20081231

Katak di luar tempurung #005

Hari ini Anna, Pitt ngan my niece Fairuz, telah ke Pet Shack di Sunway Mentari untuk membeli makanan Charlie, termasuk mealworms dan juga fruit mix slurpienya. Oh sedap. Kemudian setelah habis membeli, kami pun ke arah kereta untuk ke Sunway Pyramid pula. Malangnya, kereta kami telah dihalang.


Benda ni perkara yang biasa. Dan menjadi orang yang bersabar, kami menunggu dalam lebih kurang 5 minit. Rasa sabar itu makin hilang kerana kami berancang untuk menonton wayang. Takut tak sempat. Jadi takpa, bersabar sedikit lagi, sikit lagi, dan makin sikit. Setelah lebih 8 minit kot lepas, hon pon dibunyikan, adalah dalam lebih 10 kali. Mungkin ini kali pertama Pitt menekan hon sebanyak itu. Tekan, punya tekan, punya tekan, tetapi tuannya tidak muncul. Punyalah lama, tu yang sempat aku menangkap gambar. Dan akhirnya, mungkin setelah lebih 10 minit, tuannya pon dengan gelabah menuju ke arah kereta sambil mengatakan sorry. Anna dengan garang bertanya pada anaknya yang hendak membuka pintu keretanya itu (sebelum maknya sempat kata sorry), "Ini kereta kamu ke?" dengan muka yang bengis. Budak tu mengangguk je. Haih, mak dia mintak maaf pon aku buat tak pedulik. Sebab lama seh, biasanya paling lama pon 5 menet kot sepatutnya, dahla kat belakang tu banyak gila tempat kosong boleh tahan nak parking. Kalau memang penuh dah takda tempat tu, pahamla gak kan. Haiyah, some people ah.

Jadi, setelelah kereta itu bergerak dan membuka laluan kembali pada kenderaan kami, kami pon menuju ke arah Sunway Pyramid. Sampai sahaja, terus bergegas ke TGV untuk membeli tiket. Malangnya cerita Bedtime Stories telahpun penuh, jadi kami memilih untuk menonton BOLT dalam 3D.


Kerana masih ada sejam lagi, kami pon ambil keputusan untuk mengisi perut dahulu di Sakae Sushi. Tapi sebelum ke sana kami masuk ke pusat hiburan. Ya, si Fairuz bermain apa tah namanya, benda ketuk-ketuk tu. Tapi takda pengetuknya, jadi guna tangan je lah. Punyalah gelabah dia main, sambil terjerit-jerit meminta tolong "MAKSUUUU, HELP MEEEE!!". Aku pon tolonglah, sekali aku pon jadik gelabah, lalu menjerit ke Pitt "AWAK TOLONGLAAAAH". Hehe. Dan kame bertiga bergabung tenaga untuk mengetuk makhluk yang keluar dari lubang-lubang di sebuah mesin yang berwarna-warni.


Aku ngan Pitt duk main tembak-tembak hantu di dalam House of the Dead. Semangat, siap tambah kredit lagi. Haih, menembak hantu ni penat gak ropenye. Perut mula berkeriuk. Jadi kami pon bergegas ke Sakae Sushi. Di situ, aku melihat lampu yang cantik dan seperti biasa, sentiasa terpegun dengan sushi yang berjalan di atas tikar bergerak.


Dan Pitt meneruskan ritual biasa kami, menuang kicap di dalam bekas kecil untuk cicah, kemudian meletakkan wasabi (atau wasabi dulu), dan serbuk cili. Pastu mengambil juga halia jeruk, yang mengurangkan rasa hanyir sushi.


Setelah membuat order, makanan pon sampai. Kami order Soft Shell Crab Makimono, Kanikama Maki, Hana Maki, apa tah lagi tak ingat nama, Miso sup, Ice Lemon Tea, Coke, dan Fairuz kiddy meal yang dihidangkan di dalam sebuah kapal terbang, .


Sebelum dan selepas makan kami sempat bergambar. Pitt bergambar kontrol macho, aku dengan Fairuz langsung tak macho, bergaya dengan chopstick (Eh bukan ada ke yang rajin komen guna username chopstick, ada kan? Hehe.) Tapi bukan chopstick itu, tetapi chopstick yang kayu yang panjang dan runcing di depan.



Setelah habis makan. Kami pon memanggil pelayan dan meminta bil. Dah bayar, kami pon terus ke panggung, sebab masa dah time. Masuk dalam panggung bernombor 2. Setiap sorang diberi kaca mata yang sangat awesome seperti yang digayakan oleh Fairuz di bawah ini. Sebelum menyarungkan kaca mata itu Fairuz berkata "I'm going to be a nerd".


Hampir 2 jam kemudian, selesailah sudah kami dihiburkan oleh BOLT. Mengangkat punggung keluar dari panggung. Oh masa movie tu start, dan Fairuz melihat salah satu watak dalam cerita itu, iaitu Penny, Fairuz dengan kuatnya mengatakan "THAT'S MILEY CYRUS!!!" Heh, aku pon tak tau. Rupanya Penny tu disuarakan oleh cik Hannah Montana. Sama ada orang di dalam panggung rasa bengang, atau pon berterima kasih di atas informasi tersebut. Sebagai seorang makcik, aku menasihati dengan bisikan "Fairuz, not too loud, if you're too loud, they'll chase us outta the theatre". Huhuhu.

Sebelum pulang, Fairuz sempat menaiki Ferris Wheel yang berbentuk Strawberry. Dan setelah itu, kami pon ke arah tempat letak kereta, sambil membayar tiket, terjumpa cermin yang besar, lalu aku berkata pada Fairuz "Fairuz! Photo op, photo op!!", dan dengan eksaitednya, Fairuz bertanya kembali, "Photo op?", dan dengan bijak aku menjawab "Photo opportunity.. the mirror!". Lantas aku, Fairuz dan Pitt berposing di depan cermin.


Ho yeah, nak ke tempat parking pon sempat memetik beberapa gambar, sampai Fairuz kata "You sure are taking a lot of pictures today Mak Su." sambil ketawa comel. "I've got to document this Fairuz". Chey nak aja pakai perkataan document, padehal pergi Pyramid tengok wayang je. Cheh, ni semua ketagih ngan blogging punya pasal lah. Puhh!

20081230

KoRuNk duK bUaT aPa tUe?

hAi KoRunK! KeJaP LaGi sAyEp nAk BeLi mAkAnAn unTuk CHaRLie. ALaH, suGeR GliDeR KiTeR tuE. HMmmMMmMm. Penatlah tulis hurup BeSaR keCik beSaR keCik. Hmmmm. Okey, lepas kita beli makanan utk Charlie, kita igt nak pergi Pyramid, nak tgk muvi, ngan bf kite, eh suami sayep, dan anak sedara sayep. Citer Bedtime Stories. Macam cool gilew citer tueh. Blh x kita tulis tak pakai perenggan? Baru mencabar sket org nak bacakan? Pastu lagi best kalau kita tambah warna. Macam nih ke. Atau macam ni. Atau macam ni. Macam ni pon boleh. Banyak sangat kaler boleh pilih, barulah meriah blog kita nieh. Kita hari tue pergi beli baju bundle, tshirt band apa tah, kool giler occay? X sbr nak pakai weekend ni pergi KLCC, tapi sebelum tu singgah lah kat, jab check facebook ada event apa.. ahh, apa-apa eventlah. Oh jangan lupa kamera DSLR yang ayah belikan tu pon kena bawak sekali, mestiler, nak amik gambar kan. Amik gambar tu pun kena ingat, buat tanda peace ngan jari. Hi hi hi. Tak sabarnya! Eh luper plak, buat apa tunggu weekend, kan nak New Year nieh. Hmm, lepak mana ekk tahun ni nak tgk bunga api? Hmmm. Dahla, kiter xde idea nak tulish nih. Sajer jerk nak tulish dalam blog. Jangan marah taw kalau terasa, sayep sajer je. Hi hi hi. Muah muah muah. Sayang korunk tau!

20081229

Terima kasih, dan selamat tahun baru!!

Yaaa, sudahpun masuk 1430 Hijrah. Selamat Maal Hijrah semua! Jadi apakah azam tahun baru korang? Hmmm bagi Anna, adalah untuk menjadi lebih baik dari tahun ni. Hahaha. Okay, realistik sket.

Tadi keluarlah ngan Pitt pi Pyramid, dah lewat malam, dalam kul errrr 8.30pm. Pergi sebab nak ke kadai Fitness Concept untuk membeli treadmill. Yahahahaw, dah beli dah pon, nanti akan dihantar ke rumah 7hb nieh, wuhohoo, siap beli weighing scale ni. Tak sabar nak berlari-lari di atas getah yang bergerak. Beli tu keutamaan untuk Pitt lah, dah kawin ni mendadak wo naik berat badan, skang beratnya 95kg. Like whoa. Dua setengah kali ganda dari Anna. Haha, Anna naik turun dalam 39kg ke 42kg PALING BERAT. Haih, sorang gemuk, sorang keding, eloklah tu.

Ni naik cuba tambah sket berat badan, 42kg atau 43kg sebenarnya memadai untuk orang yang pendek cam Anna ni, tinggi dalam 152cm. Pon sebab nak menyediakan badan, esok-esok dapat baby kan, kenalah segar bugar. Kalau keding sangat tak larat nak bawak baby dalam perut. Jadi yeah antara azam barula, nak mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat! Bersenam, makan makanan yang berkhasiat. Hmm. Dan kalau boleh nak jaga tidurlah, tanak tidur terlalu lewat, dan bangun awal. Otak pon dah jadik lembab sebab tidur tak betul, dan kalau boleh langsung taknak tidur petang. Serius biul, mimpi mesti mengarut gila.

Pastu membeli belah sket baju untuk Anna selai, jacket, topi dan seluar untuk Pitt. Anna ni kan, jenis beli baju baru, mesti akan terus pakai. Lepas dah cuba dalam fitting room, kalau suka, tak bukak pon, hulur badan kat cashier suruh dia potong tag. Tak malu kan? Pergi kedai pakai lain, balik dah lain. Konon macam makeover lah. Hahaha. Pitt pon sama. Eloklah tu.

Sebenarnya, tadi nak makan sushi dekat uhmm Sakae Sushi, tapi dah lewat, dan biasanya banyak menu yang favourite dah habis kalau dah lewat sangat. Jadi tak jadik, balik-balik belilah KFC. Okaylah tu, ayah dapat gak makan sekali. Ayah memang, memalam mesti mau supper. Dia biasanya akan makan roti, tapi kali ni ayam kentaki.

Agak ajaib sket akhir tahun ni, nak masuk tahun baru macam-macam berkaitan dengan isu agama yang berlaku, yogalah, adibah (kesian Adibah sebenar, tak pasal-pasal kena), pastu blog-blog yang menentang Islam lah. Semacam sengaja hendak menggertak kita supaya bangkit dan lakukan sesuatu. Kita cuba apa yang mampu, flag antara salah satunya. So terima kasih pada semua yang telah sama-sama mengflag blog laknat tu. Tapi bendanya tak berhenti di situ saja, masih banyak di luar sana. Ini perjuangan yang tidak ada titik noktahnya, jadi yang penting jangan cepat kita putus-asa. Kalau cara itu tak boleh, ada cara lain.

Dan, terima kasih pada semua yang memberi pendapat masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam entri sebelum ni, walaupun tak ramai memberi ulasan, tapi setiap ulasan tu SANGAT BERNAS. Bagus, bagus. Siap Anna baca berulang kali.

Oh satu lagi, Anna pon insya-Allah akan mengurangkan atau berhenti sama sekali (tapi tak kut) gambar-gambar self-portrait. Semalam Anna banyak menyorok gambar-gambar Anna yang agak terdedah tu. Takdalah terdedah mana, tapi sebab sekarang pon dah tutup kepala, agak kelakar lah kalau masih menunjukkan gambar-gambar sebegitu kan? Tapi perlahan-lahan, sebab Anna tipulah cakap kalau Anna tak sayang gambar-gambar tu kan. Tapi sampai bila? Benda tu semua seronok-seronok dunia je kan? Haih.

Tapikan, Anna semacam dapat satu inspirasi. Teringin sangat buat macam costume ke yang menutup kepala semua, tapi yang pesen funky dan stylo, ala avant garde, dan shoot. Pergh mesti tebabow. Tengoklah macam mana. Dan haih teringin sangat menjelajah dunia dan menangkap gambar pemandangan di negara lain, di tempat lain, dan juga orang lain. Insya-Allah, rezeki suatu hari nanti, mana tau Canon ke Nikon ke Sony ke nak sponsor kan? Wah, I terima je dengan tangan terbuka. *kenyit* *kenyit*

Hmm ada satu majalah agak baru ni menghubungi Anna, sebab ada opening untuk fotografer. Tinggal nak kena emailkan portfolio. Harap sangat dapat. Sebab tengok magazine dia pon macam best gak, kira citarasa Anna lah gambar-gambarnya. Kalau rezeki dapatlah kan? Taknak terlalu mengharap, nanti kecewa. Pernah sekali tu, memang kecewalah, nak kerja satu tempat ni, tak dapat, menangis bagai nak rak. Tapi tengok-tengok dapatlah tempat yang lebih baik. Huhu, jadi semua ada hikmahnya kan? Satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Jadi tak perlu pening dan risau sangat.

Hah, tu pon tadi dapat parking agak mudah. Berkat kesabaran dan doa. Padehal banyak gila tadi kereta. Rasa macam ajaib!

Dahla, saja rasa macam nak tulis sesuatu yang kurang serius. Header kat atas tu pon, mungkin akan ditukar, atau kekalkan yang tu, sebab takda gambar yang sesuai nak tukar. Rasa nak tukar layout satu blog ni sebenarnya, tapi takda mood dan idea lagi. Jadi biarlah dulu.

Dahla, okay. Cerita lah apa azam tahun baru korang ya!! Okay, tata.

{ANNA}

20081228

Antara sebab aku menyarankan diri dilengkapkan dengan ilmu dan pentingnya menguasai Bahasa Inggeris


KLIK UNTUK ZOOM IN

Jangan main-main, ramai orang yang bijak di luar sana, yang boleh menggoyah dan memanipulasikan pemikiran orang tentang Islam. Lagi-lagi pada mereka yang tidak betul-betul memahami Islam. Lagi-lagi mereka yang sudah anti-Islam, mereka akan cuba apa saja untuk menghancurkan Islam, perang dari segi pemikiran, psikologi, dan kata-kata.

Lebih ramai orang di luar sana yang memahami Bahasa Inggeris dari bahasa-bahasa lain. Jadi mereka mempunyai senjata yang sangat tajam yang boleh mencederakan agama kita. Sejauh manakah kita melengkapkan diri untuk semua ini? Sekarang dunia yang moden, internet dan blogging sudah menjadi platform untuk bersuara dengan bebas, kalau hendak diflag pon agak sukar, kerana mereka tidak seperti blog 'Adibah' itu, membuat hujahan yang bernas (aku kata bernas tapi bukan benar), berapa ramai antara kita boleh membetah? Aku rasa sangat malu. Ya, kita boleh flag, tapi bila orang berbahas sebegini dan kita flag begitu saja, nampak sedikit kerakusan kita dan bagi mereka, mereka akan melihat kita sebagai pengecut, bodoh dan mengambil tindakan tergesa-gesa.

Blog sebegini tidak seperti Adibah, yang nampak memang memaki hamun dan menghentam tanpa sokongan ayat-ayat dan isi yang didebatkan. Jadi untuk flag mudah.

Tapi ini? Kita nak jawab pon tak reti.

Apakah yang kita boleh buat? Berdiam diri? Abaikan? Hmm.

Kita ada otak dan boleh berfikir, mari kita gunakan ia sebagai senjata untuk memerangi mereka ini. Ini peringatan dan saranan untuk aku dan semua. Tolonglah adik-adik dan semua, tak kira umur, kita lengkapkan diri dengan ilmu, kita kilatkan lagi pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris kerana bahasa juga adalah ilmu. Dan ramai di luar sana ilmu agamanya mantap, tapi dari segi penguasaan bahasa Inggeris lemah. Kita buktikan pada mereka yang penganut agama Islam adalah terdiri dari golongan yang bijak, dan bijak sahaja tidak cukup, harus bijak berkomunikasi.

As the English proverb says "The pen is mightier than the sword"

Benda ini bukan perkara yang remeh. Dan ini tanggungjawab kita semua.

20081227

Tidakkah anda merasakan satu kejayaan yang kecil?

Alhamdulillah, akhirnya blog itu telah dibuang sama sekali, dan di block langsung dari URLnya. Yeay. Ramai yang telah menyebut bahawa empunya blog tu bukanlah milik si Adibah Ahmad (siap ada gambar dia). Memang dah boleh agak dah orang tu tak akan berani menunjukkan diri. Oleh yang demikian menggunakan orang lain, yang menjadi mangsa.

Siapakah perempuan dalam gambar itu? Aku pon taktau. Just Khai cuba membuat sedikit research, sila baca. Aku malas untuk menuding jari, dan aku malas nak mengatakan orang yang buat tu Cina ke, Melayu ke, India ke. Sebab agama tidak mengira bangsa.

Cuma aku sedikit sedih, mereka yang meninggalkan komen-komen yang memaki hamun seperti, babi lah engkau syaitan, dajjal, kafir laknat, kau masuk neraka, bla bla bla. Fenonmena ni banyak berlaku aku tengok, di YouTube contohnya. Ada saja komen dia video yang menentang Islam dari yang bukan-Islam, pasti ada ulasan yang ditinggalkan sebegitu.

Jarang sekali membaca komentar yang berilmiah dan tenang. Betul, kita rasa panas, bengang, dan kalau boleh nak je bunuh orang tersebut. Tapi, ingat, sifat beginilah yang dipunyai oleh sang-sang terrorist dan extremist. Jadi cara paling baik, ialah untuk abaikan, jika rasa diri tu tak lengkap dengan ilmu yang nak dibahaskan. Sebab, ramai antara mereka yang sangat bijak, dan juga telah membuat kajian dan membaca Qur'an itu sendiri. Nanti tak pasal-pasal kita pulak yang menjadi musykil tentang agama sendiri.

Ramai pembaca Anna muda, Anna sarankan banyak membaca buku-buku dan menambahkan ilmu agama anda mulai sekarang. Sekali-sekala belilah satu buku, dan baca, baca tafsiran al-Quran dan fahami. Alang-alang online tu lawat lah sekali sekala situs-situs yang menerangkan tentang Islam dengan lebih mendalam. Lengkapkan minda dengan ilmu, untuk perangi orang-orang Kafir yang cuba memesongkan akidah kita, dan tentunya untuk diri sendiri, agar lebih memahami Islam dan lebih mencintainya.

Sebab diorang ni, suka mempersoalkan benda-benda yang sering kita lakukan. Contohnya, kenapa kau pakai tudung? Kenapa kau sembahyang 5 waktu? Adakah jawapan kita tertakluk hanya kepada, itu suruhan Allah, dah tercatit dalam al-Quran? Kalaulah setakat itu saja yang boleh dihuraikan, pengetahuan dan ilmu kita memang masih terlalu cetek.

Dan dalam agama kita pon, setiap apa yang berlaku, yang dilakukan ada hikmah, dan kebaikannya. Bagi Anna, sembahyang 5 waktu tu, cuba korang bayangkan, susun atur waktunya cukup dan sangat tepat dan sesuai sewaktu kita bangun dari tidur. Bangun awal Subuh, kemudian elok-elok untuk mandi, bersiap ke kerja, ke sekolah, untuk makan sarapan pagi. Zohor? Perut dah mula berkeriuk untuk makan tengahari pulak, dan berehat sebentar setelah bekerja mencari rezeki, belajar menambah ilmu, Asar, mata dah mula ngantuk, segarkan diri balik, Wudu' dan solat. Maghrib, walaupun waktunya terhad, tapi hanyalah 3 rakaat, bolehlah kita nak keluar pergi makan ke, atau saja nak lepak di rumah, tengok tv. Isya'? Ya, masa sebelum tidur, memberi ketenangan untuk tidur, sedikit senaman juga. Kenapa pulak tak ada solat yang wajib di tengah-tengah malam kita tidur tu, dari jam 10 malam sampai ke 5 pagi? Cukuplah tu tidur untuk 7 jam, kalaulah tidur kul 10, kul 11, ada lagi 6 jam, kul 12, ada 5 jam untuk tidur. Dan mengikut biologi badan kita masa itu memang dah memadai untuk badan kita. Yang kita tidur pepagi buta tu, sendiri tanggunglah, sebab masa nak tidur tu dah diperuntukkan. Langit dah gelap, dah disediakan untuk kita melelapkan mata.

Ntahla, aku rasa dunia ni dah nak Kiamat. Banyak sangat tanda-tanda, banyak sangat malapetaka alam yang besar-besar. Tapi tak usahla kira kiamat, mati tu pon tak tau bila, esok? Kejap lagi? Bertahun-tahun lagi? Lebih baik kita lakukan apa yang sepatutnya sebelum terlambat.

{ANNA}

Ini kurang ajar (UPDATE: Mari kita FLAG blog 'ADIBAH')

Aku tak paham, manusia macam ni pon ada. Aku sebenarnya malas nak kecohkan hal ni, sebab setelah aku berkongsi bersama nukilan kisah Aleya, di mana niat aku untuk membuka hati kita, yang sedia dibesarkan sebagai seorang Islam, yang lalai dan leka. Ada lah seorang manusia anonymous yang telah meninggalkan komen yang sangat kurang ajar.

Awalnya, dia telah meninggalkan komentar di shoutbox Anna, terus kerana malas melayan komennya, yang langsung tidak membina tapi hentam semata-mata, Anna delete dan ban i.pnya. Lalu dia pon membuka dua account blogger yang baru, semata-mata hendak meninggalkan komen di blog Leya. Leya juga telah membuang komen tersebut.

Dan nampak gayanya, dia tak berhenti di situ, dan meninggalkan pula komennya secara copy dan paste di blog-blog orang lain pulak. Ni dah melampau. Di sini, aku tolong kau manusia, aku copy dan paste apa yang kau telah tulis untuk tatapan orang lain. Aku kesian yang kau tak boleh melihat keindahan dan kecantikan Islam itu.
annoyed berkata...

gua suka lu miss *****...itu lah perempuan melayu moden yang kita mahu...mana ada pakai tudung. Lu Ed Na ingat masuk melayu mesti pakai tudung buruk tu. Lu ed na hanya stereotaip melayu sedih.. sungguh typical.

Masuk islam bukan satu yang susah. Perempuan melayu pun tak ndak ikut islam yang ketat. Lu patut tenguk tu youtube "girls night out" by sue anna joe... tenguk pompuan melayu menggedik. Lu ingat islam cara arab boleh buat macam tu? Masuk melayu la. itu lebih bagus sebab anda di dalam masyarakat melayu baru boleh cool dan pergi gig. Masuk islam arab lu jadi mcm arab la..dont confius the 2. and please la stop your heart wringing persecution complex..so annoying.

Okay, ni lagi satu, menggunakan profile yang lain:

spooked berkata...

komen ni untuk tan ed na dia censored
Yeah your attention seeking personality is so uncool and out of synch with current mentality of the malays.

To link malays with tudung etc is to stereotype. You may have issues with your parents and spooked them with your tudung wearing stunts.. hey even malays fathers get spooked with fanatical tudung wearing daughters..

so cut off the theatrics..and to show your pseudo piety at rantai..gila ke..

Rantai tu pentas melayu moden menunjukan seni dan hang datang dengan cerita sedih pasal pakai tudung melayu.

Cuba tenguk dari pandangan mata your dad tentu dia terperanjat. Setengah ibu bapa melayu pun tak suka anak pompuan mereka pakai tudung.

Adakah anda datang ke rantai untuk jual novel?
Rantai tempat anak2 muda melayu berseni secara indie...

Keimanan bukan perkara ditunjuk atau modal buat novel. Lu out of date la..
Orang macam ni, tidak harus dilayan dan dipedulikan saja. Tapi kerana dah terlalu banyak blog lain yang dia serang, Anna pon rasa tanggungjawab untuk mewar-warkan hal ini. Kerana, takut mesej lain pula yang diterima oleh orang lain, dan salah paham mula timbul.

Ini isu yang sensitif, dan berkaitan dengan agama kita. Dan dengan senang-lenangnya manusia ini mempertikaikannya.

PERHATIAN

Dan satu lagi, dari entri yang baru Anna dapat dari Fynn, yang memang terang-terangan menghina agama Islam dan Nabi kita Rasulullah S.A.W.


Okay, blogger prohibits this kind of hate speech in blogs, I quote:

"Blogger strongly believes in freedom of speech. We believe that having a variety of perspectives is an important part of what makes blogs such an exciting and diverse medium. With that said, there are certain types of content that are not allowed on Blogger. While Blogger values and safeguards political and social commentary, material that promotes hatred toward groups based on race or ethnic origin, religion, disability, gender, age, veteran status, or sexual orientation/gender identity is not allowed on Blogger."

So, we have the right to flag this blog!! So let's do it!! Kalau ramai-ramai buat, mesti staff di blogger akan take notice and take action against this blog. Ni aku amik screenshot bagaimana nak flag blog tersebut:

Step pertama, pergi ke blog tersebut: http://adibahahmad.blogspot.com/ dan di bahagian navigation bar di atas sekali klik FLAG BLOG:


Langkah berikutnya, pilih Type of violation, 'Hate or violence', kemudian klik Continue:


Klik Continue lagi:


Dan akhirnya tekan butang Submit:

20081226

Iklan-iklan yang aku rasa irritating nak mampos.

Ada dua iklan, yang aku rasa sangatlah annoying. Dan iklan-iklan ini biasanya akan diulang berjuta kali dalam satu hari, di radio atau di tv, dan disertai dengan lagu yang terlebih happy. Dan lagu ini menjadi irritating kerana, selalu diulang, dan masa tu, itu sajalah sumber hiburan aku.

Iklan pertama, sewaktu ni aku kat hospital, sakit perut sebab keracunan makanan makan bubur McD. Layanlah siaran di TV, pusing-pusing antara channel 1,2,3, NTV7, dan balik-balik TV3. Masa tu tengah musim Jom Heboh, jadi SETIAP IKLAN SETIAP 15 MINIT AKU DENGAR NI "Jom, jom, jom, jom, jom, jom, heboh, heboh". Dahla benda tu duk ulang setiap 15 minit, tapi dalam lagu tu sendiri ayat "Jom, jom, jom, jom, jom, jom, heboh, heboh" itu diulang brapa dozen kali. ARGHHHHHHH.

Lagu kedua. Masa ni perjalanan pulang ke rumah di Selangor dari Perlis. Hahahahaha. Iklan Celcom, cemana tah, something like "Call you on a Monday, a Tuesday, a Wednesday... because its FREEEEEEE" ARGHHHHHHHHHH, diulang juga setiap 15-20 minit. SETIAP IKLAN MESTI ADA. Psycho weh aku.

Ada lagi, err iklan tuala wanita/pad, di mana Nora Danish yang comel itu mengambil gambar di bontotnya menggunakan kamera di handphone, sebab nak check bocor ke tak. Ada ke patut, serius aku bengang gila tengok iklan tu. Macam eee, so downgrading for a girl.

Okay. Tu je nak membebel hari ni. Ada tak korang mendengar iklan yang memang irritating gila kat dalam radio atau TV yang kerap diulang?

20081225

Katak di luar tempurung #004

Hah, 25 Disember, Hari Natal, cuti am, yihaa. Tengahari tadi ayah ngan mak ajak Anna ngan Pitt gi makan di Big Plate, Kampung Subang Subang Permai (thanks Nadiah Khairi tolong betulkan) . Jadi, untuk menjadi 'blogger yang kental dan sejati', Anna nak kongsi gambar apa yang kitorang makan tadi. Barulah blogger beb! Apa ajer nak snap buh dalam blog la kan? Hahaha. Bila anda sudah mula memblogging, hidup anda sudah terperangkap di dalam blog, blog blog blog. Emosi kucar-kacir, blog, beli baju baru, blog, hilang dompet di pasaraya, blog, nampak eksiden di jalan raya, blog, papan tanda yang ejaan tak betul blog, suma nak blog. Okay, nah gambar. Bersedialah untuk mengeluarkan air liur. Amaran, kalau lapar, jangan tengok.

Mushroom Soup di dalam sebuah bun yang dikopek isinya seperti mangkuk. Senang sket, takyah nak kena basuh pinggan dan boleh dimakan mangkuk ini. Mak ngan ayah kongsi yang ni.
Bibik kata bun ni macam buah kelapa.

Ox Tail sup. Sedap gila. Ini order ayah, tapi sebab mak dah order, dan kitorang tak order lagi, disedekahkan pada Anna ngan Pitt. Jadi kami berkongsi yang ni. Sedap gila. Eh dah cakap dah.

Rib Eye Steak dengan vegetables. Oh sedap deh. Saya punya.

Chicken Grill with salad. Siap ada pisang, buah naga, kiwi, dan belimbing. Anna gigit sket garlic breadnya sebab terliur. Ni maknya order.
Sedap juga. Nyamm.

Beef Kebab with salad and saffron rice, order Pitt. Yang ni pon sedap. Anna curik garlic bread lagi. Sedap sangat. Rangup. I love garlic bread! Nasik pun curik sket.

1/4 Chicken Roast with vegetables. Ayah punya dish. Oh sedap juga. Semua sedap. Sedap sedap sedap.

Dulu masa Big Plate baru bukak, memang kerap pergi. Sebab rumah abang ada dekat area tu, tapi sejak dibuat highway, abang pon kena pindah dari situ, kami pon dah jarang pergi. Oh dan dulu, ada member ni, menjadi chef di sini, dia seorang blogger juga, tapi masa tu belum berblogging lagilah. Dan rasanya masa tu hanya segelintir je pon berblogging. Sekarang ni semua orang nak berblogging. Apalah korang ni. Ish.

Masa dia kerja di sana, dia belanja Anna Kambing Banting, pergh, favourite nieh. dia ala-ala Lamb Chop la. Tak tau pasepa dipanggil Banting, adakah kambing itu dari Banting? Pastu bukan satu bungkus plak tu, 2 ke 3 tak silap dia bagi. Waduh sih. Terharu gue.

Dan dulu, tempat ni memang sentiasa penuh. Tempat duduk pon payah nak cari. Tapi sekarang dah tak seramai dulu. Lot pon dah dikurangkan satu. Nasib baik masih sesedap dulu. Tapi yang membuatkan sedap dan seronok tu sebab dapat makan bersama orang-orang tersayang, mak, ayah, dan Pitt. Uhmm. Petang yang memuaskan jiwa dan perut semestinya. Oo yeah.

{ANNA}

Selamat Pagi semua, Santa Claus ada bagi kamu hadiah?

http://www.youtube.com/watch?v=VhO-OE931D4

20081224

Bila bahasa dicampur adukkan.

Aku dari dulu rasa benda ni agak kelakarlah. Tapi bila dalam Bahasa Melayu aku rasa benda tu biasa, mungkin sebab aku buat dan aku paham apa yang dikatakan. Kalau dalam bahasa lain, contohnya Jepun, Mandarin, Tagalog dan sebagainya aku rasa sedikit jengkel. Sungguhlah berat sebelah dan hipokrit.

Apa ni apa ni, buat apa ni weh?

Haha. Okay, korang perasan tak, ni kebanyakannya berlaku dalam lagu, atau dalam drama di tv dan juga filem. Di mana bahasa itu akan dicampur adukkan dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Benda yang I always do bila aku menulis blog. Hahaha. Dan ramai juga yang lain pon buat.

Okay, ini contoh, lagu yang agak popular dari S.H.E, Superstar. Aku pon tak tau sapa depa, tapi ni tengah google nak cari contoh jumpa, dan bila aku tengok video, ya memang familar lagunya.

http://www.youtube.com/watch?v=srGToRDxhgI



Nah liriknya. Cariklah bahagian yang menyelit satu baru ayat di dalam Bahasa Inggeris kalau korang pandai:

Xiao jiu ge song yi zhou mei tou jiu xin tong
Wo mei kong li hui wo zhi gan shou ni de gan shou
Ni yao wang na zou ba wo ling hun ye dai zou
Ta wei ni zhao le mo liu zhao you shen me yong

Ni shi dian ni shi guang ni shi wei yi de shen hua
Wo zhi ai ni You are my super star
Ni zhu zai wo chong bai mei you geng hao de ban fa
Zhi neng ai ni You are my super star

Shou bu shi shou shi wen rou de yu zhou
Wo zhe ke xiao xing qiu jiu zai ni shou zhong zhuan dong
Qing kan jian wo rang wo you meng ke yi zuo
Wo wei ni fa le feng ni bi xu jiang li wo

Ni shi yi yi shi tian shi di shi shen de zhi yi
Chu le ai ni mei you zhen li

Huo ni shi huo shi wo fei e de jin tou
Mei xiang guo yao tao tuo wei shen me wo yao tao tuo
Xie xie ni gei wo yi duan kuai le de meng you
Ru guo wo wang le wo qing bang mang ji de wo

Haha. Sib baik lagu ni boleh tahan. Silap-silap lepas ni aku hafal, dah ada lyric dah tu, yang pasti aku ingat bahagian chorus "You are my superstar". Yearghhhh!!

Ada banyak lagi ni, tapi aku tak reti nak cari, sebab tak tau lagunya pon, selalu terdengar je. Hehe. Kalau lagu Melayu, lagu apa eh yang ada campur-campur bahasa ni?

Dan kalau dalam drama kat TV tu toksah citer lah, citer Filipina banyak gak guna gak. Kalau cerita Melayu pon, boleh tahann. Mari kita buat skrip:

Liena: Tak guna punya jantan, cepat, GET OUT OF MY HOUSE!!
Rosnizam: Darling, rileks darling. I tak salah, perempuan tu..
Liena: Ah sudah, I dah taknak dengar lagi cakap you.
Rosnizam: Please, sayang, let me explain.
Liena: Enough Zam, enough! I dah tak sabar dah ni, lama I bersabar. Dulu I buat bodoh bila si Marissa bagitau I, I ingat dia tipu, but now, I dah tengok with my very own eyes!
Rosnizam: Fine, kalau you nak macam tu, I keluar sekarang. Tapi watch out Liena kau akan menyesal nanti.

Hahahahhaha. Dahla, Buat syok plak aku tulis skrip ni. Aku mau pergi makan. Babai.

{ANNA}

20081223

Jatuh cinta pada Islam ketika berumur 10 tahun.

Ketika di RANTAI Art Event 2008, baru baru ni Anna berpeluang mendengar secebis novel berdasarkan kisah hidup seorang mualaf yang baru berusia 18 tahun, yang telah jatuh cinta dengan Islam pada umur yang sangat muda, 10 tahun. Memasuki Islam setelah umurnya 18 tahun. Tetapi buat masa ini tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Anna terlalu tersentuh dengan ceritanya, banyak kali hendak menitiskan air mata, terutamanya bila dia menyebut Syahadah. Dan di sini Anna ingin kongsi bersama. Boleh juga dibaca di blognya di sini.

Inilah kisah Aleya Ariana @ Tan Ed Na

Assalamualaikum everybody.

Kali ini tiada sajak tetapi aku mengambil peluang ini untuk memberi intro/pengenalan tentang novel aku di mana kejadian sebelum dan selepas aku memeluk Islam. Ini adalah sebahagian awal dan detik yang sangat bermakna dan berharga bagi aku kerana aku telah dianugerahkan petunjukNya pada umur 10 tahun, iaitu ketika cahaya datang menyapa dan aku ditampar dari lamunan yang panjang. Aku telah memilih Allah sebagai pertama dan terakhir dalam hidup dan matiku dan aku tidak akan menyesal. Tidak. Biar aku mati sekalipun, aku berasa bangga meninggalkan dunia ini kerana dapat mati dalam Islam dan Iman.

Bangga kerana dapat mati dalam agama yang pernah mencatat sejarah terbaik dalam hidup aku. Bangga kerana Islam telah membawa aku meninjau dan mengharungi pelbagai dugaan yang Dia sediakan khas untuk aku. Bangga kerana dapat mati sebagai wanita berbangsa cinta tetapi telah memilih Islam sebagai agama kebangaan dalam dunia dan akhirat.

Jika bukan kerana petunjukNya, tidak mungkin aku akan di sini, tidak mungkin aku akan mengenali siapa diriku sebenar malah mungkin tidak ada peluang mengenal penciptaku sendiri. Mungkin aku masih berjalan tanpa tujuan dan erti. Islam mendewasakan aku dan telah membawa aku melangkah sejauh lebih dalam daripada apa yang aku sangkakan. Aku bahagia meski dalam luka. Tanpa ujianNya, mungkin aku tidak akan tahu bagaimana kehidupan sebenar ini mencubit aku. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Ini adalah untuk saudara-saudaraku. Aku ingin berkongsi tentang perjuangan yang harus aku dan saudara-saudara baru yang lain dalam mencari keredhaanNya sedangkan saudaraku sendiri tidak mengendahkan apabila diberi peluang dariNya untuk bersujud di atas sajadah, malah diberi waktu yang cukup untuk menghadapNya setiap hari, walhal orang-orang macam kami yang bukan dilahirkan dalam Islam, sangat mendahagakan kebenaran dan kasih sayangNya. Kamu mempunyai untukNya tetapi tidak pernah menggunakan dengan sebaiknya, sedangkan aku mahu peluang itu tapi tak dapat.

Aku lihat Melayu semakin layu. Bangsa bukanlah persoalan tentang keagamaan tetapi tentang jalan hati yang aku kamu akan tujui bukan hanya untuk sekarang atau esok hari, tetapi untuk mencari kebahagiaan dan cinta yang abadi, iaitu berpaksikan cintaNya untuk mendapatkan yang nyata. Janganlah engkau mengkafirkan diri sendiri.

Tajuk novel aku Khalida Ibtihaj. Intro babak 1.

--------------------------------------------------------------------------

Intro : Kehidupan yang mewah. Kereta, pakaian, perabot, dan rumah yang besar. Apa yang ada di rumah inilah adalah kemahuan setiap manusia. Mama papa bersifat materialistik. Very proud of themselves. Papa duit.. duit.. duit.. tak cukup lagi.. judi.. judi..judi. Mama.. pentingkan status dan nama.. suka menghina gemar mencarut dan merendahkan semua orang yang berada di bawahnya.. termasuk aku. Berlaku dari zaman persekolahan pada darjah 4, tahun 2000 hingga habis zaman persekolahan pada tahun 2007. Sepanjang tempoh perjalanan 8 tahun ini, aku sentiasa berlari dan bersembunyi untuk melindungi rahsia ini dari mereka, hinggalah sekarang. Mereka tidak tahu aku sudah memeluk Islam. Namun, aku sudah menetapkan hati dan bersedia menempuh untuk esok hari. Semoga Allah memberi kekuatan pada aku.

