20081030

Mahukah anda melihat seorang nerd?


Lanjutan dari entri "Kenapa aku benci zaman menengah rendah aku", cik mollyjinxed kita dengan baik hatinya telah mengescan gambar dari yearbook. Ni gambar masa tingkatan 4. Ahahahhahaha, cuba cari di mana saya!!

Jumpa dah? Apamacam cukup nerd tak? Bwahahahahahahahaaaa.

{ANNA}

20081029

Kenapa aku benci zaman menengah rendah aku.

Aku terinspirasi nak berblog hal ini setelah membaca entri Sarah Is The One. Aku dari tingkatan 1 hingga ke awal tingkatan 4 bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman. Aku ada menceritakan sedikit tentang hal ini dalam entri aku yang 15 perkara tu yang telah didelete.

Di sini aku nak cerita detail sikit.

Aku boleh dikatakan semi-nerd zaman sekolah. Aku di antara ulat buku dan teringin nak menjadi geng gadis-gadis popular di sekolah aku tu. Jadi, aku pon berkawan dengan kedua-dua kasta. Yang popular, dan juga yang skema.

Mak Anna seorang cikgu, sekolah rendah. Dia memang stok sangat strict dan mengawal Anna masa belajar dulu. Aku takda can nak lepak kat memana shopping kompleks dengan member sekolah. Takdalah, nak pergi lepak rumah member lepas sekolah. Lepas sekolah terus balik rumah, ulangkaji, tuisyen. Jadi aku tidaklah dapat lepak sepenuhnya dengan geng popular tersebut.

Aku akan diajak ke parti-parti mereka, aku juga di ajak lepak di rumah mereka. Dan aku ajak datang majlis hari jadi aku pun, diorang akan datang. Jadi boleh katakan aku boleh diterima. Tapi, kekadang tu aku rasa agak terasing. Sebab aku dapat rasa yang diorang suka gelakkan aku. Mari aku senaraikan senario yang telah berlaku:

Senario 1:

Ada satu kejadian, masa tu ada persembahan konsert, kitorang buat tarian 60-an guna lagu Beatles. Tipikal. Jadi, salah seorang dari geng popular ni turut berada dalam kumpulan tersebut. Di backstage kitorang ketawa riang, aku bawak kamera, aku pon bergambar beramai-ramai, dan aku pon adalah bergambar mesra dengan minah ni.

Sesudah gambar tu didevelop aku bawak pergi sekolah untuk tunjuk. Aku tunjuk dulu minah tu, terus dia bisik kat aku dan kata, "Eh jangan tunjuk gambar ni kat orang lain.." Terus aku rasa pelik, dan aku sedar, dia malu untuk bergambar dengan aku. Sebab aku ni agaknya, tak cukup cool, tak cukup kaya, tak cukup hot dan cantik seperti mereka yang lain.

Senario 2:

Tingkatan 2 tak silap. Ada hari terbuka ke apa tah. Jadi banyak gerai-gerai, permainan di buka. Sesapa dari sekolah lain, boleh datang, termasuklah lelaki.

Aku mengaku aku ada sedikit sindrom hendak menarik perhatian. Aku terlalu taksub dan teringin hendak menjadi popular dan digilai. Padehal aku dahla nerd gila, hodoh, skema nak mampus. Perasanlah kiranya. Tapi biasalah, remaja, kanak-kanak, mentah, benda yang superficial menjadi keutamaan.

Jadi aku pun jalanlah ke hulu ke hilir, sorang-sorang, syok sendiri. Pastu aku perasan yang ada seorang lelaki ni duk usha suit suit aku. Dan yang pasti, aku perasan. Aku rasa wah seronok.

Lepas tu rupa-rupanya, lelaki tu abang pada member aku, dan dia saja suruh laki tu kacau, saja nak kasik aku syok dan perasan. Sialan. Aku yang bodoh ni diperbodohkan.

Senario 3:

Surat dari secret admirer.

Aku mendapat surat-surat dari secret admirer. Satu demi satu, aku pon memang rasa gembira, dan syok, dan rasa best, sebab ada secret admirer.

Rupa-rupanya kawan aku sendiri yang hantar. Argh.

Senario 4:

Di pagi Solat Hari Raya, dekat Masjid Al-Hidayah. Aku terserempak dengan member aku, muka dia macam terkejut dan, rasa macam "Alamak, dia ni nampak ke aku?" Aku nampak raut wajahnya, seperti hendak elakkan aku.

