20080928

Fesyen tudungku pada Hari Raya tahun 2005.

20080918

Korang ingat tak Baby Sinclair?

The Dinosaurs merupakan sitkom TV 90-an paling favourite aku di samping The Nanny, yang mana sekarang aku layan di Hallmark setiap kali sesudah berbuka (The Nanny). Ngan mak Anna pun turut layan. Siap dia kata "Dari dulu sampai sekarang tengok citer ni". Boleh dia ingat aku selalu tengok citer ni masa kecik. Anak buah aku Fairuz pon layan, siap ingat watak nama nanny, Fran. Aku ni mempunyai pengaruh yang baik pada anak-anak kecil. Haha.

Dinosaurs cerita mengenai sebuah keluarga dinosaur, (obviously). Karakter paling favourite aku adalah Baby Sinclair. Nakal gila, tapi comel teramat. Yang disuarakan oleh Kevin Cash yang popular dengar suaranya untuk Elmo Sesame Street. Menurut Wikpedia, perangai Baby Sinclair ni ada unsur-unsur perangai anak bongsu Bob Young.

Watak utama yang lain adalah Fran yang digelar mama oleh Baby Sinclair (samalah pulak ngan karakter Nanny favourite aku tu!), Earl yang dipanggil 'not the mama' dan sekali sekala 'daddy' oleh Baby Sinclair, biasanya di saat yang sangat sweet. Membuatkan Anna mengeluarkan bunyik 'awwwww'. Dan yang lelain, abang dan kakaknya, Robbie, Charlene. Robbie, walaupun berupa dinosaur membuatkan Anna tangkap cintan. Sekali tengok kat komen YouTube, rupanya orang lain pon sama gak. Wahah ingat ke aku sorang je yang saiko.

Ini menunjukkan betapa realnya kita rasa Dinosaurs dalam citer nieh. Dan ini semestinya kerana kehebatan Jim Henson, pupeeter terulung. Dialah genius di sebalik The Muppets dan Sesame Street. The characters, come to life. Watak-watak lain yang sering muncul dalam sitkom ini adalah Ethyl Phillips (nenek), Roy Hess, B.P. Richfield, Monica Devertebrae dan Spike.

Cerita ni banyak jugak yang ada unsur 'show within a show'. Seperti CNN yang dipanggil DNN, dan satu episode yang aku tengok yang menyindir watak Barney. Dalam tu dipanggil Blarney. Ada juga satu episode, bertajuk "The Terrible Twos", di mana Baby Sinclair masuk umur 2 tahun. Episode ni dia buat ala-ala The Exorcist. Siap scene pusing kepala 360 darjah tu pun ada. Ahaha.

Kesimpulannya, memang Anna suka gila gila gilaaa ahh citer ni. One of the best shows ever. Sib baik ada sket kat YouTube. Tu hari, ada satu channel yang khas untuk citer ni, boleh tengok satu episode penuh, tapi tengok dah takda. Kecewa aku. Rasa nak beli satu DVD set citer ni skali ngan The Nanny. Sayang kat Malaysia takda. So kalau nak, kena order. Ni ada Anna selitkan tiga video dari YouTube scene di mana ada Baby Sinclair yang gila comel dan super duper nakal. Ahahah. Okay, selamat berhibur!!

Baby Sinclair & The Cookie



Gotta Love Me (Baby Sinclair gigit ekor dia sendirik)



Not the Mama!



{ANNA}

20080917

Siri Mimpi #001: Lamborghini

Anna ni jenis asal tidur je mimpi, lelap kejap pon mimpi. Kekadang tu bangun lambat, sebab dalam mimpi tu Anna dah bangun, mandi, siap-siap makan semualah. Macam real. Jadi rasa macam best kalau Anna catit mimpi-mimpi Anna. Ada sesetengah mimpi tu, pemandangan yang sangat lah menarik. Kalau lah Anna ni hebat illustration, dah lama Anna lukis.

