah, tak ingat tajuk dia, Johnny Depp berlakon, dia siap buat pakai seterika. Ahahaha. Jangan pulak korang nak try pakai seterika, tapi kalau kat asrama tu, mungkin akan sedesperate itulah. Dan sandwich ni, banyak variasi. Kiranya, yang ni yang paling paling simple.
Hmm, marjerin brand ni macam masin sketla. Belasah je apa bahan yang ada. Ada satu butter ni yang memang Anna suka pakai, tak ingat jenama plak, dia dalam kertas putih, then tulisan dia biru ada gambar bintang.
Nanti bila Anna rajin, Anna tunjuk cara nak masak baked potato, bruschetta, shepards/cottage pie dan sebagainya. Roti ni kategori makanan emergency ketika kelaparan. Huwah, dah kenyang, dah ngantuk. Nak tidur.
Korang kalau lapar memalam/pepagi buta, selalu makan apa yaaa?
{ANNA}