Banyaklah senario-senario ni, tapi aku pon dah tak berapa ingat. Aku sebenarnya ada juga kakak angkat, senior dalam geng femes. Dia approach aku. Tapi ntah cemana, lama-kelamaan, aku mungkin tak cukup cool dan terlalu nerdy. Tahla.

Or I was just trying to hard to be somebody I'm not.

Aku sebenarnya sangat fobia dengan geng popular ini. Aku rasa sangat inferior. Aku masih termimpi-mimpi sampai sekarang. Aku ada je add mereka kat facebook. Aku macam orang bodoh, aku rasa macam stalker, tengok life diorang, apa yang dia buat, kerja apa e.t.c...

Yang aku perasan, diorang sampai sekarang berkawan rapat. Huraian aku, adalah diorang tu yang tak dapat nak bergaul dan bersosial dengan orang lain. Seperti tidak move on. Tak dapat nak masyuk dengan orang lain agaknya. Atau itu hanya aku yang rasa sakit hati berkata.

Ntahlah. Aku sangat sangat benci fasa itu dalam kehidupan aku. Aku terasa macam loser. Dan aku rasa geram, sebab diorang tak tau sampai sekarang agaknya, macam mana diorang buat aku rasa.

Tapi bila dilihat balik. Aku bersyukur sebab aku tak masyuk dengan diorang. Serious, aku tengok lifestyle diorang sangat material. Ya, mereka memang berada, mereka mampu untuk hidup dalam kemewahan. Segala barang yang aku dapat lihat, sampai kan ke kek harijadi pun terukir beg LV. Boleh katakan mereka tersangatlah 'posh'.

Kalau boleh aku nak padam memori tentang mereka dari aku nieh. Hmm, takpalah. Itu semua pengalaman hidup. Mesti kena ada pahit kan. Kalau tak, tak hiduplah namanya tu.

Dan mungkin, kalau aku diserap ke dalam society mereka, tak wujudnya Budu dan Belacan. Tak wujudnya 'Sue Anna Joe'. Kan kan? Bagi aku, everything happens for a reason. Dan aku rasa, aku akan rasa miserable kalau aku berada di kalangan mereka, sentiasa berusaha untuk maintain posh.

Aku ada beberapa kali terserempak mereka, kebanyakannya aku akan buat-buat tak nampak. Tapi ada kalanya aku teringin sangat tegur. Tapi nanti, macam aku yang terhegeh plak. Aku teringin sangat nak bagitau diorang apa yang diorang buat aku rasa.

Tapi, aku harus lepaskan niat aku tu. Banyak benda lebih penting dalam hidup aku. Kena lebih banyak bersyukur. Rezeki dan kenikmatan aku diletakkan dengan cara yang lain. Tapi biasalah manusia, teringin je benda-benda yang takda atau tak dapat ni. Tak pun dah dapat, nak lagi best. Kekayaan, kebendaan, kecantikan dan sebagainya.

Lagi-lagi bila kita tengok orang lain, ada benda yang kita takda, orang yang kita rasa hebat, rasa cam waaah bestnya jadik diaaa. Lecehla jadik manusia ni. Aku nak gi tinggal dalam hutan la camni. Haihh.

Babai.

{ANNA}

Aku rasa aku kena ambik cuti dari berblogging dan internet.

Tapi susah whoah. Ketagih. Serius berblogging dan internet ni macam dadah. Kalau ditarik dari orang ketagih, terus jadik tak betul, tak senang duduk. Otak duk pikir nak intenneeet... nak intenneeet... nak intenneet... (sebut dengan nada yang zombie-ish).

Ya aku patut amik cuti. Tengoklah, apa hasilnya, video sangap Anna tuh, yang tah pa pe tah. Merekod kebiulan diri sendiri. Pastu menyesal. Pagi ni aku menyesal upload bila tengok balik. Banyak je video yang aku upload kat youtube tu aku nyesal sebab upload, yang Repekan Gadis Berambut Biru tulah, yang pasal What camera do you use? dan sebagainya.

Aku memang fail bervideo blogging. FAIL.

Ada sorang minah ni, aku memang sangatlah kagum dan terinspirasi. Dan sentiasa terhibur dan tertunggu-tunggu vlog seterusnya. Namanya Natalie. YouTubenya communitychannel. Ni salah satu dari banyak-banyak video yang aku suka

http://www.youtube.com/watch?v=GnTg77f_vkA




Dia cerita pasal hal remeh temeh kehidupan, tapi memang kelakarrrr. Aku suka cara dia mainkan watak-watak berbeza. Dan kita tengok pon rasa percaya itu watak yang berlainan, walaupun obviously itu dia lah kan. It's so believable, menjadi, dan tak bodoh. Ya, itu tak penting, tak nampak bodoh.

Salah satu blog yang paling aku gemari ialah Blog Anak Motor Blog Anak Mat Nor kepunyaan si Jebon. Wahaha, terima kasih amelia_wanzul sebab betulkan, wahahah, lalok seh, suka hati aku tulis anak motor. Prengggggg. Walaupun Jebon jarang update, tapi setiap update dia memang tak mengecewakan. Dialah contoh terbaik kualiti dari kuantiti. Membaca entrinya, memang membuatkan rasa mesti nak jadi kawan dia. Sebab aku rasa jadik kawan dia mesti seronok gila. Itu sebab aku ajak dia dating, tengok wayang, dan pergi A&W layan Root Beer float. Nanti kita ngedate yaaa Jebon!!

*menggaruk-garruk tangan*

Haih, allergy aku tak hilang lagilah. Ini semua ketam punya pasal, dah dekat sebulan ni. Aku tak pernah plak allergy camni, sampai bibir gatal, pecah, luka, kering. Pastu kat area tangan gatal, keluar ruam-ruam. Then sejak tu, makan je makanan berbisa sket, mesti mula gatal-gatal. Skarang ni mesti kes ikan tongkol. Dem yu ikan tongkol! Tapi tak baik, tu suma rezeki. Ada ubatnya, nanti aku gi beli. Yang lama mana tah.

Hmm. Tapi boleh ke aku nak ambik cuti dari berblogging dan internet? Ahh, susah kot. Kecuali macam raya tu hari, itu pun ada usha sket email. Susah wo bila dah ketagih ni.

Aku sebenarnya, suka kalau dapat tulis, nukilan yang lebih 'intelek'. Menjana minda. Menghasilkan perbincangan antara satu sama lain. Tapi bagi aku, benda tu pon takleh selalu. Takkan nak serius memanjang kan. Tapi aku kalau boleh pun nak lebih serius. Aku terlampau laid back dan tak kisah. Susah gak macam ni.

Aku kena lebih banyak membaca. Nanti aku mau ke kedai buku, dan memborong buku. And I really need to get out more often. Hidup aku memang tak sihat, duk terkurung kat dalam bilik depan monitor nieh. Dahla tak eksasaiz. Haih.

Aku sebenarnya masih belum ke kolej. Aku sebenarnya malas nak cerita tentang hal itu, sehingga aku akhirnya dah buat keputusan dan lakukan sesuatu. By the end of this week, Friday, aku kena buat decision. Selagi aku tak buat keputusan yang betul-betul muktamad, selagi tulah aku tak rasa nak buat apa-apa.

Dahla, aku rasa nak cuti dari berblogging, mungkin satu dua entri lagi, tiga empat, ke lima ke. Ahahah. Tengoklah. Tapi sekarang ni, aku tak berapa ada mood untuk berblogging.

So babai.

{ANNA}

20081026

Malam Celaka

Aku terlalu suka tulisan pendek ini dari suami aku yang mugil lagi seksi, Pitt. Jadi, di sini aku ingin berkongsi bersama untuk santapan pembaca-pembaca budu dan belacan.

Nukilan ini berdasarkan, kronologi kejadian sebenar tragedi Genocide 26 tahun yang lalu.

15 September 1982. Bersamaan hari Rabu. Suasana di kem ini agak sedikit huru hara. Deretan kereta kebal milik soldadu Israel berada di mana-mana. Para soldadu berjalan kaki pula sibuk menjenguk ke setiap rumah dalam keadaan siap siaga. Suasana sebegini sememangnya tidak asing lagi walaupun bagi si kecil seperti aku ini. Bukan setakat aku sahaja, masing-masing di sini sudah lali dengan pekik lolong soldadu bertempur, dentuman bom yang kadang-kadang tidak putus-putus bunyi dan bunyi percik peluru yang dimuntahkan secara marathon dari laras senapang para soldadu dan militia.


