20090908

Recurring nightmares & dreams

Kelakar, tadi aku ingat aku dah terjaga. Sebab aku sedang memikirkan apa yang nak ditulis untuk entri berikutnya, dan mendapat idea untuk menulis kali ni. Sekali rupanya, aku mendapat ilham itu ketika sedang lena dibuai mimpi. Ironik bukan? Tajuk ni pun muncul dalam mimpi. Terus gua pakai!

Aku ni memang jenis, asal tidur, walaupun sekejap je akan bermimpi. Berjalan je otak aku ni, boleh katakan agak sukar untuk mendapat tidur yang betul-betul bebas dari mimpi.

Ada yang berkata, mimpi ni mainan tidur, ada yang kata, mimpi ni juga merupakan manifestasi apa yang jauh terbenam dalam otak, jiwa raga kita, macam-macamlah yang dikata. Ada juga fantasi semata-mata. Ada pula yang kata, kekadang ni mimpi adalah pembayang atau mempunyai maksud tersirat untuk sesuatu keadaan di masa sekarang atau masa hadapan.

Seperti baru-baru ni yang Anna bermimpi akan mendapat bayi lelaki, tengok-tengok betul la pulak! Hehe.

Antara mimpi-mimpi Anna ni, boleh katakan banyak yang jenis jalan cerita, atau temanya berulang. Jadi di sini aku hendak senaraikan dalam turutan rambang.
BUAYA

Aku seringkali mimpi melihat buaya dalam mimpi aku. Kebanyakkannya ketika aku berada di dalam perjalanan ke sesuatu tempat dan melalui kawasan berbukit, lurah, atau jambatan, di mana bawahnya ada kawasan perairan, tasik, sungai, atau paya, yang dipenuhi dengan buaya.

LIF DAN ESKELATOR

Hah, yang ni selalu jugak. Mimpi naik lif atau eskelator. Kalau lif, dia mempunyai kuasa untuk bergerak bukan ke atas atau ke bawah saja, malah ke kiri, ke kanan, selalu yang boleh gerak fleksibel ni berbentuk kapsul. Kalau esekelator pulak, mesti eskeletor tu laju dan curam gila. Nak naik tu rasa takut-takut dan saspen. Selalu kat shopping mall atau airport. Yang bengangnya tengok orang lain naik dengan penuh tenang.

SEDAR DALAM MIMPI

Sebab aku ni terlalu biasa mimpi, aku dah siap boleh cakap dalam mimpi tu, "Hah, ni mesti mimpi". Lepas tu aku akan cuba untuk bangun, tapi tak dapat-dapat. Gila stress dibuatnya, sampai bila dah betul-betul bangun dan sedar tu, kepala duk sakit.

MIMPI DIHISAB AMALAN SETELAH MATI

Ada gak mimpi ni, tapi mimpinya sungguh keHollywoodan. Kekadang berada di atas awanlah, di depan sebuah pagar emas yang tinggi. Tapi keputusannya tak pernah tahulah. Cuma takat tu je.

MIMPI PERANG DAN DUNIA NAK KIAMAT

Dalam mimpi perang tu, selalu situasinya di rumah aku. Di mana, tetiba akan ada siren, dan cahaya ala-ala nuklear bomb, bukak-bukak tingkap, tengok rumah di sekeliling suma dah hancur. Dan selalu gak, dalam mimpi ni aku menjadi hero.

Dunia nak kiamat tu termasuk sekali dalam mimpi selepas perang. Macam, satu dunia dah nak hancur, ramai dah mati. Haih, menakutkan.

MIMPI JADI SUPERHERO DAN TERBANG-TERBANG

Selalu mimpi jadi superhero, dan selalu mimpi ada superpower boleh terbang. Cuma takdanya nak pakai spandex dan spenda kat luar. Tapi terbang tu selalu macam tak berapa pandai nak kontrol. Kekadang, terbang tinggi sangat, kekadang rendah sangat.

Mimpi superhero ni macam-macam, kekadang tu solo, kekadang tu ada team ala Fantastic Four, ada tu, mimpi bersama robot, macam Gundam pon ada, cam Transformers pon ada.

Dan mimpi superhero ni memang intense. Siap dengan pistol yang canggih, keluar kaler hijau dan biru lah. Pergh. Lepas tu senario dia memang huuuh, kalau dapat jadikkan movie, silap-silap boleh jadi blockbuster.

Mimpi fantasi macam Lord of the Rings pon ada. Berada dalam sebuah castle, dengan gaung di tengah. Dan gaung tu kalau nak cross kena pijak batu-batu terapung yang keluar cahaya biru kat bawah (macam kereta bikin).

Siyes, kalau Anna pandai melukis, teringin sangat nak lukis apa yang dimimpi tu, kekadang cantik gila scene yang Anna tengok tu.

MIMPI HANTU

Yang ni selalu gak, dan biasanya di dalam sebuah bangunan. Kiranya rumah hantulah. Dan selalunya macam-macam hantu ada. Dan aku akan cuba hapuskan hantu tu dengan membaca Al-Fatihah atau melaungkan Azan. Kiranya, jadik hero lah gak.

MIMPI TENTANG KEPOPULARITIAN DI ZAMAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH

Haha, yang ni selalu. Sebab aku mempunyai pengalaman kurang enak semasa tingkatan 1-3. Kalau rajin, beleklah entri mana tah yang lepas (aku malas nak link), ada aku bercerita akan hal ini. Dan aku akan selalu bermimpi aku yang jadik popular. Tapi dalam menjadi popular ni, bebudak yang sememangnya popular ketika itu tetap popular, dan aku akan selalu terbuat silap kat salah satu geng diorang, dan diorang akan dibacking, dan aku sentiasa akan meluahkan perasaan aku yang terpendam pada mereka sebab membuatkan aku rasa down.

Jadi part yang aku akan jadik popular tu sekejap je lah. Kekadang siap mimpi aku ni rupa totally different, ala hot chic yang sangat hot. Haih.

MIMPI BERADA KAT TEMPAT CUN GILA DAN CUBA MENGAMBIL FOTO

Hah, yang ni tensyen. Selalu sangat mimpi pergi tempat yang sangat-sangat indah, dan kekadang tu dapat je ambik gambar, tapi bila nak tengok balik gambar tu dah takda, atau tak bawak pon kamera, atau kamera rosak, atau bateri kong. Pergh.

Lagi tensyen bila bangung, tengok-tengok tu mimpi rupanya. Baru ingat nak upload dan kongsi ngan korang kat blog ni. Hahahahaha.
Kesimpulannya, mimpi aku ni banyak yang stress. Sekali-sekala je tenang dan happy. Tu yang aku ni suka tidur banyak, sebab rasa tak puas tidur. Tapi ada gak mimpi yang menginspirasikan aku dan boleh guna pakai. Kekadang, dalam mimpi tu boleh dapat nama yang menarik untuk buh tajuk pada artwork ke, dan yang mimpi pasal baby boy tu, siap dengan panggilan nama dia lagi. Dan semestinya, mimpi tadi menjadi topik untuk entri kali ini.

Korang plak, selalu mimpi yang camna? Ada yang jenis berulang jugakkah? Silahlah berkongsi.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails