AMARAN: Entri ini akan membongkarkan sedikit keburukan Anna, bukan untuk mengaibkan diri, dan jauh sama sekali untuk dipandang serong oleh anda di luar sana. Ini hanya kisah hidup Anna. Please do not judge me, kerana kamu itu juga manusia yang tidak sempurna.Tak lama lagi, dah nak puasa. So adalah sebaiknya Anna mengurangkan unsur-unsur lucah dalam blog Anna ni. Alah mana ada lucah mana sangat pon. Ini pun masih di tahap terkawal. Dan bukan sengaja nak melucah untuk menarik perhatian, tapi ia sudah semulajadi. Tapi secara jujur, Anna rasalah kan, antara yang paling lawak adalah dirty jokes. Masa bebudak dulu, bukan main sonok kalau dengar dan dapat perdengarkan lawak lucah ye dok? Tipulah korang kalau kamu katakan tidak.
Percaya atau tidak, Anna sebenarnya suka sangat mendengar debat-debat agama, lebih lagi yang berkaitan dengan yang mendebatkan kesahihan Islam contohnya dari Ahmed Deedat (arwah). Anna sebenarnya, dan obviously bukanlah seorang yang pious, tetapi Anna seorang yang sentiasa ingin mengetahui kebenaran dan kebaikan sesuatu apa yang dilakukan dan disarankah di dalam agama kita.
Anna seorang yang optimistik, sentiasa percaya bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah, ada kebaikannya. Sebab bagi Anna, kalaulah Anna tidak melihat kehidupan dengan cara sebegitu, Anna akan sentiasa kecewa.
Ni, Anna nak sentuh soal berhijab/bertudung ni. Sebenarnya, Anna dah lama pakai tudung. Hmm taklah lama sangat, tapi sejak 1997, anna berumur 16 tahun. Masa tu masuk MRSM Muar, memang wajib bertudung, tapi sebelum tu Anna memang dah pasang niat nak pakai.
So anyways, selepas habis sekolah, masih maintain, then bila masuk uni, dia skejap ada, skejap takda. Tapi walaupun takda, cara pemakaian Anna tetap sama, kira yang atas tu terbang la. Tapi baju, pemakaian tetap maintain. Berani Anna katakan, ini adalah fenomena yang tidak asing lagi. Tapi malaslah nak cerita hal orang lain. Ini cerita Anna.
Yang Anna on off ni, sebab rasa cam tak sesuai bila lepak keluar overnight. Anna bukan jenis clubbing, tapi yelah, duk lepak kat Uptown (sebelum dipindahkan), lepak kat mamak selepas pukul 12 tengah malam, macam agak aneh untuk bertudung, macam tak kena dengan imej yang dibawa. In fact, Anna pernah pierce dekat bawah bibir-atas dagu, stud yang spikey plak tu, tapi pakai tudung. Dan Anna terdengar orang berkata "pakai tudung, tapi pierce" oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Dan tidak asing lagi kata-kata "Alah pakai je tudung, tapi perangai.. dot dot dot". Dan kita juga biasa dengan orang yang berpakaian yang mendedah, tetapi perangai dan attitudenya jauh lebih baik dari yang bertudung. Ramai juga yang Anna kenal, yang tak bertudunglah yang betul-betul menjaga solat, boleh katakan tak pernah miss.
Tapi, siapakah kita untuk menilai? Tetapi ada betulnya, menutup aurat, bukanlah menutup aurat semata-mata, tapi juga untuk memelihara perilaku. Mesti timbul suatu keseganan kan, dan antara itulah sebab tudung Anna kejap ada kejap takda.
Anna dulu rajin pergi gig, di mana laki dan perempuan akan berhimpit-himpit, dipenuhi asap rokok, dan arak. Hmm. Agak tak kena. Tapi sekarang dah biasa. Kita semua sudah open minded dan liberal. Anna juga tidak prejudis terhadap mereka yang minum. Anna tahu mereka tahu, so tak perlu nak diulas dengan lebih lanjut. Dan di antara mereka, ada juga yang menjadi kawan. Dan mereka juga baik, tetapi, seperti aku, mereka tidak sempurna.