16 September 1982. Bersamaan hari Khamis. Keadaan di sekitar kem agak tenang berbanding semalam. Ramai sudah kembali semula ke penempatan ini. Baguslah kalau begitu kerana aku rindu untuk bermain dengan sahabat karibku, Fatima. Aku harap keluarga dia juga kembali ke sini. Fatima satu-satunya kawan yang aku ada untuk bermain di penempatan kem ini. Kadang-kadang Jamila, kakak Fatima turut serta bermain dan melayan karenah kami berdua ini. Mungkin dia juga bosan dan kesunyian. Serba-serbi kemungkinan boleh terjadi di sini. Jamila sangat cantik, cocok sekali dengan namanya. Aku mahu jadi secantik Jamila bila aku dewasa kelak.

+++++++++++++++++++++++++

Aku masuk tidur awal malam ini. Kenyang yang melampau. Semuanya kerana keenakan humus yang nenek masak. Walaupun hanya hidangan yang ringkas tetapi amat sedap sekali. Empat keeping roti pita aku habiskan. Siapa sangka perut si kecil seperti aku ini mampu mengisi makanan yang sebanyak itu sekali hadap sahaja. Tetapi itulah penangan humus nenek. Sayang sekali ibu tidak dapat bersama untuk menikmati humus nenek ini. Aku faham keadaan tugas ibu. Nasib baik tempat ibu bertugas, Hospital Akka tidak jauh dari penempatan kem ini. Boleh juga ibu melawat aku dan nenek bila ada kesempatan Selalunya jika ada pihak hospital yang datang membuat rawatan di sini, ibu akan turut serta kerana saat itu dia berpeluang berjumpa dengan kami di sini.

Sedang enak bermimpi, nenek kejutkan aku. Kasar sekali caranya. Hampir aku marah kepada nenek. Belum sempat bersuara, nenek menarik tangan aku pantas. Militia Phalangist kata nenek sambil kami berlari ke satu hujung sudut untuk berlindung. Malam ini malam celaka. Sama seperti malam-malam pada awal konflik. Bunyi letupan dan tembakan AK-47 kedengaran sepanjang malam. Jari jemari kasar nenek semakin erat memeluk tubuh kecil aku.

17 September 1982. Bersamaan hari Jumaat. Keadaan masih seperi semalam. Tiada langsung tanda-tanda akan reda. Mana perginya soldadu-soldadu Israel dan kereta kebal mereka? Tergamak mereka biarkan para militia Phalangist ini berpesta di penempatan ini. Sial.

Petang. Gerombolan militia Phalangist celaka itu telah berambus. Suasana masih lagik bising tetapi kali ini dengan pekik lolong dan tangis para penghuni penempatan. Mayat bergelimpangan di merata-rata dan segenap sudut. Berpesta sakan rupanya si bangsat Phalangists itu. Aku nampak Fatima. Dia terjelempuk di sisi sekujur tubuh kaku yang aku pasti adalah Jamila, kakaknya itu. Kali ini Jamila tidak macam dulu. Tidak cantik langsung. Hitam legam muka Jamila. Darah kering bersalut di badannya. Hanyir. Aku memeluk Fatima. Kami sama-sama menangis. Jamila bukan setakat di bunuh tetapi lelaki-lelaki militia yang jongos itu juga telah merogolnya dan menyeksanya. Sial. Dalam pada aku menangisi di sisi Fatima nenek datang berlari ke arah aku. Dia terus meraung bagaikan orang gila. Dalam suara esaknya nenek membisikkan kepada aku, “Militia dah bunuh semua doktor dan jururawat di Hospital Akka”. Aku rasa pandangan aku semakin kabur dan semuanya gelap. Hitam pekat.

-dedikasi untuk Sabra & Shatila.

20081022

Aku sejak dua tiga hari rasa macam akan mati.

Dua malam yang lepas, tiba-tiba aku rasa kepala aku nak meletup. Belakang leher aku terasa berat sangat. Badan aku rasa seram sejuk. Terus aku baring di katil, menyapu minyak angin, dan meletakkan kaki atas bantal supaya ia lebih tinggi dari kepala aku.

Aku terus mengucap.

Dua tiga hari ni aku banyak mengucap. Semalam aku menangis, aku rasa aku akan mati. Dah lama aku solat tak feeling, semalam aku solat, menangis. Dan aku tak berhenti mendoakan agar umur aku dan orang yang aku kasihi dipanjangkan.

