Bayangkan anda sedang berjalan, tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Dan sedang anda berlari untuk mencari tempat berteduh, anda mendengar bunyi salakan anjing dan mengiau kucing dari dalam longkang berdekatan.Anda mengintai longkang tersebut, longkang sangat dalam, air makin deras dan tinggi di dalam longkang itu. Dan anda pon terlihat, seekor anak anjing yang sangat sangat sangat comel dan seekor kucing yang sangat tidak comel, badan yang sangat berkurap, berkudis, bulu pon dah takda tu. Dua-dua ni memang tak dapat nak keluar dari longkang dengan sendirinya tanpa bantuan.
Air semakin laju. Anda hanya mampu menggunakan satu tangan, sebab satu lagi tangan tu perlu untuk berpaut pada longkang untuk keluar, jadi, adakah anda akan menyelamatkan anjing yang sangat comel itu, atau kucing yang sangat berkurap, berkudis, bulu pon dah takda tu?
Ada kemungkinan besar, anda hanya sempat menyelamatkan seekor sahaja, akibat air yang hujan yang semakin mengganas dan memenuhi longkang itu. Cepaattt, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, nanti diambil longkang.