Lebih lagi yang menjadi dilema bagi Anna, sejak Anna berkecimpung dalam dunia 'self-portraits'. Antara sebab Anna mengambil self-portraits ni, satu, Anna ni jarang keluar, jadi bosan kat umah, amik lah gambar. Dua, takda orang lain nak model kat rumah, jadik gunalah diri sendiri. Tiga, seperti yang sering didengar art itu adalah saluran untuk self-expression, jadi adalah sesuai menggunakan diri sendiri untuk mengekspresikan emosi kita. Kita sendiri tahu apa yang kita mahukan. Nak direct orang lain, takut tak sampai.
Dan, bagi mereka yang sudah melihat hasil kerja Anna, terdapat juga gambar-gambar yang agak daring, seksi, dan menampakkan kulit. Tapi, Anna bukan berniat untuk menonjolkan keseksian, sebenarnya tak terperasan pon, cuma sejak kebelakangan ni, bila dah tua dan matang baru tersedar sket. Masa itu Anna hanya pikirkan, 'art' seperti nudity is art, bentuk tubuh manusia, lebih-lebih lagi the female form adalah seni semulajadi. Tapi takdalah Anna menunjukkan secara direct dan mengangkang di depan kamera tanpa sehelai benang. Cuma, boleh dikatakan agak daring dan menonjol bagi seorang Muslimah, dan gadis yang kononnya bertudung. Jadi kerana khuatir, Anna pon off la tudung, sebab tidak mahu orang berkata, 'pergh pakai je tudung, tapi gambar-gambar seksi nak mampus'. Terlalu rumit, dan dahla aku berdosa, tak pasal-pasal orang yang duk mengata tu berdosa gak. Hehe.
Anna sebenarnya masih dalam proses untuk membuang gambar-gambar Anna yang terlebih sepsi tu. Dan sebenarnya, Anna secara mendadak sudah kurang mengambil self-portrait. Kerana rasa bersalah, bersalah dengan Tuhan, agama, ibu bapa, dan diri sendiri. Dan sebenarnya tersangatlah sukar bagi Anna untuk membuangnya secara 100%. Mungkin impossible.
Dulu, Anna siap mengata (dalam diamlah) bebudak perempuan yang meletakkan gambar di yang bertudung pastu gambar yang tak bertudung skali, dalam myspace mereka. Cam, what's the point buat macam tu kan? Gila hipokrit aku ni. Dan sekarang Anna paham kenapa, kita semua berkehendak. Ini semua dugaan dan cubaan. Bagi sesetengah golongan, janganlan begitu mudah mengatakan "dah agama suruh, tutup je lah aurat". Ia tidak semudah itu. Percayalah.
Yang penting, kita jujur, dan kita sentiasa cuba untuk perbaiki diri.
Sekarang ni, Anna lebih kerap memakai tudung. Boleh katakan, sejak kahwin ni, tidak pernah tidak memakai tudung bila keluar. Cuma dalam gambar atau video Anna masih tidak memakainya.
Mungkin ada juga yang akan berpendapat, "kalau nak pakai tudung, pakai la betul-betul, macam tu baik takyah". Seperti juga perempuan yang memakai baju sendat, selempang tudung memperlihatkan dada.
Anna tak paham. Kenapakah kita perlu berpikiran sebegitu? Kalau macam tu, baik je makan babi, baik takyah sembahyang, kan? Macam juga mereka yang minum arak, ada pulak yang akan kata, macam tu apesal tak makan babi? Adoi apalah punya mentaliti.
Kalau macam tu, sampai bila kita boleh perbaiki diri? Masalahnya, diri sendiri pon berpikiran sebegitu, bak kata pepatah 'alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Kira pemikiran cam, alang-alang dah jahat tu, apa guna aku sembahyang? Apa guna aku nak tutup aurat? Haha, memang tak patut.
Dan berapa ramai antara kita, terutamanya yang muda ni, yang jaga solat? Sekarang dahla events, and gigs bersepah-sepah. Tak kira waktu solat pon. Brapa ramai yang akan singgah di musolla masuknya waktu? Alah takyah event ngan gig pon, kat shopping mall tu, brapa ramai yang pergi solat? Ada tu ada, tapi pasti lebih ramai yang tidak.
Bebaru ni, Anna ada jumpa satu website di mana terdapatnya gambar-gambar dan video-video gadis bertudung dari seluruh pelusuk dunia yang sedang melakukan aktiviti seksual, atau menayangkan badannya yang telanjang bogel, SAMBIL BERTUDUNG!!
Hmmm, ntahla. Mungkin benda yang macamnilah yang buat kita celupar untuk kata 'baik takyah'. And stuff la "kot ye pon bukaklah tudung". Sigh. Tak terkata. Tak tau nak komen apa.
Anna nak masuk syurga. Siapa tanak? Anna pernah menangis melihat Lord of The Rings dan Silent Hill, di mana ada scene gaung yang dalam, dan ada monster yang berapi yang menyambar si pakcik tua putih masuk gaung tu, dan ada beberapa babak dalam Silent Hill, berapi-api dengan creatures that rip people and shred them into pieces. Menangis, kerana kalaulah di dunia dah dapat nak digambarkan situasi yang terlalu mengerikan macam tu, apatah lagi di akhirat dan neraka kelak?
Tapi sekejap je 'insaf'. Pastu solat pon masih dilengah-lengahkan. Quran pun jarang nak baca. Cakap je lebih tapi tak buat.
Brapa ramai di antara kita yang membaca Yassin di malam Jumaat? Anna cukup tensen bila ada band yang best perform on Thursday nites di Laundry Bar. Sebab Anna tak boleh nak pergi, sebab ada rasa serba-salah, tak semestinya Anna membaca Yassin pada malam tu, tapi tahla rasa cam tak sedap hati untuk pergi berhibur di malam Jumaat.
Kenapa kita terlalu mengambil remeh tentang alam barzakh, akhirat, neraka dan syurga? Mungkin sebab kita tak nampak. Dan kita terlalu taksub dengan keduniaan. Kerana dunia itu sememangnya syok. Lagi-lagi sekarang ni, terlalu banyak benda yang best untuk di buat.
Tapi kenapa kita tak boleh menjadikan sembahyang ketika masuk waktu itu syok? Sembahyang berjemaah dan mendengar ceramah sesyok kita pergi gig atau art events dan lepak secara berjemaah ngan member. Kenapa lepak kat mamak lagi syok?
Ya Allah, terlalu banyak dugaan. Berikanlah aku hidayah, dan pedoman dan ke jalan yang benar, aku dan juga sekalian ummat dan mereka yang membaca blogku ini.
Sebenarnya tak salah je kita pergi benda-benda tu suma, berhibur. Ke salah? Tahla, tapi yang pasti, kita melebihkan hiburan dari keagamaan, benda yang wajib. Dahla banyak kita abaikan, pastu tambah dosak lagik. Macamanak? Oh tidak.
Apa-apapun kengkawan. Yang penting, kita sentiasa berusaha untuk perbaiki diri, sentiasa berdoa pada Allah untuk membuka dan mencerahkan pintu hati dan rajin-rajinkan bersolat, tak kisahlah korang tu jenis minum arak bertong ke, bergiat dalam aktiviti sosial melampau ke, menayangkan lurah di dada, atau betis dan peha yang gebu pun. Sejahat-jahat mana kita pun. Sebanyak dosa mana kita pun, Allah tu Maha penyayang, Maha mengasihi, dan Maha mengampun. Jangalah lupa pada Allah dan paling penting, jangan sampai Allah lupakan kita.
{ANNA}