Aku rasa aku tiada bekalan untuk di bawa masuk ke kubur.

Korang bayangkanlah, keadaan di dalam kubur, sorang diri, tanpa siapa-siapa untuk bertahun-tahun lamanya. Tiada internet, tiada blog untuk meluahkan perasaan dan pengalaman di dalam kubur.

Hanya berbekalkan amalan di dunia.

Aku rasa, hidup aku selama 26 tahun di dunia sia-sia. Dengan belajar aku ntah kemana, dengan amalan aku yang terlalu sikit.

Sembahyang pun, ala kadar. Sembahyang sunat jarang sekali. Qur'an, lagilah.

Dari semalam aku bertekad untuk merubah itu semua. Aku harap ia bukan tekad dan hangat-hangat taik ayam macam selalu. Itu sebab aku menulis entri ini, kiranya bukti bertulis dan peringatan untuk aku sendiri.

Lama aku berborak dengan Pitt, sesudah Subuh. Aku bagitau dia, "Sejak dua tiga hari ni saya rasa macam akan mati je... Awak sedih tak kalau saya mati?". Dia memeluk aku dari belakang, dan berkata "Janganlah mati..." Terus air mata aku berlinang.

Dia pun menceritakan kisah seorang di tempat kerja lamanya, suaminya mati on the way nak hantar kereta kat bini dia. Baru tadi suami dia telefon kata on the way, then dapat panggilan, suaminya mati eksiden. Haih.

Bila-bila masa saja.

Pastu, aku tanya lagi.. "Awak takut tak mati?", dia jawab "Of courselah, saya tak ready lagi ni, tak cukup amalan, banyak dosa", aku jawab kembali "Saya pun.." Aku pun suruh dia imagine sama-sama ngan aku, bagaimanalah keadaan di dalam kubur. Kalau cukup amalan, diluaskan kubur, dan diterangi dengan cahaya, kalau tidak, sempit, gelap, dipenuhi dengan binatang berbisa. Bayangkanlah, keadaan seperti itu, keseorangan, untuk bertahun-tahun lamanya hingga dibangkitkan kembali.

Kita buta. Buta sebab tak nampak, kelebihan amalan. Tidak mendapat instant gratification, tidak dapat melihat materialnya. Kalau kerja rajin, kita dapat duit, boleh spend untuk beli apa-apa yang kita nak. Kalau makan, mesti nak rasa sedap, dan kenyang. Kalau tidur, rasa layan, kalau pergi bersuka ria, dapat rasa syok. Kalau bersetubuh, terus dapat kepuasan nafsu. Semua yang kita suka lakukan. Sebab kita terus dapat merasa kenikmatannya. Dan, lagi, kita mampu untuk buat begitu berjam-jam lamanya. Leka. Pergi event, lepak berjam-jam, solat beberapa minit pon tinggal.

Manusia memang bodoh dan lalai. Aku bodoh dan lalai.

Dan solat beberapa minit tu pon, berapa ramai yang hayati dan khusyuk? Kalau boleh nak habiskan cepat-cepat. Duk layan movie, 2 jam, takdahal. Duk dalam surau dah menggeliat nak keluar window shoping.

Ntahla.

Duk godek-godek blog, baca menulis, blog hopping, boleh saja sampai berjam lamanya. Sembahyang tertinggal, takpon, dah nak habis waktu baru nak solat, dan pasti, nak sembahyang cepat-cepat sebab nak sambung balik layan internet.

Ish. Apa nak jadi weh.

Padehal dunia sementara je. Tapi sebab terlalu layan, kita pon lalai, dan tak ingat semua tu. Ingat pon skali-skala, then lalai balik.

Haih.

Kata Pitt, satu huruf dalam al-Quran tu, dapat membantu kita di Padang Masyar kelak. Alif Laam Miim. Alif, satu, Laam satu, Miim satu. Tapi berapa banyak dari kita yang mengamalkan membaca sekurang-kurangnya satu baris dalam satu hari?

Baca blog, sikit punya berjela, tinggal komen sikit punya berjela. Qur'an? Huih. Sentuh pun tidak.

Ini ingatan buat aku. Dan hopefully untuk kamu semua. Jika kamu mengamalkannya, bagus, keep it up. Tapi orang macam aku ni.. cepat sangat alpa.

Hmm. Kepala aku rasa sangat berat, badan aku masih terasa seram sejuk. Aku harap, ini hanyalah ingatan dari Allah untuk aku mengingati-Nya.

Aku masih belum bersedia untuk mati.

{ANNA}

20081020

I tak suka #004: Komen-komen yang cam #@$&#*! di YouTube

Okay, Anna baru saja tengok video response untuk video Anna "Solusi Untuk Depresi". Okay, bagi Anna takdalah kelakar mana pon video Anna tu, tapi it's just about having fun. So what if it looks stupid to other people?

Sebenarnya, takda pon komen yang ntah apa apa mengenai video Anna tu, phew. Belum lagi kot, ahaha. Tapi ada gak lah, dapat komen cam 'boring' atau 'trying to hard to be cool', 'annoying' untuk vlog Anna yang lain. Tak kisahlah apa orang pikir, pasal tu personal vlog, ikut suka hati aku, aku hanya bersuka-ria.

Thing is, even video orang lain yang best gila pon, dapat gak komen-komen yang bangang gak. Pastu Anna sukalah tengok profile orang yang tinggal komen macam tu, kebanyakkan hanya di situ untuk mengomen video orang lain, mengfaberet (yg kebiasaan ntah apa apa), atau kalau ada video pon, video bukan sendiri punya, so like WTF?

Hmm.. Untuk video response Anna terima iaitu "Kebanggaan Malaysia: Kancil Vs. Evo" Anna terbaca beberapa komen-komen yang gila emo.

Antaranya:
blackmetal350 : Stop being proud of dis kind of video, its a totallly disgrace for malaysians. totally an embarrasement for malaysia... Sedar la diri sikit, kancil ade hati nak lawan evo.... perangai dah la macam jakun... cukuplah.... wat malu negara malaysia jer.....

pharveen : you people are a disgrace 2 malaysians..

cyrus3k8 : bapak kau!!!! 2 secon awal pun ko dah kena!!! buat malu org utara jer ko nie...keriau macam macha... keta kancil belalang standard ad hati nak main dgn evo konon!!! BODO kau nie..hanjing pun xBODO mcm ko!!!!
Tu toksahla nak masuk video-video pasal politik la kan. Lagila, sakit hati membaca komen-komen. Yang Melayu kata Cina bodoh, yang Cina kata Melayu bodoh, yang Cina, Melayu dan India, dan Singaporean duk kata Malaysia bodoh, orang Malaysia duk kata Singaporean bodoh. Sapa yang bodoh sebenarnya? Aku rasa aku yang bodoh duk baca komen depa ni. Hahaha.

Bagi aku, depa ni saja nak bersuka-ria. Mestilah depa tahu yang Evo tu memang power, tapi diorang saja menggila, skali tengok dapat potong, so gelak besar la depa. Ironik bukan? Kancil mengalahkan Evo.. walaupun sebenarnya Evo tu tengah slow down dekat double line. Kalau ikutkan undang-undang lalulintas salah kancil tu potong. Tapi jalan kat depan tu straight saja, dia punya belok kat depan tuuuu lagi, dan memang tengah takda kereta dari opposite, masa tu so apa lagi, kasik tekan itu minyak. It's wrong, but it's normal, and masa tu memang jelas jalan tengah clear.

Sebenarnya diorang tu yang disgrace. Takdak sense of humor langsung. Just enjoy the moment folks!

Nak selit sket ni, aku sebenarnya tak suka kereta buatan Malaysia jenis bikin-bikin ni, ekzos prooonnnnneegggnnnggg, spoiler sikit punya tinggi. Kalau kereta tu ada kat rumah aku, gerenti bibik buat sidai baju. Tapi itu terpulang pada taste memasing, duit mereka sendiri pon, nak bikin spoiler 5 meter tinggi pun, ikut suka hatilah. Tapi aku punya mata ni terganggu sket. Cuma yang sangat tak berkenan ekzos la, bising wehh. Lagi-lagi tengah jam, waduhhhhhhh sihh. Sabar, sabar.

Pastu kereta Waja nak bikin jadik Evo. Ahaha. Agak malu lah weh. I mean, Evo tu aku tengok berlambak je kat jalan raya, meaning orang mampu afford. Jadi, korang kerja lah rajin sket, pandai jimat duit, insya-Allah mampu, takyah nak bikin-bikin. Cakap memang senang, nak buat tu tak begitu senang, tapi kalau orang lain boleh kenapa kamu tak boleh? Cheh, aku ni terkial nak abiskan belajar cakap pandai. Ahaha.

By the way, aku tak anti kereta Malaysia, in fact rumah aku semua orang pakai Proton. Perdana, Wira, Waja dan Persona. Ahahaha. Dan kereta pertama aku dulu Kancil beb!! Preeennggg.

Pastu pulaaaak. Masuk hal keagamaan. Yang duk condemn Islam dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada je video yang popular sket, ada orang pakai hijab, contohnya , pergh, gerenti la dapat komen seperti (di ambil dari salah satu video cynicalmd):
IsraelForever12 : Take that stupid hijab off. Islam is not the word of God, it is a perverse product of 7th century Arab culture. It's for sandstorms. Do they have sandstorms in Malaysia? Do they have sandstorms in Russia? You call yourself cynical, but you buy into this Islam bullshit hook, line, and sinker. Why?
Oh, ada banyak lagi. Cuba korang baca komen yang ditinggalkan di videonya "How to wear a hijab". Tak larat nak quote. Tapi tu baru sikit, lagi-lagi komen pasal, filem Geert Wilders "Fitna" mengenai Islam dan Terrorism.

Dan salah satu ulasan yang sangat klise pada video berkaitan dengan Islam yang Anna paling sakit hati dan marah bila baca adalah:
stradaforni51: This movie depict the real character of islam. A cult invented by a sicko with the name of Muhammad. How can a murderer invent a true religion while he spent his life raping,and robbing. He married a 6 year old child and had sex with her when she was 9 years old; he was 53.
Komen-komen yang duk ulang perihal tu sangatlah banyak okay. Tapi, apa yang boleh kita buat? Ntahlah, pedulikan? Yelah kot, sebab orang-orang macam ni semua sebenarnya ignorant dan prejudis. Tidak sudi membuka minda untuk mendalami kebenaran, or at least to search for it. Boleh dikatakan brainwashed.

Tapi ada juga ulasan yang intelligent, kira healthy debatelah. Yang bagus untuk membuka minda semua. Dan kekadang aku malu, sebab ada komen yang mempersoalkan Islam, dari yang non-Muslims, be it Christians, Atheists atau agama-agama lain, yang aku tak terjawab. Tak reti nak jawab, dan takut nak jawab, takut kerana takut tersilap kata. Ilmu Agama masih cetek. Haihh.

Anna sebenarnya, tak tau apa point entri Anna kali ni. Jadi, aku berhentilah kat sini saja. Bai.

{ANNA}

20081008

Percuma #001: Stiker Blog




Sapa nak boleh right click, save, upload, atau right click dan copy saja image locationnya dan gunakannlahnya di blog korang. Tapi lebih baik kalau save la, takut nanti terlebih bandwith plak. Itupun kalau ramai guna. Tapi rasa cam tak kot. Ni ingat kalau rajin, nak wat header. Korang leh guna kat blog korang sendirik.

Yang ni simple and basic je. Sorry kalau hodos. Nanti Anna akan cuba permantapkan lagi design. Kecik-kecik ni challenging nak design sket, sebab tak banyak space leh guna. Wuhuuu. Kalau ada request, sila keutarakan. Ku kan coba.

YANG NI UNTUK PITT



YANG NI UNTUK PJOE (VERSION 1 & 2)



DAN YANG NI UNTUK YOURDRUGBUDDY


NOTIS: Berminat untuk mendapatkan stiker? Sila nyatakan warna yang spesifik jika ada, kalau tak saya belasah saja apa yang saya rasa cantik, then ayat-ayat yang ringkas macam yang kat dalam stiker atas ni, atau kalau nak buh gambar cam gambar anak kucing kat atas tu ke. Senang sket nak design, nanti kalau buat takut tak berkenan plak kan. Tak pasal-pasal terpaksa letak sebab nak jaga hati. Huhu. Tapi kalau tak suka gak, dan takmo buh pon takdahal. Saya tak kisah. Sebab saya ni baik, kan kan kan?
Saja, nak brush up design skills. Haih gambar pon dah tak brapa shoot. Lama dah ni, dah dekat 2 tahun kot tak aktif mengambil gambar. Sibuk buat apa pun tak tauler. Ada tu ada la, tapi tak sekerap dan serajin dulu. Lately ni duk rajin blog ja. Pastu bermain social games. Oh ketagih.

Malam sket kot upload gambar raya.

{ANNA}
Related Posts with Thumbnails