Setelah mendapat beberapa cadangan untuk menggunakan produk ini dari para pembaca di entri pasal flush & sabun. Memang sangat best, botol 50mL, letak saja di dalam tas tangan anda. Dan bawa ke mana saja.Bila pakai tu tangan memang rasa bersih, boleh rasa tu. Dan baunya segar sekali. Tapi sekali pakai, mesti rasa agak ketagih, sket-sket nak pakai. Huhu, oleh itu disyorkan beli beberapa botol. Tapi, takda gunanya 100 botol Dettol hand sanitizer, kalau selepas pakai, anda terus menggaru bontot. Kejadian ini baru sahaja berlaku di depan mata aku. Hahaha. {ANNA}