Nama aku Tan Ed Na kemudian aku kenal Islam dan aku menjadi Aleya Ariana. Ini kisah aku.

1- (di sekolah dalam library)

Aku mencari buku dan membelek satu per satu.. dari banyak-banyak buku yang tersusun rapi di rak,tiba-tiba buku kisah Nabi Adam dan Hawa terjatuh pada tanganku secara tidak sengaja.

Ed Na
Aik, apa ni? Hmmm

Timbul perasaan ingin tahu. . Diselek satu halaman demi halaman. Cerita Nabi begitu memikat hatiku. Aku ingin tahu apakah disebaliknya. Persoalan dalam hatiku ingin mengetahui Apa itu Islam?

2 – (di rumah selepas makan)


Ed Na
Ma, can you fetch me to my friend’s house.. I need to finish up my Science’s project for school

Tiba sahaja di rumah *Ain, Aku terus memakai tudung dan ayahnya menghantar kami ke sekolah agama.

3- (dalam kereta ayah Ain)

Sedang bergelak ketawa bersama keluarganya. Tiba-tiba aku ternampak kereta mama sedang menunggu di luar perkarangan rumah Ain. Mama memandang aku yang bertudung dari dalam keretanya.

Ed Na
"Alamak..matilah aku. What should I do now..Hmm..” getus hatiku.

4 – (di rumah)

Mama dengan gelabah lekas menelefon papa. Tidak lama, papa sampai dan terus memaksa aku secara kasar ke dalam kereta.

Ed Na
Pa, where are we going?

Senyap...Pertanyaan aku tidak dijawab.

Ed Na "Heloooooooooooo! I’m asking a question! Where are you taking me?! Please answer me!” jerit aku yang tidak dapat lagi menahan perasaan takut dan gelisah.

Papa
JUST SHUT THE HELL UP! DON’T ASK SO MUCH. You think you are smart? Doing things on your own.. Are you a Malay? You are stupid.. worse than a cow. If you think you did nothing wrong, then why are you scared to follow me? Just follow me and shut up. Don’t ask anymore. I will bring you wherever I want to bring you!” kata papa dengan bengis

5 – (sampai di sebuah rumah yang usang dan buruk)

Beratus patung di dalam rumah buruk itu. Suasana rumah yang agak samar dan ‘panas’. Perasaan aku sudah tidak sedap. Aku tidak selesa. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku ingin melarikan diri dari tempat itu secepat mungkin. Tapi kemana? Siapa akan tolong aku?Aku takut.. aku takut sekali. Seorang wanita tua sedang duduk dan menunggu.

*

Wanita tua itu memegang kepala aku lama-lama.

Wanita tua
Lei ke lui hang choa lou.. nah.. hei yu yap Islam.."
(your daughter is in the wrong way..she wants to embrace Islam)

Mama
"Lei pong ngo kui hei fan lei la.. ho mo? em koi la."
(can you help me to bring her back to the right path. can you? please)

Bomoh tua itu menulis sesuatu dalam cina di atas sekeping kertas kuning yang panjang dengan menggunakan lilin merah yang basah dan membakar kertas itu lalu memasukkannya dalam gelas yang telah berisi air. Bomoh tua itu meminta aku meneguk air itu sampai habis walaupun aku tidak mahu sebenarnya. Aku tidak tahu ayat apa yang harus dibaca ketika itu. Aku terdesak.. Aku terpaksa meneguk air itu sampai habis. Bomoh tua tersenyum sinis pada aku.

Ed Na
"SYAITAN!!!!” getus hati aku dengan penuh kemarahan.

6 – (di sekolah dalam library)

Aku cuba mengimbas kembali apa yang telah aku pelajari. Tetapi tidak boleh. Kepala aku sakit. Seperti ada kuasa yang menghalang aku untuk mengingati dan mendekati Islam. Surah-surah Al-Quran, cara sembahyang, doa-doa, al-fatihah dll semuanya seperti ‘kabur’. Lidahku tidak lancar untuk menyampaikan sebarang doa yang aku hafal. Aku tahu ini angkara bomoh tua itu.

7- (dalam rumah) (lebih kepada perbuatan, jiwa/hati/mental. kurang dialog)

Keadaan di rumah sudah berbeza. Tidak sama seperti dulu. Suasana di rumah “panas” Mama tidak pernah rapat dengan aku.. dan bertambah renggang hubungan aku dan dia semenjak peristiwa itu. Aku sangat rapat dengan papa. Tetapi semenjak kejadian itu, mama selalu mengacau fikiran papa dan selalu menggunakan helah dan cara untuk membuatkan papa benci pada aku. Mama mendera aku setiap hari dari segi mental.. dan papa mendera aku dari segi fizikal. Aku disepak dipukul, di tampar seperti binatang. Abang aku juga begitu, tanpa sebab yang munasabah, dia naik tangan. Adik laki aku juga turut dipengaruhi. Seluruh ahli keluarga aku menghina, mencaci aku setiap hari. Mereka tidak pernah memanggil aku dengan elok. Mereka mencarut seperti stupid fuck, gong ca wo (perempuan bodoh), siau ca wo (perempuan tak siuman)suey ca wo (perempuan sial).

Mama
"Woi perempuan cibai sial! If I know you are gonna be my daughter, I would have left you at the rubbish damp. Do you think I am happy and proud to have a daughter like you? I’m embarrassed. Do you know that you are ugly? Fuck u!

Aku sakit.. aku derita. Apabila aku akan di dera, aku terus lari ke bilik dan mengurung diri. Papa bangs at my room door hardly and violently so that I would come out. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dalam ketakutan. Akibat tekanan yang terlalu memuncak, aku mencari jalan keluar dengan mengerat tanganku. Aku tidak sengaja atau berniat, cuma kerana melukakan diri aku kerana hati aku sudah beku dan aku tidak dapat merasai kesakitan yang nyata melainkan darah yang mengalir dari daging aku sendiri. Aku menghadapi konflik dalam diri yang melampau hingga tidur di atas lantai setiap hari kerana aku menganggap diri aku hina, tidak layak tidur di katil yang empuk dan lembut. Nothing's real.

Ed Na
All I ever wanted was your love and attention..not this house.. not the money..” hatiku menangis.

*

Tidak aku sangka orang tuaku menggunakan cara kotor untuk menghapus Islam dari pemikiranku. I was shaking because I was very angry.
All I could do was to rebel at my soul as I could not show any visible tantrum. Aku tabahkan hati. I wanted to know who I really was and what I am deep down.

8- (di sekolah)

Selama 2 tahun aku ‘lost’. Sejak kejadian darjah 4 hinggalah darjah 6. Aku masih mahu mempelajari Islam cuma tiada semangat dan kekuatan yang mampu menarik aku untuk berdiri kukuh kembali. No one help me or understand what I was going through. I was a loner. Ain avoided me because she was scared of my parents. Aku jatuh dalam gelap buat seketika dan hampir membunuh diri akibat kesan tekanan yang keterlaluan dari keluarga. Hanya mampu mengalir air mata kepedihan setiap malam. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang aku rasa pada ketika itu. Namun, kerana aku masih memiliki iman, aku masih waras dan cuba untuk berdiri kembali. Syukur, Allah melindungi aku. Aku kembali ke agama asalku. Namun, aku tidak pernah sembahyang dan mengamalkan cara agamaku kerana aku tidak pernah melihat agamaku sebagai agama.

*

Sewaktu rehat.

Kawan
Ed, mengucap sikit. Aku nak dengar kau mengucaplah

Ed Na
Macam mana aku nak mengucap? Aku sendiri tak tahu sama ada aku tahu atau tidak..Tersepit. Aku tak yakin. Semua ilmu yang aku belajar dah hilang dalam fikiran aku.. Hmm..” aku bermonolong sendiri. Aku diam dan tidak menjawab soalan kawan.

Kawan
Ala, cepatlah. Nak dengar je.

Namun dalam hati aku, timbul suatu keberanian untuk mencuba walaupun aku tahu semua ilmu yang telah aku belajar telah hilang/ ‘kabur’.

Ed Na
…. Asshadu ala … illaha illalllah, wa… asshadu ana muhammadan.. rasulullah
Aku terperanjat besar. Jika semua surah-surah dan doa-doa yang lain ‘kabur’ dari ingatanku, mengapa mengucap dua kalimah syahadah sahaja yang tidak hilang dari ingatanku? Rupa-rupanya ia TIDAK PERNAH hilang dari fikiranku, cuma aku yang tidak sedar selama ini. Benar dari naluriku Allah s.w.t telah memberikan aku hidayah dan membuka pintu hatiku. Syukur Alhamdulillah. Aku meneruskan usaha untuk mempelajari ilmu yang telah hilang untuk mencapai hasratku : ISLAM. Sesungguhnya, Allah adalah kedamaian. Allahu Akbar!

Bersambung….

------------------------------------------------------------------------------------

Siapa kata jika kita mencintai Allah, kita tidak boleh mencintai seni?
Siapa kata bila kita sembahyang, kita tidak boleh ke gig dan melayan rock? Siapa kata bila kita meletakkan Allah pada tahap tertinggi dalam hidup, kita tidak boleh cool dengan cara kita sendiri? Siapa kata kita harus mengubah mentaliti dan menutup pemikiran kita jika mendekati Allah? Siapa kata kita harus menjadi sempurna? dan siapa pula kata kita harus jahil pada hati dan diri sendiri? Mengapa harus membelakangi diri sendiri dan menyelindung diri yang sebenar? Tidakkah ia memenatkan apabila kamu sengaja bermain dengan api dusta?

Tetapi CARA.

CARA itulah yang harus digunakan dengan betul.

Agama itu bukan milik sesiapa tetapi milik Allah untuk dijadikan sebagai panduan kepada pegangan dalam menempuh kehidupan yang nyata kerana kamu masih memiliki iman itulah yang masih membenarkan kamu untuk mencari siapa diri kamu. Hidup ini banyak pilihan. Berhati-hatilah dengan hatimu, kerana agama tak susah malah sangat mudah didalami jika kamu menggunakan hatimu untuk melihat dalam diri kamu dan ilmu akan mudah dipelajari hanya jika kamu berhenti mencari alasan mulai detik ini.

Bukankah kata hati dan rasa yang terlahir ikhlas terhadap perkara-perkara yang kecil menolong kita melihat dan menghargai keindahan yang lebih besar makna dan ertinya? Jika seseorang itu ingin berbuat sesuatu kebaikan, dia dicaci, dihina, dan diketawakan. Sebaliknya, jika seseorang itu berbuat sesuatu kejahatan, dia disokong, dan diagungkan perbuatan kejinya malah tidak ada seorang pun yang berani menegur kesalahannya dan sanggup pula membiarkan dia terus meraba dalam kegelapan.

Kita manusia terlalu sibuk mencari kecacatan pada sesuatu keindahan dan kebaikan dan menfokus lebih pada keburukan daripada kebaikan namun keburukan itu selalu pula ada alasan dan sebabnya untuk dipertahankan. Adakah hidup ini adil? Sebelum kamu hendak mencari kelemahan yang ada pada orang lain dan hendak mengata orang lain
itu jahat, apa kata kamu tunding jari pada diri sendiri dan kata pada diri sendiri,

"Akulah jahat"


Written by Aleya Ariana on 11/12/08 and presented on the 14/12/08
at The Red Bungalow.

20081222

Senarai pelbagai jenis loghat.

Bahasa Melayu kita ni telah divariasikan dengan bermacam-macam loghat dari setiap negeri, padehal bendanya sama je. Kawin ngan Pitt ni, macam-macam yang Anna ngan dia saling bertukar, isitilah-istilah baru. Kekadang tu, siap buat kuiz sambil berlagak pandai. Haha. Okay, ada lagi ni, oleh yang demikian, sila bagitau mana yang takda lagi, akanku tambah di sini.

*tengah malas sikit sekarang, nanti aku add lagi, thanks everyone*
MAKANAN

1. Jelly, bledo, agar-agar, lengkong
2. Bubur, moi
3. Jemput-jemput, cekodok, kodok, cucur, cucoq
4. Ciku, buah sawo, sawo nilo
5. Mangga, mempelam, pauh
6. Kedondong, mera
7. Rojak, pasembor
8. Cili, cabai,
9. Kicap, tok yu
10. Gulai, kari
11. Manggis, seto
12. Snek makanan ringan, cekedis, ja jan, kunyah-kunyah
13. Rambutan, mok-te
14. Keropok leko, kerpuk gotey

BENDA

1. Basikal, gerek
2. Pensel, kale
3. Duit, pitih, samah (50 sen), sekupang (10 sen), seria (seringgit)
4. Selimut, gebar
5. Almari, gobok, rak
6. Pemadam, roba
7. Beg plastik, supik, supik gelenyar, supik ruk rak, jabe rok rak
8. Tangga, sigar
9. Straw, pleting
10. Motor, mutu
11. Frying pan, primpan
12. Lampu suluh, pelita picit
13. Tali pinggang, pender
14. Laci, sorok
15. Jambatan, ghetok
16. Semak, rok, ghok
17. Betis, bate keting
18. Comforter, toto
19. Bantal peluk, bantal dakap

LAIN-LAIN

1. Gewe, marka, girlfriend
2. Kenduri, bekwoh
3. Gatal, gelenyar
4. Degil, ketegaq
5. Saya, hambo, kawe, aku, gua, den, kamek
6. Awak, kau, kamu, demo, mung, hangpa, kitak
6. Kupas, kopek
7. Muat-muat, celuih, ngam-ngam
8. Buang, tohok
9. Cikai, kodi, darat, takda klas, lopek, lokel
10. Malas, segan
11. Suka, brehi, syok
12. Tampar, piak
13. Sentiasa, sokmo, selalu
14. Sihat, segar, siar
15. Kenapa, awat, bakpo
16. Bagaimana, guano
17. Keluar, tubik
18. Semalam, kelmarin
19. Bersungguh-sungguh, pulun
20. Meluat, cemuih
21. Cantik, jangok, comey lotey, lawa
22. Tengok, kelih
23. Mendung, jo ong
24. Bohong, ngelat, bedaah, ngepong
25. Melampau, bedo'oh
26. Bising, hingaq
27. Jakun, darat, peghok
28. Binatang, nate (tapi biasa digunakan pada orang bila marah)
29. Gila, berabis, habis-habisan, sangat
30. Pontianak, pontibaby, langsuir, langsuyar
31. Kemas, kemeh
32. Kencing, kemeh
33. Gaduh, gocoh, kelahi
34. Peluk, dakap

Korang rasa siapa kelakar?

Tak sangka nukilan pasal Nabil tu agak panas ya. Apa-apa pun, Anna masih rasa tak kelakar, Anna dah tengok beberapa videonya di youtube, dari kemunculannya di Raja Lawak dan juga sirinya Nabil Lu Pikirla Sendiri. Anna rasa yang kelakar sket adalah yang dalam Raja Lawak dia jadik Drakula dan satu episod Lu Pikir Sendiri tu, yang aksi rempit di wad hospital.

Seperti Anna ada menulis dalam bahagian ulasan, Anna rasa dia memang jenis yang seronok dibuat kawan, lepak dan borak bersama, jenis boleh pecah perut lah bercerita. Tapi sebagai seorang pelawak, kena perbaiki lagi. Tapi pulak, ramai sahaja peminatnya, so mungkin dia seudah pun target crowd yang citarasanya sebegitu. Apa-apa pun, all the best to him in his career as a stand-up comedian.

Ada yang berpendapat, tak adil jika dia disamakan dengan sitkom The Nanny. Sebenarnya tak disamakan pon, cuma pernyataan yang dikeluarkan oleh mak Anna tu, secara random, sebab dia tergelak menonton gelagat Nanny, dan tidak pula gelak bila menonton Nabil, seorang pelawak, yang tugasnya membuat orang ketawa.

Jadi, antara stand up comedian di Malaysia ni, siapakah korang rasa yang kelakar? Barulah adil sket nak buat perbandingan pun kan?

20081220

Katak di luar tempurung #003

Ke pusat bandar petang tadi untuk Pipit 2nd Anniversary. Tapi sampai agak lewat, yelah bertolak dari rumah pon pukul 5 petang. Banyak aturcara menarik yang tertinggal. Seperti biasa, boleh klik gambar untuk zoom in. {ANNA}










Innalillah wa inna lillahi rojiun

Tadi petang pukul 3 lebih, ayah Anna mengajak Anna ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah hendak menziarahi adik iparnya yang sakit tenat disebabkan kanser payudara.

Auntie Samsiah, 53 tahun telah pulang ke Rahmatullah Jumaat, jam 9 malam tadi, 19 Disember 2008.

Kini sepupu-sepupu Anna bergelar anak yatim, yang sulungnya, Kak Long usianya beberapa tahun tua dari Anna. Dia mempunyai satu adik perempuan, dan 2 lagi adik lelaki. Dia dan adik lelakinya sudahpun berkerja, 2 lagi adiknya, masih belajar.

Dua tahun yang lepas, ayah mereka, Uncle Hadi, adik kepada ayah Anna meninggal kerana diabetes.

Hmm.

Anna tidaklah begitu rapat dengan keluarga belah ayah, tidak serapat berbanding dengan keluarga belah mak. Tapi masih ingat masa kecik-kecik dulu selalu bermain dengan diorang di bila mengunjung dan dikunjungi ketika Hari Raya Puasa.

Hmm.

Dan sebenarnya dah lama gila tak berjumpa dengan mereka. Di HBKL, kalau sesiapa pernah pergi, mesti dah tahu parkingnya memang sangatlah susah, banyak sangat kereta, tapi rezeki, keluarlah satu kereta betul-betul dengan bangunan yang ayah nak masuk. Asalnya rancangan Anna tunggu dalam kereta kalau tak ada parking.

Sampainya dalam wad, Anna nampak Kak Long, Anna cam dia sorang je. Terus Anna salam dengannya dan adiknya, lalu duduk. Anna sedikit keliru sebab terkujur di atas katil kelihatan seorang wanita yang sangat tua, kecut, dan kurus. Tak sangka itu Auntie Samsiah.

Anna duduk saja di sebelah, lihat tak lihat. Dah lama baru Anna tengok dan renung, sambil melihat anak-anaknya sekali sekala, mata merah kerana menangis. Sepanjang masa mengeggam tisu, dan didakapi dengan Yassin.

Tangan-tangan Auntie Samsiah tak berhenti bergerak, seperti tidak selesa, matanya tertutup sepanjang masa, mulutnya sedikit terbuka, dapat dilihat di sebalik topeng oksigen, tercungap hendak bernafas.

Sekali-sekala tangannya terkena tangan Anna, dan Anna menggosoknya dengan jari.

Sesudah habis membaca Yassin, ayah Anna berborak dengan Kak Long. Anna duk jauh jadi tak berapa nak dengar, lama sikit baru Anna bangun dan pergi dekat dengan ayah dan Kak Long. Anak lelakinya pon cepat-cepat duduk di kerusi yang Anna duduk tadi, dan membisikkan sesuatu ke telinga maknya. Anna rasa dia mengajar untuk mengucap.

Hmm.

Mendengar ceritanya, Kak Long dan Auntie Samsiah baru pulang dari menunaikan Haji Alhamdulillah, sempat jugak anak dia bawak.

Hmm.

Anna tak berapa dengar apa yang diborak antara ayah dan Kak Long, tapi tiba-tiba ayah berkata dengan nada sayu disertai tangisan kecil, "hari tu ayah... ni mak pulak.....". Anna masih menahan air mata.

Ayah borak lagi. Anna dah tak dengar apa yang dikata. Termenung seketika. Membayangkan hidup tanpa seorang ayah, seorang ibu. Tak dapat nak dibayangkan. Tak mahu dibayangkan!

Hmm.

Ayah terpaksa bergegas pulang, ada temujanji pukul 5, jam sudah menunjukkan 4.30 petang. Ayah bersalaman, dan mula untuk beredar.

Anna pon mendekati Kak Long, dan terus memeluknya sekuat hati, dan di situ tangisan dah tak dapat di tahan. Anna menggosok-gosok belakangnya, kepalanya, dan mencium pipinya berkali-kali, dan dia memeluk Anna dengan erat. Seperti hendak melepaskan segala rasa sedihnya dengan tangisan dan pelukan. Adiknya begitu jugak, sangat erat seperti tidak mahu dilepaskan. Kalau boleh mereka nak peluk Anna berjam-jam pon takpa. Ayah Anna menangis melihat kami berpelukan.

Inilah kali kedua seumur hidup Anna melihat ayah Anna menitiskan air mata. Kali pertama, masa Anna berumur 10 tahun, dan pergi ke rumah jiran tanpa memberitahu sesiapa, ayah ingat Anna kena culik.

Hmm.

Anna sebenarnya tidak menangis sekarang. Cuma tadi di hospital ketika memeluk mereka. Sekarang ni rasa sedikit bingung dan tak terkata, memikirkan nasib sepupuku itu. Tak terbayang. Sebab Anna tidak pernah merasa kehilangan orang yang betul-betul terdekat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ibu, dan ayah mereka. Dan semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup.

Al-Fatihah buat Auntie Samsiah.

20081219

Korang memang perasan!

Di sini Anna nak kongsi apa yang telah dikongsi oleh anda dalam ulasan-ulasan di entri "Korang perasan tak?". Bagus anda-anda. Terima kasih.
Azreen Zzz

lagi satu: mintak maaf cakap la ek tapi...

Kakak-kakak kat office I dulu selalu start conversation macam nih sebelum masuk topik-topik mengata yang sebenarnya ditujukan kepada yang ditanya. kiranya macam nak tikam belakang, tapi dia bagitau dulu dia nak tikam kat belakang belah mana.

sama ada a) supaya dia tak rasa bersalah sangat atau
b) supaya yang menjawab akan rasa tak sampai hati atau baiknya kakak ni nak tegur aku sebelum orang lain buat cerita padahal kakak ni lah pembawa ceritanya pun atau c) supaya motif utama tercapai walau apapun iaitu nak dapat details of the story.

I benci kakak-kakak kat offiiiiiiiiiice tu!!! emo jap. ehem.

dina

aku paling perasan kalau ada ayat, "aku rasa la kan..." yang merujuk nak menuduh subjek... cukup le aku anti dengan ayat ni, walaupun kadang2 aku pun terguna tanpa di sedari... dulu2 selalu bergossip tapi sejak tukar opis dan aku sorang je keje kat sini sebagai kuli tu le aku tak bergossip, so ayat "aku rasa la kan" dah takde masa time keje, lunch hour atau tea time aku... hahahaa...

ainisz

haha...bhsa org Melayu mmg plik kn?
ade 1phrase ni aku btul2 rs doesnt make any sense..

"cuba try test"

org slalu gune...bkn ke mksud nye sme?

Nasi Lemak Buah Bidara....

Atau pon orang selalu pakai :

'if kalau' ..... bla bla blaa....'

haduiii kelakar2

fahmi

ni antara koleksi yg aku dapat sepanjang hidup aku:

1. ni yang jadi masalah problem ni...
2. ntahhapehape le engko ni...
3. ngape le teruk sangat, bodoh memantul-mantul
4. huiii... awek tu jambu siut...
5. apa barang beb

yg ni aku nyampah dengar:
1. tau takpe...
2. best gile...
3. tak tau le... tapi seronok sangat...

btw, have fun, cheeseee!!!

nak best lagi tanya azean irdawati:

... you make my blood go upstairs you know...

ferr

hehehe..sume di atas benar...

tp yg paling jelas org skang suke cakap dgn ayat terakhir mesti ade "kot"???

bkn dgn maksud seperti

"aku rase la..kot.."

tp dgn maksud seperti "aku dah kahwin kot"
sambil angkat kening cakap pd lelaki yg sdg usha line...

haha..ade byk lg..org melayu kan mmg kreatif =p

hanys

derrrr. baru DC n kena wat balik comment. ceh. ok, words yang aling sya suka..."derrr" means apa daaa "ceh" means 'che waaah' or 'ceh, podah'... time skool sgt suka guna poyo yg masa tu kami andaikan sebagai penipu, but then skang dah jadi mamat/minah beria.. huhuhu. suka gak word 'dohhh'.. cth ayat' tak der class doh'.. doh tu short dr bodoh dan kami dgn bodoh sangat suka words tu/.. derrrrr.. tapi ayat pretend baik berbunnyi ' anis rasa kan..' 'erm, kalau cakap ni jgn marah tau..' ceh.. ayat2 yang memnag tak ley lari dr bibir..

aainachentak

kalau kat johor org biasa guna perkataan "eek.."
cth senang: "oo mcm tu eek? ko neh kenape eek?"

itu jela eek.
jgn lupe eek.
selmat mencuba eeeekkk!

fynn jamal

aaina:

ekkk ekkk jgn kutuk ekkkk.
ahahahahaha

anna:

"ai bukan apa. ai concern, okay"
(di hujung gossip sehabis pedas berbunyi jalang gila2. niatnya untuk meneutralkan kutukan)

lagi satu, i paling tokleh blah dgn "beb" rempit. kalau "babe" as in to address ppl in normal conversation, okay lagi, bole terima. tapi tidak mungkin ini:

a) rilek la bebbbbbbb
b) oh kamon bebbb
c) cun gile, bebbbbbbb

(bayangkan ada bunyi ekzos di belakang)

beb abah mu.
rimas, haih!

ps: ai laikk mat rempit.

pjoe

TU BELUM CAKAP DGN NADA SARKASTIK LAGI
hahah

contoh: cerita hindustan tu best "habis!"

haha

*pously naie sungguh misteri la
isk
siapa dia ek?

kitsch snitsch

have you heard this ad on xfresh?

lelaki : kau tengah cari apa tu beb?
perempuan : cari pasal~
lelaki : kau tengah buat apa tu beb?
perempuan : buat bodoh~
lelaki : beb, apesal kau kerek sangat ni beb?
perempuan : saje~~ hobi~~
lelaki : beb, apesal ko kerek sangat ni beb? kau tengah buat apa ni beb? cakap lah beb. kau cari apa ni beb. cakap lah beb. aku betul-betul nak tahu ni beb.
perempuan : oi! Dah la tu..

or something like that. anyway, that ad is seriously annoying.

iYda Juhar

antara aku nyer koleksi plak, seprti berikut :

"acu choba try test"

ngeee.
(;

Niksu Rashid

orang selalu tanya

"tengah buat apa tu?"

tapi dia dah nampak kita tengah buat apa.

faham tak? heehee.

senang ckp, macam ni

"tengah kemas meja ke?"

padahal dia dah nampak kita tengah kemas meja

Kawan

" Kan aku dah cakap... "
" Masalahnya sekarang... "

Siapa pernah dengar iklan radio x-fresh tu? (rujuk ulasan dari kitsch snitsch di atas). Haha, and I totally agree with her, sounds absolutely annoying!

Huwah. Ini namanya nukilan cheating, sebab letak korang punya komen semata-mata. Takda idea ni, tapi sebab rasa yang dikongsi oleh anda semua ni best, Anna pon buatlah entri khas untuk mempamerkannya. Thanks everyone!

{ANNA}

Birthday Siapa bulan Disember dan Januari?

Selamat Pagi semua. Anna sekarang tengah buat birthday list, cuba tengok kat sidebar, di bawah Followers. Bagi setiap 2 bulan, maksudnya bulan yang terkini dan berikutnya Anna akan listkan birthday teman blogger. Bolehla, sesama melawat dan wish, kalau rajinlah.

Jadi, sesiapa yang tak listkan hari tu, silalah listkan di sini jika hari lahir anda bulan ini (yang mana belum lepas) dan bulan Januari tahun depan. Mana tau tetiba rasa baik hati nak hantar hadiah ke kad ke, chey berangan. Letak tarikh sekali ya.

Untuk bulan Disember, ada satu je buat takat ni, esok plak tu birthday dia. Huhuhu.

Disember

20hb Fariz Bakar

Okay.

{ANNA}

20081218

Korang perasan tak?

Korang perasan tak, perkataan buta tu sentiasa diiringkan dengan setiap waktu, pagi, petang mahu pun malam. Contohnya:
"Oi Kassim, ko nak gi mana pagi-pagi buta ni?"
"Haih, haih petang-petang buta dah nak Maghrib dah ni, duk main bola lagi."
"Ish, apa si Ramlah tak balik-balik lagi ni, daha memalam buta dah ni?"
Macam mana ni, sepanjang masa duk buta. Pastu, kalau orang nak mejemput makan, mesti di sebut tiga kali, seperti:
"Hah, jemputlah makan, buat macam rumah sendiri, sila, sila, sila."
"Ah, makan, makan, makan. Banyak lauk ni."
"Sleke, sleke, sleke"(Kelantan)
Dan ayat ini biasanya disertakan dengan pergerakan menadah tangan menunjukkan makanan tersebut. Ayat "buat macam rumah sendiri" juga akan disambut dengan ayat "jangan malu-malu". Satu lagi ayat yang aku sering dengar, terutamanya bila nak bergossip atau mengata orang adalah:
"Aku bukan nak kata apa, tapikan..."
Dan, ayat tu seolah ayat berlapis untuk menyorokkan orang tu nak mengata, konon macam dia tu baik sangatlah dan hanya membuat pemerhatian. Haha, tapi aku pon pernah guna ayat ni, dah lama tak guna, sebab dah malas dah nak lapis, cakap je. Wahaha.

Lagi ungkapan yang sering didengar, boleh dikategori dengan aku-bukan-nak-kata-apa, dan juga boleh digandingkan bersama adalah:
"Aku kesianlah tengok...."
"Aku bukan nak kata apa, tapikan, aku kesianlah tengok...."
Ada juga ayat-ayat yang memang dah boleh agak apa yang akan berlaku, dan walaupun sudah dijangka, orang akan menggunakannya jugam ayat yang aku maksudkan terdiri dari dua patah perkataan, boleh dan blah:
Rina: Eh, boleh belanja tak I, you kan baru dapat gaji.
Hazmi: Bolehhhh.
Rina: Betul ke ni? Boleh?
Hazmi: Ha'ah, BOLEH BLAH.
*sama-sama gelak*

Hazmi: Eh, cium sket boleh? Geram lah I tengok you ni.
Rina: Bolehhhh.
Hazmi: *memuncungkan bibir untuk cium*
Rina: *menolak muka Hazmi* BOLEH BLAH. Gatal lah you ni.
*sama-sama gelak*
Beberapa minit tadi, bekalan elektrik rumah Anna terputus. Sib baik, blogger ni automatically save draft. Ada gak la dalam 10-25 minit elektrik takda, sewaktu itu Anna menjadi rajin sekejap, mengemas bilik dan menukar cadar katil. Haha. Nampak sangat internet ni melalaikan aku.

Haih, kalau takda internet, mesti aku menjadi manusia yang sangat rajin. Dan mungkin aku dah grad dah pun, silap-silap dah tengah buat Masters ataupun dah ada pon, ataupun tengah buat Phd, pergh. Internet ni jahat.

Kembali pada topik, korang sendiri ada tak perasan ayat-ayat sebegini? Cam sering orang guna. Seperti biasa, kongsi-kongsilah. Terima kasih. Babai.

Rasa macam mau sambung tidur.

{ANNA}

psst: Followers blog ni dah nak cecah 400. Gila la weh.
psst: Pously Naie buat aku gelak pagi ni, cerita pasal khinzir.

I tak suka #006: asl

Oh please. Aku baru saja kena tegur kat ym, memang biasa orang akan tanya "siapa ni", yelah username aku pon pelik, dan aku jarang online ataupun jarang berym, jadi ada kalanya orang lupa. So, aku pun dengan rela menjawab. Tapi jarang aku add balik orang yang add aku kecuali aku kenal. Tapi aku accept je lah orang add aku kat list dia.

So aku tengah lah borak tadi. Sat na, aku tampal sini. *woot* sorry dah tertutup. Aku siap block orang tu. Memula aku jawablah, dia tanya "dari mana", aku cakap ah "mungkin add dari deviantart atau myspace". Pastu, dia kata, "tak ingatlah sapa" , aku kata haih "takkan tak tau, ko sendiri add aku, kena ingatlah takkan pakai add je orang". Pastu, aku cakaplah "sue anna joe". Dia macam ignore, terus tanya "asl". Ah terus aku kata "ok bye". Pastu dia jawab "ek eleh, baru nak borak dah nak berambus", ke apa tah. Pastu dia sambung, "aku saja nak tau, ko ni m/f" Apehal? Aku terus jawab "male" terus dia diam. Ada ke male nama sue anna joe? Bangang ke apa.

Pastu aku cakap, "lain kali jangan pakai taram add je orang. Dan jangan lah guna ayat 'asl' tu sangat tak best" Serious aku turn-off gila orang pakai ayat tu. Zaman mIRC pon aku agak anti benda tu. Haha. Argh tak suka. Dah. Nak tidur. Aku rasa bulan sudah mau mari. Terlebih sensitif hari ni.

{ANNA}

20081215

Benda yang aku belajar dari blogging.

Entri skema sket hari ni. Sejak berblogging ni macam-macam kerenah online yang aku jumpa. Biarpun ia sekadar online, ia banyak jugak memberi kesan pada emosi dan pemikiran kita. Dari apa yang dibaca, apa yang ditulis sendiri, apa reaksi pembaca, dan reaksi kita kepada reaksi mereka.

Aku dah belajar lah beberapa perkara yang mungkin mematangkan aku sedikit pasal berblogging ni, terutamanya etika berblogging untuk mengelakkan salah paham dan konflik:

Berhati-hati dalam apa yang ditulis dalam blog sendiri, dan komen yang ditinggalkan. Di sini aku malaslah nak usulkan isu politik, memang suatu risiko, lagi-lagi kerana kita ni sebenarnya dipantau. Ya, aku sokong mereka yang berani dan lantang bersuara tentang kerajaan, tapi benda ni bukan untuk semua. Dan benda ni jangan pakai taram je tulis, fakta kena tepat.

Sama juga bila bersuara mengenai isu agama. Harus betul-betul tahu dan paham apa yang disampaikan, buat rujukan dulu sebelum menyampaikan apa-apa. Menyebarkan ilmu tu sangatlah bagus, tapi kenalah betul. Seeloknya dan sepatatunya, orang yang menyampaikan tu pun melakukan apa yang disampaikan, sekurang-kurangnya musahabah untuk diri sendiri.

Jangan sesuka nak memperlekehkan fatwa kalau tidak tahu-menahu tentang apa yang diusulkan, dan hanya memberi pendapat yang didapati online. Ya orang yang mengeluarkan fatwa ni manusia juga seperti kita, tapi mereka tergolong dari pada mereka yang berilmu dan telah melakukan kaji selidik, beri pendapat yang bernas takpa, jangan mengecil-ngecilkan mereka. Jangan anggap benda ni main-main, walhal ia sesuatu yang serius, lebih-lebih lagi bila ia berkaitan akidah. Kebanyakan kita berfikir rasional, tapi bukanlah orang yang sebenarnya mendalami ilmu agama, jadi jangan nak melebih-lebih pandai nak mengeluarkan kenyataan.

Bukannya menyuruh menjadi pak turut, memang kita ada otak sendiri untuk berpikir, tapi ia ibarat, doktor dan arkitek, takkanlah si arkitek memandai memberitahu doktor macam mana nak bedah pesakit, dan doktor memberitahu si arkitek bagaimana nak bina bangunan, walaupun si arkitek tahu secara amnya mengenai badan manusia, dan si doktor tahu struktur bangunan tu rupanya macam mana. Siapa yang lebih pakar?

Kemudian, memang seronok membaca nak menulis nukilan yang melabelkan orang, tapi bila ditulis tu, biasanya dalam nada yang sarkastik dan seronok semata-mata. Janganlah diambil terlalu serius. Lagi-lagi jika terasa. Kalau bengang pun, janganlah tulis komen atau entri yang terlalu emosi. Dan kalau boleh, elakkan memberi komen secara anonymous.

Dan kerana dalam dunia berblogging ni, pasti seorang pembaca itu turut membaca blog yang lain, sebaik-baiknya dielakkan menceritakan tentang blogger yang lain, walaupun secara general. Kerana ia boleh membawa ke macam-macam salah anggap, kononnya boleh chill dan buat dek, tapi kalau yang terasa tu, memang boleh terbawa-bawa perasaannya itu, dan dunia blogging pun sudah mula menjadi masam dan dah tak seronok. Aku sendiri dah mengalaminya. Lagi-lagi jika ada peminat tersendiri. Dah jadik macam berpuak-puak pulak nanti.

Janganlah menilai sesorang, tak kisahlah kat luar dan lagi-lagi dalam internet dan dunia blog nieh. Kadang-kadang, kita membaca nukilan sesorang kita mendengar intonasinya garang, jadi terus kita melabel orang itu garang, kalau orang tu semacam riak, terus dilabel orang tu riak dan suka menunjuk, dan sebagainya. Apa yang ditulis tak semestinya mencerminkan perangai orang tersebut. Mungkin ada sedikit, kita boleh menganalisa cara pemikiran seseorang, tapi mungkin cara penyampaian tidak seperti yang disuarakan secara depan-depan. Ramai saja yang kelihatan berani, tapi di luar sangatlah pemalu dan lemah lembut. Jadi lebih baik simpan saja andaian kamu di dalam hati kamu. Kerana itu semua andaian semata-mata. Belum kenal, belum tahu, malah, kalau dah kenal pon bukanlah begitu mudah untuk mengenal budi pekerti seseorang itu. Jadi paling bagus, tak perlulah nak judge orang langsung.

Pada blogger yang terasa dan emosi, ramai saja yang boleh kata alah, rileks lah. Chill lah, blog je pon. Tapi kebanyakan yang berkata ni, belum pernah terasa kot. Bagi aku yang pernah terkena ni, memang bengang gila, cuma, bila dah lama tu, dah terbiasa, dan dah jadik serik. Betul, ini hanyalah blog. Bukannya mati pon kalau takda blog ni kan? Anggaplah begitu. Anggap blogging ni hiburan, pusat informasi, tempat menyuarakan pendapat dan berinteraksi. Yang baik disimpan, mana tak baik dibuang. Mudah.
Rasanya tu sajalah kot. Macam ada lagi, tapi takpalah. Korang nak tambah tu tambahlah. Aku rasa kita semua dah ambil blogging ni terlalu serius kot, tu yang menjadi masalah. Tapi kita manusia, kekadang tu bila terasa, bila kena provoke, mesti melenting, biasalah tu. Kawalan tahap kemelentingan tu yang harus dititiberatkan. Kalau tak, makin huru-haralah dunia berblogging ni, tak syok lah macam ni. Haih.

{ANNA}
Related Posts with Thumbnails