Anna dapat idea nak buat siri ini, membaca komentar sebab Anna duk berbalas komen ngan diri sendiri kat entri "Mengeluh", dari pjoe abang berambut panjang yang hensem. Sapa masih single tu, dipersilakan untuk ngorat. Ikut macam I ni, laki I skang ni, I lah ngorat dulu. Tengok, akhirnya, kawiiiiin. O yeah.

Jadi, kalau lepas ni, harap-harap pjoe akan bermimpi ular akhirnya. Good luck man.

Okay, Anna tadi bawak kereta Lamborghini Gallardo warna kuning. Janji, tak tipu. Dalam mimpilah ni. Ahaks. Puuhhh, Amin. Manalah tau jadi betul kan? Hey, you never know dude. Always aim high! Ahaha. Tak taulah cemana kan tetiba duk bawak kereta ni. Yang kelakarnya, sebelum munculnya kereta tu. Anna duk nyanyi lagu apa tah, ala ala video klip. Tempat ni agak spooky dan eerie, mood dia macam video-video clip Evanescence. Anna duk nyanyi laah, lagu apa tah, tapi best. Sikit punya baik tarik vocals. Skali dah abis, Anna ulang balik, ulang balik, ulang balik. Dia dah jadik lain macam. Masa tu Anna nyanyi kat ada seorang perempuan ni, muka dia putih gila, memakai dress hitam, rambut agak serabai, tapi cun. Ala minah gothic. Pastu dia ada dia punya kuncu-kuncu suma duk dengar. Anna macam kena paksa, kena pukau nyanyi. Diorang duk kat depan satu castle.

Masa Anna sedar tu, cepat-cepat snap out of it, dan menuju masuk Lamborghini kuningku yang muncul dari mana tah tetiba. Then vrooooom, sped out of the place. Anna kurang familiar tempat tu, so bawak kereta pon cam tah paper. Ada satu korner kat traffic light tu pelik gila, nak masuk kiri, tapi terlajak nak masuk lane yang opposite so terpaksa korner sket masuk lane ke depan tu.

Then, Anna pun drive lagi. Sampai lah kat satu lorong ni, termasuklah pulak lorong mati kan. Lorong tu ada makcik Cina ni duk jual, apa tah, sup, keuy teow. Ada sayur-sayur tergantung. Then ada dua tiga orang duk makan kat situ. Termasuk seorang pakcik tua yang botak. Siap ada asap-asap makanan panas lagi. Suasana di cam gerai makan kecik yang bukak time malam, then adalah lampu-lampu oren tergantung.

Anna pun smbil reverse tanya makcik tu. "Uh, ni kat mana ya? " Masa tu tingkap turun, siku luar tingkap. Gila cool. Dia jawab "Kat Malaysia lah". Anna tanya balik, "Ya, saya tau tapi Malaysia kat mana exactly?". Dia ngan pakcik botak tu buat muka pelik, lalu menjwab, "You kat Penang skarang ni".

Terus Anna cam, uikkkk cemana aku boleh sampai kat sini? Anna cakaplah kat makcik tu "Eh, macam mana saya boleh sampai sini, saya tidur-tidur, sedar dah sampai Penang?" Makcik tu pun buat muka gila ke apa minah ni.

Pastu, tak ingatlah apa jadik. Anna pon bangun. Pastu, pikir-pikir balik. Ishk, cemana aku boleh drive sampai ke Penang dalam keadaan tidur? Scaryyyyy. (masukkan lagu X-Files di sini) Duuduududuu du duuu, du duu du du du duuuuuu, DU! DU!.

Kesimpulan yang aku boleh huraikan. Lamborghini kuning aku ada autopilot.

TAMAT.

{ANNA}

20080916

Hundilah saya, kad raya dan open house.

Hundilah Saya

Not really undi lah. Rate kat Art On Display. Anna dah lama perasaan (pembaca: memang pon ko perasan!) bukan perasan yang tu laa, perasaan as in 'to take notice'. Tapi aku memang perasan pon (pembaca: tau takpa)

Chuih! Ahax, dah lama dah notice yang website Anna kat situ, pastu memasa awal tu rating dia cam weng jek sket. Anna rate la diri sendiri ngan 5 stars kan, pastu banyak kali plak tu nak upkan rating. Haha. Angkat bakul sendiri betullah aku ni. Tapi tah dia cam tak betul. Dia tetap jadik 1 star. Tak puas hati aku.

