20090223

Dah lama aku tak sibuk macam ni

I'm beginning to feel that my life has a purpose. Ahaha. Aku sekarang agak sibuk, dan ini baru sahaja di tahap awal, tak lama lagi aku akan masuk fasa sangat sibuk secara fizikal. Dalam kepala aku ni pon dah sangat sibuk. Sibuk tapi tak serabut. Aku rasa sangat high dan seronok sekarang ni. Insya-Allah impian aku akan tercapai tak lama lagi.

Tapi bila impian itu telah tercapai, untuk mengekalkan impian tu mesti rasa sukar, sibuk dan agak serabut. Bukan mudah nak kekal di alam impian, sebab akhirnya kita akan balik pada realiti. Dan realiti itu ada peritnya. Tapi takpa, aku sanggup terima keperitan dan risiko yang aku ambik ni. Dengan bantuan orang-orang yang tersayang, dan keyakinan diri.

Hah, tak sabarnya......

Okay. Masih ada banyak lagi ruang kosong untuk Guerillagraphy Workshop bulan Mac depan. Buat masa ni aku buat kat rumah, jadi tak dapatlah nak buat di hujung minggu. Tapi aku akan cuba usahakan sedaya upaya aku untuk dapatkan lokasi yang sesuai.

Di samping itu aku akan turut serta dalam KL Design Week 2009, di bawah Digital Malaya Project, dari 27hb Mac - 04hb April 2009. CHOCO♥lah® sekarang pulak tengah lebih aktif, turut serta dalam Bijou Bazaar, dan STYLO untuk event F1 di Lake Garden pada 28, 29hb Mac dan 3hb April. Fwahh banyak tu. Malangnya aku tak boleh nak involve 100% dengan CHOCO♥lah® kali ni sebab ada banyak urusan lain yang harus diberi perhatian juga. *pingsan*

Aku semalam baru berphotoshoot, agak menarik gambarnya! Haih, I really should go out and do photoshoots more often. Ni duk terperuk kat rumah ja. Jadi, I might need some 'models' soon. *hint hint*

Aku sebenarnya banyak ni nak buat dan cerita. Tapi nanti dulu. Bila masa yang sesuai, akan aku khabarkan.

Yang penting, sekarang ni aku rasa sangat bahagia. I don't feel like a total failure anymore.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails