Ya aku ni memang seorang yang optimistik. Apa jua yang terjadi, aku percaya ada sebab yang lebih baik di sebaliknya. Biar benda yang berlaku tu membuat aku rasa sedih. Kalau aku tak dapat apa yang aku nak, aku pasti mesti ada sebab, mesti sebab belum masanya lagi., atau bukan rezeki aku, ataupun aku akan dapat benda yang lebih baik. Boleh katakan, aku ni orang yang tak banyak masalah besar setakat ini. Itu antara sebabnya, aku akan beri perhatian pada benda yang remeh seperti anonymous comments yang jahat di arena berblogging ni. Yup, sebab aku takda masalah lain dalam hidup. Bukan aku takda life, tapi dalam life aku tak ada konflik yang terlalu besar. Mungkin belum lagi, mungkin aku belum cukup merasai kehidupan? Hmm.
Oleh yang demikian, aku banyak ruang untuk berfantasi. Dan di sinilah timbulnya fantasi negatif aku. Contohnya, ada satu malam tu, lepas kat kedai makan ngan Pitt, kedai tu kat penjuru. Dan di seberang jalan tu 7-eleven. Pitt nak beli apa tah kat 7e tu, jadi dia pon tinggalkan aku sekejap kat situ. Jadi aku perhatikan lah dia dari jauh. Dalam pada itu, otak aku mulalah membayangkan tiba-tiba ada rompakan dalam kedai tu, dan Pitt kena tembak.
Tapi tak pon. Aku pon cerita lah kat Pitt. Sekali, dia plak ada gak fantasi dia. Dia membayangkan tengah menyeberangi jalan tu, dia kena langgar dengan kereta. Haha. Haih. Bongok lah dua ekor nieh. Memang sehati sejiwa. Lepas dah abis berfantasi tu terus berdoa dalam hati agar semua tu dijauhkan. Bukannya sengaja nak bayang, terbayang secara otomatik.
Selain tu, aku sering terbayang, tengah tidur, sebahagian dari enjin kapal terbang jatuh di atas bumbung rumah aku, betul-betul atas tempat aku tidur. He he he. Jadi setiap kali aku dengar kapal terbang lalu, aku akan terbayangkan benda tu berlaku.
Hah, kalau aku tengah nak masak tu. Selalu jugak membayangkan masa nak nyalakan gas tu, kebabom, meletup. Ahahaha.
Banyak lagilah yang aku sering terbayang. Yang sangat merepek pon adalah, macam masa tengah tengok wayang, tetiba ada raksasa datang makan orang-orang dalam wayang tu termasuk aku. Tak sempat nak lari.
Gila apa aku ni? Atau adakah anda begitu juga?
Dan kebetulan ada satu movie ni aku tengok, tajuknya Look Both Ways, di mana watak utama dalam cerita tu selalu membayangkan disaster seperti kemalangan kereta api macam LRT tu, yang terlepas dari landasan dan membunuh orang yang lalu tepi landasan tu. Jadi masa tengok tu memang tergelak sakan lah. Dan membuatkan aku rasa, mesti ramai juga orang lain yang berfantasi sebegitu rupa. Mungkin. Jika tidak, nampak gayanya aku perlu berjumpa pakar psikiatrik secepat mungkin.
He he he.
{ANNA}