Skang ni dah okay dah kot. Tak pon memang orang rating aku rendah gila tak tau lah kan. Yelah Anna punya artworks mana best pon. Kan. Kan. Kan...

Jadi, silalah ke page saya di:
http://artondisplay.net/?p=69

Berikanlah bintang-bintang padaku. Pastu cuba korang tengok kat sidebar kanan tu. Most Rated, nama Mukhriz Latif, Saiful Nang, dan Udey Ismail, geng Candid Syndrome. Ish ish ish, tak patot. Ahaha kidding, they are good at what they do, dan mereka juga sahabat saya. Mintak maaf ye. Korang memang hebat! Tapi aku pon nak gak berada di dalam ranking korang tu wehhh. Apa nieh, tak aci nieh. Arrghhhhhhhhh.

Okay, jadi. Silalah ke http://artondisplay.net/?p=69. Ish, berapa kali nak khabaq ni? Okay, dua cukuplah. Then kalau rajin tinggalkanlah komen dan kasih sayang ye di sana.

Kad Raya

So far Anna dah terima 23 alamat untuk hantar kad raya. Dalam poll setakat ni, 77 mau kad raya dan lagi 16 tu tak mau.

Ni tak buat apa design pon lagi. Korang janganlah expect yang tebabow. Wat biasa saja, sekadar pengganti diri (pergh, ayat). Pastu kalau ramai, kena pikir solution untuk jimat kos kan. Uhuhu. Dululah, pepandai wat sampul surat kuning, kan dah kena postage stamp lebih. Ampeh. Tapi takpa, ikhlas, cuma harus bijak juga merancang. Kan?

Pastu, Anna tengok ramai gak ahh sampai ke page Anna ni dari mengoogling 'kad raya', 'design kad raya', 'design kad raya terbaru', 'kad raya buatan sendiri/tangan' pastu 'kad raya aku' ke apa tah. Lebih kurang gitu lah. Ish, kalau aku wat bisness jual kad raya, laku gak ni. Kayo den!

Risau gak ni, kalau tak terbuat kan. Insya-Allah akanku usahakan!!

Open House

Tahun ni of course, Raya pertama, kedua di Perlis. Buat pertama kali tidak beraya kat sini. Uhuk, mesti agak sayu, sket je lah. Anna pun sangat selesa dan serasi ngan keluarga Pitt. Bersyukur sangat. Takdalah nak kena kontrol ayu, kira Anna jadik myself lah.

Okay, pastu taktau lah, mungkin balik sini raya ke-3 ke ke-4, tengok camna. Jadi Anna ngan Pitt nak wat la open house sebagai pasangan suami isteri buat pertama kalinya. Tapi sebab kami duk rumah parents Anna, takleh la nak ajak reramai. Pitt plan nak ajak staff dia ngan member dia sket. Anna member skolah sket, member uni sket, member kolej sket, dan yang lain-lain sket.

Kalau boleh, nak ajak korang suma. Tapi satu, ni bukan rumah kami. Dua, eee takutlah. Mana tau korang ni pembunuh bersiri ke kan. Hah, korang tak takut? Mana tau kami ni pasangan pembunuh bersiri. Kitorang letak ubat dalam rendang, nasik himpit, biskut raya. Pastu korang pengsan, sedar-sedar kat dalam sebuah rumah yang usang, diikat tangan kaki di batang paip. Haha, ni kes tengok citer Saw la nieh.

Anna tak suka sangat citer yang horror, seksa potong-potong orang ni. Tapi Saw ni cam lain sket. Dia cam satu puzzle, so agak intruiguing lah. Tapi banyak je forward-forward. Citer hantu suka je, tapi yang pesen melibatkan menyakitkan manusia tu cam ngeri sket. Sebab benda cam tu memang boleh berlaku di tangan orang yang psycho atau terlalu jahat. Eeee. Takut.

Teringat plak kes Allayarhamah Raja Noriana Raja Ahmad. Kenapalah manusia kejam sangat. Hmmm. Kesianlah kat anak-anak ngan suami dia. Ada terbaca lanjutan berita ni, anak dia kata, memang dia tak akan boleh lupakan jeritan mak dia. Haish, sedihnya. Camna la Raya diorang nanti. Hmm, dugaan.

Jadik sedih plak entri nieh.

Berbalik pada open house, Anna mungkin akan ajak beberapa para bloggers yang Anna rasa close dari segi jiwa dan tempat tinggal. Ahaha. Kalau duk rumah sendiri, bolehla buat lebih terbuka dan ajak lebih ramai kan. Tapi ni duk umah parents, terpaksalah ku limitkan.

Hah, tapi kalau korang nak ajak I, I terima je ngan peruthati terbuka. Tak kisahlah close tak close, kami belasah je. Ewah. Ni pun ada yang ajak singgah kat rumah mereka di belah Utara nun, Kedah, dalam perjalanan balik dari Perlis. Insya-Allah. Kalau kitorang gerak awal pagi ke, mungkin sempat singgah. Sebab ada gak member kitorang duk sana. So yeah, alang-alang tu ke, kan?

*terhidu sesuatu*

Okay, mandi taim. Bai.

{ANNA}

20080914

Aku rindu kat ex aku.


Nama dia Din. Ni aku shoot masa weekend, kitorang nak gi Melaka, carik barang sket kat Jonker Street. Aku cam terlambat sket, biasalah perempuan nak bersiap. Aku pon saja amik gambar pakai kamera filem aku Nikon FM3a. Saja suka tengok expression dia marah. Comel. Geram aku dibuatnya.

Aku kapel ngan dia tak lama. Aku kenal dia masa aku tengah nak beli aiskrim kat Baskin & Robbins, tetiba dia beratur tepi aku, dia kata "Malaysia is so damn hot, I gotta have my daily dose of ice-cream". Aku gelak-gelak tersipu lah. Aku pun order lah feberet aku, Pralines 'n Cream, dia terdengar, dia kata "Hey that's my favourite!".

Lepas tu, aku gelak lagi tersipu, pastu tanyalah kat dia, "So, what the hell are you doing here in Malaysia of all places in the world?" Konon nak nampak keorang putihan la cara borak. Di sambung lagi dengan soalan tipikal, "So, how are you liking Malaysia so far?" Pastu dia pon kata "Yeah, a bunch friendly people around, kinda like you. Hey wanna have this ice-cream together?"Aku dengan lantasnya cakap, "Yeah sure".

Pastu borak punya borak, memang banyak persamaan kitorang. Dia suka carik hantu, aku plak suka dengar citer hantu. Memang layan lah borak ngan dia. Pastu aku pun cerita lah pasal hantu kat Malaysia ni. Rupanya, dia cakap kat aku, masa memula tu tanak ngaku, dia kata saja lawat, dia kata dia ke sini sebenarnya nak carik pontianak ngan pocong.

So date pertama kitorang gi mencarik hantu, aku ni jenis berani tak berani lah. Skali si Din ni bacalah mandrem, aku sebelum ni tak pernah pulak nampak hantu kan, then aku cam bau sesuatu yang wangi, aku dah gelabah dah. Bula roma aku pon naik. Then dari jauh aku nampak kelibat putih, terus aku pengsan.

Bangun-bangun aku berada di pangkuan Din. Dia pandang mata aku, kata "Anna, are you okay?". Aku hanya mampu tersenyum sambil renung mata dia. Skali dia pun renung mata aku, baik punya. Aku terus cair. Dia pun renung aku lain macam, pastu jeng jeng jeng... malas la nak cerita. Malu. Lagi-lagi bulan puasa ni kan.

Then sejak tu kitorang declare lah. Boleh katakan tiap-tiap hari keluar, dan setiap weekend mesti pergi Baskin & Robbins layan Pralines 'n Cream. So sweet. Sampai orang yang kerja tu pun dah tau kitorang punya order.

Pastu, 5 bulan kemudian. Aku dapat berita sedih. Dia kata adik dia Sam, nama penuh Samsul, panggil dia balik Amerika sebab mak diorang mati terbakar. Dan dengan hati yang berat, kitorang pon break-up. Then tibalah, hari terakhir kat Malaysia sebelum dia fly balik ke Amerika, kitorang layan lah, Pralines 'n Cream bersama untuk kali terakhir bersama. Takleh nak telan siot, aku asik duk nangis, meleleh hingus.

Ishk, aku citer balik ni pun dah rasa sebak nak nangis.

Balik ke sana, dia adalah hantar e-mail kat aku, aku pon berbalas, skali-skala call. Agak-agak setahun tu, dah makin slow, then kitorang decide untuk hentikan dan move on. Din kata, dia pun dah sibuk, full-time carik hantu, pergi sana sini. So macam kena commit. Aku pun paham. Sebab aku pon dah jumpa Pitt masa tu. Tapi itu cerita yang lainlah.

Aku sering tertanya kalau dia ingat tak aku. Yang pasti, setiap kali aku makan Pralines 'n Cream aku akan teringatkannya.

{ANNA}

20080910

Pergi mampos la ko.

Woo. Saja je, title nak menarik perhatian.

Mencarut. Bagi sesetengah orang, perkataan seperti, f**k, s**t, puk***k, pan**t, motherf****r, dan sebagainya dah menjadi sebahagian dari vocabulary harian. Ada pula, yg hanya menggunakan pada masa-masa dan emosi yang tertentu, ada pula yang TERguna dengan secara tidak sengaja.

Anna pun kekadang menggunakan perkataan f**k, untuk meyedapkan ayat seperti "Wow, this looks f***king beautiful" atau "I'm so f***king tired" untuk menggantikan perkataan 'very' yang agak skema dan tak cool.

Tapi dalam banyak-banyak tatabahasa carutan ini, Anna paling tak boleh terima dua, iaitu puk***k dan motherf****r atau ejaan lainnya, maderf***r. PALING PALING TAK BOLEH TERIMA!

Kerana ia melibatkan perkataan yang digelarkan pada orang yang melahirkan, ibu kita. Sedar atau tak sedar, menggunakan carutan tersebut, menunjukkan kita tidak menghormati langsung ibu kita sendiri. Jika anda masih menggunakan, walau pun terguna, hentikanlah. Kot ye pun nak carut, gunalah perkataan lain selain itu.

Masa Anna darjah 6 dulu, kitorang tengah main sorok-sorok barang, member ni laki. Dia sorok pen Anna ke apa tah, then Anna amik lah jam dia sorok jam dia, memang melenting dia tetiba. Anna acah la tanak bagi, terus dia panggil Anna 'ANAK BABI'. Dan secara otomatik, Anna terlalu marah Anna terus tumbuk pipi dia.

Kalau takat dia panggil 'babi', Anna boleh tahan lagi, takat marah je la balik. Tapi kalau dia kata Anna ni anak babi, maksudnya? Ah.. pepahamlah. So kalau masuk bab mak, ibu ibu ni, please janganlah memain dengan sewenang-wenangnya. Jaga sikit mulut korang tu.

Pada kebiasaan, kita mencarut masa tengah memandu kereta, atau tengah mencari parking. Babi lah, sial la, bodoh la, f**klah dan sebagainya. Semua lah keluar, rasa cam best je nak menyumpah. Memang best pon.

Tapi, sebagai orang Islam, lebih baik kita gantikan carutan tersebut dengan doa, agar hati kita tenang di dalam keadaan traffic jam, agar perjalanan kita lancar, dan ketika mencari parking, agar mudah mendapat parking.

Doa yang kawan Anna, Eila dan mak Anna ajar yang bagi Anna sangat mujarab adalah:

"Rabbi yassir wala tu'asir Rabbi tammim bilkhair"

O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord let my affairs end with goodness. (Maksud ni Anna amik dari situs ini, takut tersilap terjemah plak)

Kiranya, kita berdoa pada Allah, untuk dipermudahkan segala urusan, yang susah tu jadikanlah senang, dan biarlah ianya berakhir dengan kebaikan.

