20090205

I tak suka #008: Flush & Sabun

Aku serius tak suka gila bila flush, taik tanak turun. Serius weh, irritating gila, sebab nak tunggu tangki air tu penuh balik agak lama lah untuk mengflush lagi sekali. Pastu kekadang dah flush tu tak turun gak. Terpaksa ambil baldi, isi air penuh dan tuang.

Jadi kekadang tu, tensen punya pasal aku tutup lid toilet tu, biar air dalam tangki tu berisi penuh, isi baldi dalam air. Buat urusan lain dulu. Kekadang tu sampai terlupa. By the time ingat, air di dalam tu sudah bertukar warna, tahulah kan. Malas nak cerita detail, jijik teramat.

Aku sebenarnya sangat pelik manusia jenis tak flush di public toilet. Masuk-masuk kuning ja air. Sial tul lah. Kalau flush tu rosak aku paham gak, bila aku tekan okay je. Jalan je, ada lah gak kena tekan kuat sket. Pemalas siot manusia.

Dan aku kalau boleh, asal masuk public toilet tu, ada bau sket, terus tahan nafas, sebab stok hancing tu boleh rasa kat dalam tekak. Tapi, kekadang tu tak sempat nak tahan lama sangat, jadi terhirup gak, terus aku terbatuk-batuk. Wekk.

Pernah dulu sekali masa kat kolej, aku tariklah flush, lepas tu aku bau tangan aku hancing. Arrrrgh. Dan sejak tu, aku akan memastikan aku ambik berhelai-helai tisu, untuk bukak pintu toilet, untuk kunci, dan terutamanya bila nak flush. Disgusting gila. Dan yang penting aku akan sabun betul-betul tangan aku setiap kali lepas masuk public toilet.

Dan kalau takda sabun. Haih, memang potonglah. Basuh tangan tu. Aku rasa kena sentiasa bawa botol kecik berisi sabunlah.

Cakap pasal sabun ni, satu lagi, aku paling anti gila sabun buku di sinki kedai makan. Orang lain boleh rilek basuh tangan, pakai sabun bekas tangan-tangan manusia lain. Dahla kekadang tu ada bekas-bekas lauk kat sabun tu. Haih, letak je lah sabun cecair. Aku rasa kesedaran hygiene kebanyakan Malaysians masih lemah.

Cuma, lately better sket kot tandas-tandas awam di Malaysia ni berbanding dulu. Setuju atau tidak? Siapa pernah masuk toilet automatik kat tepi jalan tu ha? Bayar brapa sen tah tu.

Tandas awam mana yang korang rasa selesa dan bersih?

{ANNA
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails