20090421

Indah khabar dari rupa?

Aku sekarang tengah sibuk mempromosikan Itudio Studio. Walhal masih banyak yang harus diuruskan. Aku takut 'indah khabar dari ropa'. Tempatnya dalam imaginasi, fantasi dan khalayanku memanglah hebat dan gah, mesti aku mahukan begitu. Realitinya? Mungkin ya, mungkin tidak, mungkin mengambil masa, mungkin banyak langkah yang bakal silap terambil, jatuh beberapa kali sebelum bangkit semula.

Inilah dunia perniagaan. Aku pon mengambil risiko juga. Menggunakan wang simpanan aku sejak kecil, dibantu sedikit oleh mak dan ayah. Aku tak berani pulak nak ambik pinjaman wang. Ada bebrapa yang mencadangkan aku buat proposal untuk dapatkan bantuan kewangan, grant, yang tak memerlukan aku membayar balik. Tapi biasanya, ia memerlukan beberapa bulan jalannya bisnes baru boleh nak mintak. Tengoklah, insya-Allah bisnes baek, bolehla cuba.

Ni pon banyaaaak lagi yang rasa terpaksa tunggu dulu sebelum boleh beli. Alatan studio pon dipinjam sahaja. Aku banyak habiskan wang pada renovasi. Harap-harap, pulanglah modal dan dapatlah untung dan bolehlah beli apa yang aku perlukan untuk memantapkan lagi studio. Walhal asalnya nak buat tu sebab mahukan studio, tapi nampak gayanya banyak benda lain yang harus dibuat yang menggunakan banyak wang. Haih.

Aku risau sangat kalau aku terlalu berkobar menceritakan tempat ni, tapi rupanya biasa saja. Aku kini cuba yang terbaik yang aku boleh! Yakin bolos. Haha.

Anak sedara kesayanganku Fairuz pergi melihat tempatnya Ahad yang lepas. Dia kata "It's hideous!" Hahahahha. Mana taknya lantai pon simen je. Dinding pon putih. Alasan aku kat dia "This place is for adults, not for kids". Baru dia kata "Ohhh." Hahahaha. Damn. Dahla taste budak kecik tu boleh tahan tau.

Makanan pon belum cuba buat lagi ni. Menu yang basic dah ada. Aku pon mesti agak pening nak pikirkan stok untuk makan dalam satu hari tu banyak mana. Takut terkurang atau terlebihlah.

Haih, duit duit duit. Aku agak sedih, melihat akaun aku, makin sikit tinggal wangnya. Tapi takpa, aku kira ini adalah 'investment', bisnes haruslah amik risiko ye tak kawan-kawan! Tapi risiko pon biar bertempatlah kan. Ada sorang mamat ni, nasihat aku, katanya "Takyahlah, sekarang ekonomi tengah merosot, keep your money". Terngiang-ngiang kat telinga aku. Tidak apa, kita ambil apa yang negatif, jadikan positif. Aku jadikan ia sebagai motivasi aku untuk betul-betul berusaha. Aku impikan tempat ini menjadi tempat yang indah untuk kita semua.

Tapi kena ingat jugak, kita bukannya boleh memuaskan hati semua pihak, contohnya anak sedara aku. Sib baik ada bean bag besar, dan kerusi beroda, seronok gaklah aku ngan dia main kat studio tu. Dia kata dia nak datang lagi. So mungkin, takdalah hideous mana pun. Rupa tidak penting, janji jiwa tu ada. Pergh.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails