20090402

Apa kejadahnya ni? (updated)


Yeah. Dah lama gila tak update apa-apa. Update pon semuanya semata-mata nak update. Sejak beberapa minggu dan bulan ni Anna memang agak sibuk. Semuanya kerana di atas ini. Anna akan membuka studio Anna sendiri di Kelana Jaya.

Sekarang ni tempatnya sedang renovasi. Insya-Allah dalam minggu depan major rennovation dah siap. Gambar kat atas ni hanyalah 3d rendition, shop front dan counter kat dalam tu. Dalam minggu yang lepas baru lepas pasang lampu kat siling dah penghawa dingin.

Kelmarin, cuci lantai, dengan bantuan Pitt semestinya, Oat dan Hakim. Terima kasih korang sebab datang tolong aku pepagi buta. Lantai sekarang masih simen, kononnya nak buat laminated flooring, tapi mahal nak mampus. Jadi mencari alternatif lain, antaranya menggunakan epoxy floor coating. Epoxy floor coating ni macam kat tempat letak kereta kat IKEA tu, glossy, pilihan warna tak banyak, tapi senang untuk cuci dan berkilat. Lagi satu alternatif untuk sapu clear, macam syelek kayu. Jadi rupa asal lantai simen tu akan nampaklah, segala tompok dan kecacatan, tapi, rasanya cun gak kalau macam tu, kena gaklah ngan tema studio. Tengoklah mana satu. Yang clear nilah option yang murah, epoxy mahal sket tapi masih murah banding ngan buat tiles, carpet, dan laminated flooring (macam Eric Leong selalu buat tu).

Oh, dan terima kasih pada Zharif sebab berjaya menghasilkan logo yang aku sangat suka. Haih buat sendiri memang rasa tak puas hati, ada je yang tak puas hati nak betulkan. Terima kasih kerana menjadi penyelamatku!

Dinding pon biar je kaler putih, lagipun rancangannya nak gantung-gantung artwork so dia boleh jadi galeri gak.

Macam dalam header gambar ni, Itudio Studio (nama tempatnya) adalah design & photography studio, mini cafe & gallery dan retail store. Design & photography studio ni akan menjadi workspace, di mana akan ada studiolah, lighting dan backdrop yang akan dibuat di bahagian belakang lot. Di situ jugak akan dibuat bengkel seperti Guerillagraphy tu dan lain-lain bengkel juga, di mana Anna akan menjemput tenaga pengajar luar. Bahagian depan akan menjadi mini cafe, gallery dan tempat menjual barang-barangan handmade, baju, kasut, aksesori, dan sebagainya.

Yang Anna risau sket bahagian mini cafe, sebab prosesnya agak rumit, tak pasti kalau boleh ke tak, sebab harus ambik suntikan, sijil penyediaan makanan dan sebagainya. Kena diluluskan oleh MBPJ. Anna baru ambik borang, nanti dah siap rennovation semua baru Anna akan apply sebab diorang mintak gambar premis perniagaan tu. Kalau sesiapa ada pengalaman apply tuk permit premis perniagaan, makanan, bagitau ye. Perlukan guide. (Syarikat dah register dah kat SSM, sekarang ni nak register kat MBPJ plak, sebab bukak perniagaan kat public place, so part ni yang tak berapa clear).

Kerusi meja tuk cafe dah beli, studio lighting dan backrop belum lagi. Takpa perlahan-lahan. Lagipun Anna buat ni pon dengan bajet yang agak ketat, guna duit simpanan sendiri, lebih prefer kalau tak ambik loan, pening nak kena bayar balik. Kalau duit sendiri boleh rilek sket. Tapi tulah, ikutkan memang tak cukup, banyak lagi benda yang nak kena beli ni, duit dah makin tinggal sikit.

Sekarang ni dah ada 2 orang yang Anna akan amik untuk kerja bersama secara tetap. Sorang yang tolong-tolong, sorang lagi sebagai photographer dan designer. Yang lain-lain untuk kolaborasi, freelance atau part-time.

Dan sekarang Anna akan mula buat untuk wedding juga. Jadi sesiapa yang nak kahwin ke tunang ke, silalah khabarkan ya jika kamu mencari photographer.

Di samping tu, Anna targetlah untuk buat fashion shoot tuk majalah, commercial, personal shoots sudah semestinya, produk dan sebagainya, skop agak luas tapi fokus adalah people & portraits. Dari segi design pula, untuk advertisements, biz cards, apa-apal yang perlu didesign. Tapi mungkin secara perlahan kitorang akan mengecilkan skop nak lebih spesifik, bergantunglah di mana kekuatan kitorang.

Tempat ni juga akan mengendalikan event-event kecil seperti akustik night, baca puisi, book reading, private functions macam birthday party ke. Tapi itu semua perancangan lah, bila dah siap dah jalan baru boleh tengok boleh jalan dan sesuai ke tak.

Barangan plak, yang dijual adalah handmade stuff, baju dan sebagainya. Ni nanti nak kena ke Jalan Kenanga nak carik rak letak baju. Huhuhu. Banyak lagiiiii nak beli niiiii. Haih pening, tapi seronok yang amat.

Harap-harap benda ni semua menjadi. Takut pon ada. Harap-harap jugak rupa kedai tu cantik macam 3d rendition tu. Lebih kurang macam tulah rupanya. Tapi lantai mungkin compang-camping kot. Haha. Nanti bisnes dah baik. Duit dah masyuk, bolehlah buat lantai elok-elok, bertatah berlian lagi. Hahaha.

Jadi, sebab nilah Anna lama mendiamkan diri. Banyak yang harus diuruskan. Nanti bila dah siap, jemput datanglah ye. Nanti akanku bagi lokasinya. Heee.

Isnin ni baru diorang akan datang tuk buat store front tu. Eeeeeeek!

p/s: Rasa kekok nak tulis sebab lama dah tak berblog. Huhuhu.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails