20081212

Aku sebagai orang berkulit tidak cerah.

Sebenarnya Anna dah lama nak bangkitkan isu ni. Tapi bagi Anna sesuatu yang agak personal. dan sensitif. In fact, Anna pernah beberapa semester yang lepas, menjadikkan isu ini sebagai thesis aku untuk subject Sociology & Design, "Fair is Unfair", siap bukak blog lagi. Tapi sebab aku seperti biasa, setiap semester hangat-hangat tahi ayam, aku pon tidak meneruskannya.

Setelah membaca entri dari Magenta dan Noe, Anna rasa lebih selesa untuk membincangkan hal ini.

Anna dulu-dulu impikan mempunyai kulit yang lebih cerah, putih. Anna bukan tidak bersyukur, tapi disebabkan bila Anna melihat kawan-kawan Anna yang digilai oleh kaum bukan sejenis Anna, kaum yang berkulit cerah ini lebih popular di alam persekolahan, kaum yang lebih cerah ini mendapat lebih perhatian, kawan Anna yang lebih cerah ini mendapat lelaki yang Anna sendiri admire, bertambah lagi kehendak Anna untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Young and stupid.

Tahap Anna hendakkan kulit putih ni, sampai Anna pernah berpendapat bahawa, bila melihat orang yang berkulit putih ni, Anna rasa "Alah, dia putih je lawa, cuba kalau kulit gelap, mesti tak cantik". Padehal, ia adalah kerana nak menyedapkan hati sendiri dan iri hati semata-mata.

Dan sekarang ini pun, melihat kelima-lima anak buah Anna berkulit cerah, Anna semakin takut, nanti anak aku esok-esok berkulit gelap dan tak seputih anak-anak abang.

Bagi Anna, secara fizikal dan visualnya, putih memang lebih nampak cerah dan cantik, sama seperti model yang tinggi lampai, model yang pendek tak boleh, sebab tak berapa cantik bila dipakaikan baju berbanding dengan yang tinggi. Sama seperti arnab yang putih, kucing yang putih, nampak lebih comel dari yang hitam.

Anna melihat satu episod rancangan Tyra Banks punya talk show, di mana dia mengusulkan isu warna kulit. Rata-rata penontonnya semua berkulit hitam. Yang menariknya, hal ini sering digembar-gemburkan dalam masyarakat kulit hitam itu sendiri.

Siap Tyra mengambil dalam 5-9 perempuan dan lelaki kulit hitam yang berlainan tona kulitnya, dari yang hitam sehitam-hitamnya, hinggalah ke yang putih seputih-putihnya, tapi semua bangsa African American. Kemudian, ada sepasang adik beradik ni yang sangat berbeza warna kulit mereka, satu gelap dan satu cerah, dan adiknya ni dari dulu lagi rasa inferior bila melihat kakaknya sentiasa mendapat perhatian dan pujian, dan senang-senang dapat kerja berbanding dengan dia.

Jadi memang benar hal warna kulit ini menjadi perdebatan dari dulu lagi. Dan lebih dilaungkan oleh mereka yang berkulit gelap.

Tapi, jika dilihat, kerabat, Tengku segala di Malaysia ini pun, Anna rasa kebanyakkannya berkulit cerah. Setakat ini Anna belum pernah ada kawan yang Tengku yang berkulit gelap. Lagi-lagi yang perempuan. Rasanya dari dulu, moyang moyangnya pon dah memilih untuk berkahwin dengan orang yang berkulit putih sebab kelihatan lebih cantik. Mungkin.

Kemudian, bila ada rakan yang berkulit gelap, hitam pekat, mereka akan diberi gelaran. Ada satu tu, dipanggil "Black Magic Woman" atau singkatannya "BMW". Haih kejam. Kawan Anna ni memang ada attitude sikit, tapi Anna rasa sebabkan sedikit sebanyak dibentuk oleh orang disekelilingnya dari kecil lagi (kerana kulit yang gelap) yang membuatkan dia mempunyai attitude. Kesan layanan yang diterimanya.


Anna rasa ramai yang ada menyebut tentang kulit gelap Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura? Anna pernah saja mendengar ayat seperti "Dayang Nurfaizah tu hitam gila okay". Haih, tak sudah sudah.

Anna juga menjadi mangsa kepada produk mencerahkan kulit, Anna pernah cuba yang murah seperti Fair & Lovely, yang mid-range seperti Loreal, dan juga yang mahal seperti Christian Dior, Biotherm, Estee Lauder dan sebagainya. Tak jadik pon. Kalau cerah pon, sikit dan sekejap. Anna rasa merosakkan dan memakan kulit Anna lagilah. Tapi akhirnya, dah semakin tua, Anna dah mula menerima diri Anna seadanya, Anna dah mula rasa konfiden dan rasa diri itu cukup cantik walaupun kulit tak secerah Sofea Jane.

Dan Anna teringat member Anna ketika Anna belajar di Bangi, ada satu produk yang Anna lupa jenamanya, yang bila dipakai kesannya, muka akan lebih cerah dan licin, cun melecunlah. Tapi nak melecun tu kena melecur dulu. Produk ni ekstrem, sehinggakan kulit akan merah dan menggelupas seperti melepuh kena air panas, dan juga pedih pulak tu. Tapi orang sanggup pakai! Segila Anna, Anna tak segila tu kot. Ahaks.

Walaubagaiamanapun, kena jugak jaga kulit ni, lagi-lagi perempuan, lagi-lagi dah bersuami. Cuci muka, tone, mousturize, yada yada. Jangan muka nampak kusam, berminyak sangat atau kering sangat. Nampak terjagalah kiranya.

Dan juga, tak semua orang dikurniakan kulit muka yang senang diurus, Anna ada kawan yang tak payah buat apa pon, takyah cuci pon takpa kulit muka lawa je, ada pulak yang cuci dan jaga macam macam pon jerawat sana sini. Jadi kalau kita terlalu obses dengan kecantikan fizikal, sampai bila kita tak akan puas hati.

Bagi Anna, kecantikan diri datang dari diri sendiri. Sayang diri sendiri, baru orang boleh sayang kita. Dan bila ada orang yang sayang kita, kita akan rasa seperti orang yang tercantik sekali di dunia. Biarpun hitam seperti kepekatan malam. Bak kata-kata femes dari Perillys, "Hitam itu..Gaya, Mutu, Keunggulan..” seperti Lamborghini ini:

Masih tak percaya? Lihat saja David Hasselhoff dan Batman:

Jadi kawan-kawan yang rasa hitam itu tidak menawan, ingatlah pada Perillys, Lambhorghini, David Hasselhoff dan Batman. Alang-alang tu, marilah kita melayan intro Knight Rider di dalam video YouTube ini:


{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails