20080206

PENYERTAAN UNTUK MGMP #2 SUDAH DITUTUP

Merujuk perkara di atas, penyertaan untuk MGMP #2 sudah DITUTUP. Harap maklum.

Penyertaan yang telah diterima akan dimuat naikkan (upload) selewat-lewatnya hari Jumaat, 8hb Februari 2008. Kerana kak Anna baik hati, penyertaan yang ke-11 oleh Kak Indy diterima masuk. Lain kali, tak boleh. Jangan nak ngengada. Berikut adalah nama para peserta MGMP #2 menurut susunan kronologi. Nama yg berwarna hijau, masih belum dipamerkan hasil lukisan mereka:

1. fitri34
2. tootee
3. masauoo
4. hafizah
5. nabiel
6. nurizzaty
7. fynn
8. seorang orang
9. hanis
10. sabrina
11. indy

Kak Anna mintak maaf ye adik-adik kerana kelewatan ini. Kerana kak Anna tengah leka bermain permainan PC bernama Fables - The Lost Chapter. Tengah kecewa kerana masih tidak dapat mengalahkan si bangsat bernama Twin Blade. ~Anna

20080201

MGMP # 2: Rumah Saya.

Hai adik-adik. Kita kembali dengan "Mari Guna Microsoft Paint (MGMP)" yang ke-2!! MGMP #1 yang dulu adalah self-portrait, tema kali ini pula ialah "Rumah Saya" Bagi mereka yang belum menyertai MGMP sebelum ini, silalah membaca dan melihat penyertaan MGMP #1: SELF-PORTRAIT (klik di sini) untuk menjadi contoh pada adik-adik.

Ya, seperti dahulu, segala lukisan harus dibuat 100% menggunakan Microsoft Paint. Adobe Photoshop, Painter, Illustrator dan sebagainya adalah dilarang sama sekali. Ingat, Microsoft Paint ye adik-adik. Ok, seperti biasa, hantarkan penyertaan adik-adik pada e-mel kak Anna di bududanbelacan@gmail.com dengan tajuk e-mel MGMP#2: Rumah Saya.

Kak Anna, hanya menerima 10 penyertaan pertama. Ok adik-adik apa ditungggu lagi? Bukalah Microsoft Paint dan mulalah melukis rumah anda!

__________

Dan yang ini adalah lukisan yang kak Anna buat. Inilah, rumah saya! (klik pada gambar untuk membesarkannya). Oh dan pastikan anda menulis nama anda sekali ya!! Bolehlah tau siapa punya yang paling hebat. Okay adik-adik, selamat menggunakan Microsoft Paint!

__________

Ya, entri #1 datang dari adik Fitri34. Wow, rumahnya sungguh merah jambu panas (hot pink), tingkap sebelah terbuka, bagus biar masuk udara segar ke dalam rumah adik. Rumahnya macam akak, di tepi jalan. Siapa lagi rumahnya di tepi jalan? Rumah kak Anna pon ada pohon kelapa, tapi kat belakang rumah. Yang paling kak Anna suka adalah di samping sang suria dan awan, adalah piring satelit Astro di bumbungnya. Agaknya, adik ni suka tengok cerita apa kat Astro? Satelit Astro tu, detail yang sungguh detelitikan. Hebat. Terima kasih adik Fitri34!!


__________

Ya adik-adik. Entri ke #2. Dari kak Tootee. Waduh, kaget gue. Rumah jiran pon masuk tu. Siap pintu pagar kat pintu umah tu terbukak, pintu pagar pon terbuka. Bahaya tu kak Tootee oi, kena kunci, skarang ni ramai orang jahat tau. Adik-adik, ingat pastikan pintu rumah sentiasa kunci. Jangan contohi kak Tootee ni. Tapi contohilah lukisannya yang sungguh teliti dan indah. Ada kerusi, ada bakul, macam-macam ada. Yang paling menarik sekali ialah kucingnya Bubu. Kalau adik-adik nak tahu, Bubu ni buta tau. Tapi dengan penjagaan rapi dan kasih sayang dari kak Tootee, Bubu sekarang kucing yang terlalu gemuk macam Garfield. Sayangilah kucing anda sepertimana kak Totee menyayangi kucingnya. Terima kasih kak Tootee yang tak tutup pagar rumahnya tapi sayangkan kucingnya itu. Saya sangat sukakan hasil Microsoft Paint anda.

__________

Yaw. Setelah lebih seminggu sket, baru kak Anna ada masa nak muat naikkan penyertaan MGMP #2 yang lain. Terima kasih di atas kesabaran anda. Baiklah, entri yang seterusnya adalah dari adik Masauoo. Wau, tersangatlah gah rumah banglo setingkat berwarna merah jambu muda. Tersergam indah berlatarbelakangkan awan, dan berpohon di kiri dan kanan juga, ada juga burung-burung yang berterbangan bebas di langit biru. Oh indahnya alam. Lukisan si masauoo ni, yang kak Anna plaing suka adalah detail pada garisan di bumbung dan tingkapnya. Boleh katakan, agak semetri. Siap berperspektif garisan di bumbung itu. Mesti selalu dapat A+ masa pendidikan seni masa di sekolah dulu. Terima kasih juga pada anda. Usaha yang harus dibanggakan dik Masauoo!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...