
Terdetik menulis tentang hal ni lagi sekali bila membaca 'Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?' oleh blog yang kini menjadi salah satu kegemaran Anna sekarang. Kemudian Anna membaca komen-komen, salah satu dari anonymous, "tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)" Ayat yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak bertudung, dan tidak dinafikan mentaliti yang Anna pernah ada suatu ketika dulu.
Dan bila membaca komen tersebut, terus Anna teringat artikel yang Anna rasa cukup baik yang membuka mata, hati dan minda Anna oleh Ustaz Zaharuddin; 'Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?'. Agak panjang, tapi sangat berbaloi dibaca sehingga habis. Sini Anna nak kongsi sket petikan dari artikelnya:
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Dan lagi satu Anna amik:
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
Tapi tulah, Anna sebenarnya malas nak bercerita akan hal ini. Sebab terasa agak hipokrit, yelah, gambar-gambar Anna duk ambik tu, banyak je yang masih tidak menutup aurat, sama ada gambar Anna sendiri atau orang lain. Dan benda ni memang duk lama terngiang dan merunsingkan kepala otak Anna, dari segi rezeki halal/haram bila Anna mengambil foto orang yang tak mentutup apa yang patut ditutup. Ada Anna baca kat mana tah, pasal gambar perkahwinan, hukum mengambil gambar pengantin tidak menutup aurat dikira sebagai haram. Jadi duit dari tu pun dikira haram lah jugak. Benarkah iniiiiiiiiiiii?
Nak nak dah nak ada anak ni, lagilah runsing Anna dibuatnya, memikirkan untuk mencari rezeki yang halal. Haihhhhhhh. Aku dahla suka photoshoot artsy, fashion-fashion ni, lagi-lagi yang jenis rambut stylo mylo, pergh. Haihhhhhhh.
Sebenarnya banyak benda lain boleh dibuat, foto lain boleh diambil kan? Tapi tulah, namanya dugaan dugaan dugaan. Aku betul-betul mahu jadi manusia yang baik, dunia DAN akhirat. Masih banyak kekurangan, dan kelemahan. Banyak yang tahu, tapi tak mahu.
Dah mati baru menyesal.
{ANNA}

