Bukan tuala tangan, bukan tuala badan, bukan tuala muka, bukan tuala lap kaki, bukan tuala lap pinggan basah, tetapi, tuala wanita Kotex®!! *bersorak kegembiraan*
Serius weh, takda tuala wanita aku rasa hidup sebagai seorang perempuan yang didatangi bulan memang akan huru hara. Agaknya, zaman purba dulu cemana weh, daun? Kulit binatang? Euw. Teringat plak beruk. Korang tau tak yang orang utan betina dan chimpanzee juga mengalami menstruasi seperti wanita? Tapi rasanya takdalah sebijik cam kita ni, Cuma ada sedikit pendarahan. Sebab tu aku pon pernah ternampak bontot beruk yang cam berdarah sket masa tengok Animal Planet. Hmm, tetiba aku rasa pelik apesal aku duk usha bontot beruk la kan. Sungguh jijik. Ah tulah, sapa suh tak pakai seluar dalam.
Aku bersyukur sebab, aku time menstruasi takda kena senggugut, Cuma aku akan rasa sedikit lenguh di peha sebelah kanan atau kiri aku, then perut rasa lah tak berapa selasa sket, dan agak letih. Makan panadol, tidur, pastu okaylah. Kalau sedikit kronik, mintak tolong bibik Anah Sadol kesayangan aku untuk urut sket kaki.
Rasa nak marah tu ada sket lah, tapi lebih kepada merajuk dan cepat terasa. Tapi masih dapat dikawal, dan kalau aku teringat jadual menstruasi aku, atau laki aku yang ingat, pasti akan berkata “Awak ni mesti nak period”. Terus aku dah tak rasa emo-emo dah. Haha. Tah pa per. Tapi kesian doh, tengok perempuan yang stok senggugut maut tu. Bak kata Hanis Zalikha, rasa macam kena cubit, sampai terkoyak isi, pastu perah limau kat atas tu. Aiyayayyayai.
Hmm, berbalik pada Kotex® ni, aku memang suka itu jenama. Satu, harga dia murah. Dan material dia memang lembut dan selesa. Satu lagi, kita sebagai Muslim di ajar untuk menjaga kebersihan, lagi lagi masa dating bulan, jadi disarankan untuk mencucikannya, sebab takut darah kotor kita tu dicampak ke mana-mana saja. Nanti ada plak, menatang atau ‘makhluk’ alam lain yang tertarik, tapi rasanya ia lebih pada kebersihanlah, yang menatang tu superstition je kot. Entahlah sejauh mana nak percaya, tapi untuk keselamatan dan kebersihan terutamanya seeloknya dibersihkan dululahh.
Yang tak tahan masa di sekolah dulu, atau kat tandas awam, yang stok tinggal pad kat merata tempat, campak macam tu je, dahla tak tutup kemas-kemas. Maafkan aku menceritakan perihal jijik ni, tapi ini kenyataan. Aku gerenti perempuan-perempuan macam nilah esok-esok akan mencampak diaper anak diorang kat mana-mana saja. Haihh.
Tuala wanita yang bagus dapat menyelamtkan hari kita. Lagi-lagi nak keluar, bocorlah apa lah, leceh. Malu tu pasti. Dan orang pon Nampak kita ni cam pengotor. Jadi gunakanlah Kotex®, kerana ia hebat! Pastu sebab dia pon cam selesa, kita pon konfiden je nak Jalan memana.
Hah, bagi yang kurang konfiden tu, korang boleh belajar untuk mengofidenkan diri dengan me-MAKEOVERkan diri anda. Aku cukup suka makeover-makeover ni. Benda ni namanya Kem Kotex® 2008!! Buat plak tu kat Club Med Cherating Beach. Waduh waduh, sungguh menyeronokkan deh. Siap ada beach party lagi, bersama selebriti lagi, seperti Ahli Fiqir daaaaaan jeng jeng jeng Angkasawan Negara kita Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang hensem itu. Dia dulu belajar satu MRSM ngan aku, MRSM Muar tu. Tapi dia 10 tahun sebelum akulah. Ahahaha.
Korang pergi jelah kat sini untuk details cemana nak masuk
sini. Tapi benda ni eksklusif, hanya

50 gadis saja yang akan terpilih. Haaaa, jadi, korang tulislah karangan pendek tidak melebihi 150 patah perkataan pasal apa yang korang rasa korang nak perbaiki ngan diri sendiri untuk capai impian korang. Hah, dan mana tau, rezeki korang akan terpilih. Pergh. Kalau ada antara kamu yang terpilih, jangan lupa bawak aku balik pasir dan air laut dalam botol kaca okay. Umang-umang ke. Sangat comel umang-umang. {
ANNA}
PSST Dua entri berlapik nieh, kalau belum baca entri sebelum ni.
Silalah baca sekarang, entri "
Nota sayang untuk awak #001".
[ AMARAN ] Sesuai untuk mereka yang jiwang sahaja.