Sorry iklan lagi. Lepas ni Anna akan menulis entri seperti biasa. Untuk info yang lebih lanjut sila ke SINI.Minggu ni agak sibuk sket, dah siapkan website, nak tambah lagi content, nak jawab e-mail, mengepos order barangan. Huh sibuk, sibuk! Kenalah sibuk sementara tengah rasa segar bugar ni. Nanti dah makin sarat, dah tak larat balik.
Kelmarin Anna serius tak sihat. Hidung tersumbat, tekak sakit, badan rasa tak sedap, rasa nak demam. Dah risau dah, lagipun memang tanak makan ubat sebarangan kalau boleh. Kalau tak panadol, claritin semua dah telan dah. Tapi sebab tengah mengandung ni kan. Jadi Anna minum air teh, campur limau dan madu. Serius memang mujarab. Lepas tu kumur air garam, tapi sekali je buat, bwweekkk tak sedap. Lepas tu sekarang merajinkan diri minum susu campur madu, panas-panas. Perghh terbaekk. So Alhamdulillah, dah kembali normal, yay!!
Tidur lately memang dah kacau, malam duk berjaga, siang tidur, tapi tak samalah ngan tidur malam. Tapi malam memang tak lena, mata celik je. Pusing-pusing cuba nak tidur. Tapi tak dapat. Tanya mak, dia kata dia masa 7 bulan mengandung, memang malam tak ngantuk, tak leh nak tidur. Huhuhu.
Muka ni pon dah naik jerawat sana sini, tak tidur punya pasal. Ni pon nak sapu ubat jerawat kat muka pon tak berani, takut ada chemical yang membahayakan kandungan. Jadi kena rajin cuci muka je lah.
Okay, nak turun jab. Malam ni makan lamb chop marinated in mustard and honey sauce (ke apa tah namanya) sama ngan dominoes pizza. Nyamm nyamm. Very the Western. Yaw.
{ANNA}