Oh, dan doa ini bukan untuk carik parking je, untuk nak amik exam ke, pergi interview ke, or nak approach orang and rasa takut ke, atau nak bagitau sesuatu kat parents tapi takut diorang marah, jumpa boss ke, semualah boleh. Multipurpose doa tu beb!

Sesapa pernah baca atau tengok The Secret yang menceritakan the power of attraction, the power of believing? Apa yg diceritakan dalam tu sememangnya benar. Kalau kita fikir atau mengatakan benda-benda yang negatif seperti mencarut, ia akan menjadi suatu magnet yang menarik lagi unsur-unsur yang negatif, lagiii susah nak carik parking, lagiii jam, lagiiilah kereta kat depan kita buat hal.

Tapi, kalau kita positif, kita berdoa untuk kebaikan, maniskan mulut dengan nama Allah, dan memberi kepercayaan pada kuasanya, insya-Allah kebaikan yang akan datang pada kita. Rasa bawak kereta pon lebih tenang, lebih mudah. Mungkin kalau jam pun, tak terasa, kerena telah diberikan ketenangan dan kesabaran.

So boys and girls, bila di timpa kesusahan, tak kisahla memandu ke, apa apa pun, don't make it worse by swearing. Kerana ia hanya akan menarik lagi unsur yang negatif. Banyak lagi doa-doa yang boleh guna of course, tapi tu antara yang termudah dan mujarab yang Anna guna.

Dan kalau boleh, time melatah or terkejut tu, instead of guna ayat seperti "Eh toot toot mak kau meletup" gantikan lahnya dengan "Ya Allah!", "Astaghfirullah" dan sebagainya. Dan moga-moga kita lebih dekat pada-Nya, dan akan sentiasa mendapat perlindungan-Nya.

{ANNA}

20080909

I tak suka #003: Ulasan dari Tanpa Nama

Okie, soriler. Taktaulah connection korang camna, tapi internet sini teramatlah selo. So nak loading podcast tu ambik masa la kot. Tapi kekadang laju je. Haish pening. So podcast kami yang pertama, sangatlah biasa. Buat pon secara spontan tengah takda benda nak buat. Jadi sorilah kalau tak best. Harap-harap, in time boleh la mantapkannya.

Ada dapat ulasan yang sangatlah sempoi dalam entry podcast kami sebelum ini, dari sapa lagi, kalau bukan si tanpa nama.. dia cuma tulis, "crap....". Sebenarnyalahkan, Anna tak kisah ulasan cam tu, cuma keanonymousannya tu yang menghampakan. I mean, everyone is entitled to their own opinion kan? Tapi cam tak syok ah, dahla masuk rumah orang, tapi tanak bagitau sapa. Apa barang weh?

Tak pahamlah kenapa komen-komen yang negatif, mesti ditulis secara anonymous. Bukan takat blog Anna je, most blogs, atau dalam shoutbox ke. Serious, gila pengecut. Nak takut apa? Nampak sangatlah orang tu busuk hati dan cepat rasa jengkel. Sket-sket rasa jengkel, sket-sket timbul pemikiran negatif. Dan kalau ada benda yang dia rasa boleh attack, peluang takkan dilepaskan. Asal boleh je, mesti dia rasa suatu kepuasan.

Antara komentar dari anonymous yang Anna pernah dapat:


1. Dari entri
"Kamarku"

Tanpa Nama berkata...

bloody show off.

2. Dari entri
"Rogayah, maafkan aku"

lara berkata...

sue anna joe. kau sebenarnya yang cemburu. kau dah kawin duduk diam-diam la. tak boleh tgk org lebih. kesian.

3. Dari entri"Inilah muka MySpaceku. Entri khas untuk gadis hot"

Jot berkata...

FUCK SUE ANNA JOE.

4. Dan yang latest dari entri sebelum ini
"Rancangan radio kami: Budu & Belacan Podcast 001"

Tanpa Nama berkata...

Crap...........

Ada gak yang bernama, tapi tak ada link atau email mereka. Kalau ada link pon, ke site mana-mana tah. Hmm, tapi ada jugak komen yang best dari Tanpa Nama, atau yang bernama tanpa link. Yang tu takdalah nak dikata sangat, sebab dah sesuatu yang dah baik, cuma lebih prefer kalau ditinggalkan link atau email. Nak jugak tahu sapa, boleh gak jenguk-jenguk blog mereka balik kan.

Ada juga komen yang constructive. Dia sebut apa yang dia rasa tak best, tapi then dia bagilah pendapat or nasihat. Which is good dan boleh diterima. Cuma yang tak tahan, komen yang totally destructive destructo terminator nah mampuslah ko ngan komen aku yang super negatif ini dan komen aku terlalulah negatif sampaikan ko tak boleh tahu identiti aku sebab aku ni berani kerana benar, hah hamik kau!!

Hehe. Apa-apapun, pada mereka yang gemar sangat mengulas tanpa nama, lagi-lagi komen yang nak 'mengutuk' tu. Hentikanlah weh. Ingatke bulan puasa ni takdalakan, tengok-tengoka da gak. Waduh sih. Yang lagi tak bley blah tu, dahla Anna tulis disclaimer, jangan buh komen cenggitu, tapi ada jugak manusia yang bijak dan hebat yang buat gak. Sikap kononnya cool, macho, peduli hapa aku tulis je apa aku mau kat blog orang.

Ada je benda yang orang lain tulis ke buat ke, Anna pun tak brapa setuju or suka. Tapi Anna maleh la nak komen or nak kata apa. Yelah, takkan semua benda yang kita buat orang akan suka. We can't expect to please everyone. Dan Anna tak expect apa saja yang Anna buat akan disukai orang, sebenarnya agak creepy jugak macam tu. Cuma, kalau tak suka tu, cakaplah bebaik sket, and tak payahla anonymous okay?

Be yourself. Kalau hati kamu baik, kamu tak perlu baling batu sorok tangan.

{ANNA}

20080906

Unit Militia di Iraq perlukan pertolongan

From: Sgt. Jarvis Reeves

I NEED YOUR ASSISTANCE TO TRANSFER ($50,000,000 Into your country)
I am in the Engineering military unit in Iraq,we have about $50,000,000USD.
Kindly contact me via my private Email:(sgtreeves@live.com)

Regards, Sgt.
Jarvis Reeves.
Amboi amboi Jarvis, mentang-mentang aku selalu menang lottery, seperti:
Irish Lottery News Center
Ref: UK/9420X2/68
Batch: 074/05/ZY369

Dear Winner

This is to inform you that you have been selected for a cash prize of £750,000.00(GBP) in cash credited to file KTU/9023118308/03 held on this month March 2008.The selection process was carried out through random selection in our computerized email selection system(ess)
from a database of over 250,000 email addresses drawn from which you were selected.The Irish National Lottery is approved by the Uk Gaming Board. In other to claim your won Amount £750,000.00(GBP) prize from the lottery

_______________

Camelot Notification Desk
Dear Lucky Winner,
The United Kingdom National Lottery wishes to inform you that your mail account was picked in a Email ballot,as a winner of a lump sum pay out of £891,934.00 pounds sterlings in cash credited to file REF NO:UKL/74-A0802742008.
Weh sarjan! Kau ingat aku sesenang nak bagi duit lottery sebanyak RM 4, 595, 481.12 kat hang? Amboi-amboi, banyak hensem muka hang!! Aku dahla tak menyokong kewujudan tentera lahanat korang tu di sana, pastu senang-senang ko mintak duit ngan aku. Eee, tak tau malu.

Lagipun, ko mintak banyak sangat, mengikut pengiraan kalkulator di sektor Accessories komputer aku, still tak cukup RM 129,105,523.54. Sori naik lori lah Sarjan.

.........

....................

Eh, chop!!! I baca balik email you Vis, I panggil you Vis takpa kan?
You kata nak TRANSFER MASUK duit?

Ohhhhhh.

Kalau macam tu Vis, hmm hensem jugak nama you ni ye, mesti tuannya pon hensem gak kan?

Okaylah.. I sedia untuk membantu you. Sir, yes sir!!

20080902

Adakah anda bayi atau beruk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...