Pada hari Sabtu, saya dan tunang saya pergi ke Kuala Lumpur untuk menguruskan hal kad jemputan kahwin. Setelah kami menguruskan hal kad jemputan di Jalan Pudu, kami bergegas ke Maju Junction untuk menempah beg kertas pula.
Kerana agak bosan menunggu giliran dilepaskan di lampu trafik, saya pon mengambillah gambar kaki saya yang ditebarkan di atas dashboard kereta. Memang tidak sopan rupanya seorang gadis menebarkan kaki di atas dashboard. Tapi kerana bosan dan berniat untuk mengambil gambar, saya teruskan hajat saya itu.

Dan inilah hasilnya, pada jam 1:40.
GAMBAR-GAMBAR DI AMBIL MENGGUNAKAN CANON EOS 350D

Wow, setelah 10 minit, kamu sampai ke Maju Junction. Si tunang mengatakan "Aaaaaaaai" di saat gambar ini disnap di tempat mengambil tiket parking.
Ini pula disnap ketika mendaki parking lot yang berputar-putar. Kelihatan tangga kecemasan di bangunan sebelah yang agak menarik. Peluang tidak boleh dilepaskan.
Kami pun parking, dan menuju masuk ke Maju Junction lalu menuju ke kedai membuat beg kertas. Dalam bangunan tak boleh ambik gambar. Sekian, terima kasih. {ANNA}