20091012

Aku dah boleh terima dah.

Kalau sesiapa ingat, betapa antinya Anna dipanggil 'Sue'. Kerana rasa Sue tu terlalu lemah lembut untuk Anna. Lagipun di rumah dah terbiasa dipanggil Hana. Jadi bila dipanggil Sue terus rasa agak geli (no offense to those who are called Sue). Rasa tak sesuai dengan diri aku yang macho ini.

Dan Anna ni sebenarnya sangat mementingkan nama ni/branding. Dari dulu lagi, username ke, nak namakan blog ke apa-apa lah, memang Anna betul-betul memilih dan jadi sangat fussy. Even setiap titik, huruf besar atau kecik Anna akan perincikan. Siap bukak dictionary nak pastikan ada maksud yang bagus atau berkaitan. Siap tengok sinonim lagi dalam thesaurus, untuk melihat pilihan perkataan yang lebih baik. Dan kalau boleh, siap google untuk memastikan keunikan nama tersebut.

Jadi sekarang ni, tah camna, dah rasa tenang, dah tak bengang bila dipanggil Sue. Of course, I still prefer being called Anna. Tapi tak kisahlah.

So cemana ngan nama anak? Haa, nama anak biasa je, takda glamer, takda moden. Nama yang dapat dalam mimpi. Ramai je yang ada nama ni, takdalah unik. Cuma yang penting, namanya mempunyai maksud yang baik. Buat masa sekarang dirahsiakan. Chey, ada je yang tahu, dan bukannya macam nama yang gempak siap nak sorok-sorok. Saja je, tunggu bila dah lahir baru announce. Tapi sekarang ni pon, Anna ngan Pitt memang dah panggil nama dia lah. Hehe. Biasakan dia ngan nama tu, dah lahir dia dah cam dah nama dia. Lagipun, nama tu baik, so kira panggil tu doa la jugak kan.

Anna sekarang buat syok tengok baby berguling-guling dalam perut, dah boleh nampak pergerakan yang jelas, bergeliuk, berombak perut ni bila dia gerak, tendang. Ingat nak shoot video dan kongsi, tapi still tengah carik cara supaya tak perlu menunjukkan keseksian perut dan pusat. Nak lapik ngan kain yang tipis tapi tak terlalu nipis, baru jelas nampak. Syok woo tengok. Rasa sungguh ajaib. Duk terbayang je apa yang dia buat kat dalam perutku ini. Hehe. Tak sabar menanti hari dia keluar.

:)

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails