20081105

Tuala Kegemaranku

Bukan tuala tangan, bukan tuala badan, bukan tuala muka, bukan tuala lap kaki, bukan tuala lap pinggan basah, tetapi, tuala wanita Kotex®!! *bersorak kegembiraan*

Serius weh, takda tuala wanita aku rasa hidup sebagai seorang perempuan yang didatangi bulan memang akan huru hara. Agaknya, zaman purba dulu cemana weh, daun? Kulit binatang? Euw. Teringat plak beruk. Korang tau tak yang orang utan betina dan chimpanzee juga mengalami menstruasi seperti wanita? Tapi rasanya takdalah sebijik cam kita ni, Cuma ada sedikit pendarahan. Sebab tu aku pon pernah ternampak bontot beruk yang cam berdarah sket masa tengok Animal Planet. Hmm, tetiba aku rasa pelik apesal aku duk usha bontot beruk la kan. Sungguh jijik. Ah tulah, sapa suh tak pakai seluar dalam.

Aku bersyukur sebab, aku time menstruasi takda kena senggugut, Cuma aku akan rasa sedikit lenguh di peha sebelah kanan atau kiri aku, then perut rasa lah tak berapa selasa sket, dan agak letih. Makan panadol, tidur, pastu okaylah. Kalau sedikit kronik, mintak tolong bibik Anah Sadol kesayangan aku untuk urut sket kaki.

Rasa nak marah tu ada sket lah, tapi lebih kepada merajuk dan cepat terasa. Tapi masih dapat dikawal, dan kalau aku teringat jadual menstruasi aku, atau laki aku yang ingat, pasti akan berkata “Awak ni mesti nak period”. Terus aku dah tak rasa emo-emo dah. Haha. Tah pa per. Tapi kesian doh, tengok perempuan yang stok senggugut maut tu. Bak kata Hanis Zalikha, rasa macam kena cubit, sampai terkoyak isi, pastu perah limau kat atas tu. Aiyayayyayai.

Hmm, berbalik pada Kotex® ni, aku memang suka itu jenama. Satu, harga dia murah. Dan material dia memang lembut dan selesa. Satu lagi, kita sebagai Muslim di ajar untuk menjaga kebersihan, lagi lagi masa dating bulan, jadi disarankan untuk mencucikannya, sebab takut darah kotor kita tu dicampak ke mana-mana saja. Nanti ada plak, menatang atau ‘makhluk’ alam lain yang tertarik, tapi rasanya ia lebih pada kebersihanlah, yang menatang tu superstition je kot. Entahlah sejauh mana nak percaya, tapi untuk keselamatan dan kebersihan terutamanya seeloknya dibersihkan dululahh.

Yang tak tahan masa di sekolah dulu, atau kat tandas awam, yang stok tinggal pad kat merata tempat, campak macam tu je, dahla tak tutup kemas-kemas. Maafkan aku menceritakan perihal jijik ni, tapi ini kenyataan. Aku gerenti perempuan-perempuan macam nilah esok-esok akan mencampak diaper anak diorang kat mana-mana saja. Haihh.

Tuala wanita yang bagus dapat menyelamtkan hari kita. Lagi-lagi nak keluar, bocorlah apa lah, leceh. Malu tu pasti. Dan orang pon Nampak kita ni cam pengotor. Jadi gunakanlah Kotex®, kerana ia hebat! Pastu sebab dia pon cam selesa, kita pon konfiden je nak Jalan memana.

Hah, bagi yang kurang konfiden tu, korang boleh belajar untuk mengofidenkan diri dengan me-MAKEOVERkan diri anda. Aku cukup suka makeover-makeover ni. Benda ni namanya Kem Kotex® 2008!! Buat plak tu kat Club Med Cherating Beach. Waduh waduh, sungguh menyeronokkan deh. Siap ada beach party lagi, bersama selebriti lagi, seperti Ahli Fiqir daaaaaan jeng jeng jeng Angkasawan Negara kita Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang hensem itu. Dia dulu belajar satu MRSM ngan aku, MRSM Muar tu. Tapi dia 10 tahun sebelum akulah. Ahahaha.

Korang pergi jelah kat sini untuk details cemana nak masuk sini. Tapi benda ni eksklusif, hanya 50 gadis saja yang akan terpilih. Haaaa, jadi, korang tulislah karangan pendek tidak melebihi 150 patah perkataan pasal apa yang korang rasa korang nak perbaiki ngan diri sendiri untuk capai impian korang. Hah, dan mana tau, rezeki korang akan terpilih. Pergh. Kalau ada antara kamu yang terpilih, jangan lupa bawak aku balik pasir dan air laut dalam botol kaca okay. Umang-umang ke. Sangat comel umang-umang. {ANNA}

PSST Dua entri berlapik nieh, kalau belum baca entri sebelum ni.
Silalah baca sekarang, entri "Nota sayang untuk awak #001".
[ AMARAN ] Sesuai untuk mereka yang jiwang sahaja.


25 comments:

Doly John berkata...

Yes, paling xsuka kalau pergi public toilet pastu terpandang sanitary bin yang dah nak muntah dan ada pad yang tidak dicuci bersih..eeeyuuuwww...

Memang sah pengotor orang itu..

Btw,umang-umang memang sangat comel..(sheissh..macam penah nampak je)*senyum sipu*

dina berkata...

aku juga sukakan tuala itu... (macam iklan pulak)

Weed and Bandages berkata...

yeah betul..
agak lama juga tak jenguk2 ke sini. agak bz. anyway, Kotex memang baguih.

satu lagi, Panty Liner Carefree Super Dry Breathable memang best pakai. pernah cuba?

Sue Anna Joe berkata...

Doly John:

I know, gila disgusting kan? Ugh. Ayat bitichy "Muka cun, tapi pengotor gila minah tu" Hehehe.

Yeah umang-umang is cute. Selalu bawak balik. Tapi lepas sehari dua, mati. =\ Nak bela, tapi cam tak sempat nak refill air masin yang baru. Kena beli chemical dia kot. Tahla. Haih, kejamnya.

dina:

Best, murah dan best. Tak merepek.

Weed and Bandages:

Yeah, saya selalu tertunggu komentar darimu. I nak wat tau that sticker blog for you, tapi mood tak sampai lagi. Hehe.

Nope, I'll definitely give it a try.

HANA bUdaK cEkElAt berkata...

kak anna, hanya yang berumur 18-21 tahun saja layak join, so tak dapat la saya bawak balik umang2 sebubu utk akak. lagipun, tarikh tutupnya 31 oktober.. T_T

Sue Anna Joe berkata...

HANA bUdaK cEkElAt:

Tulah melepas. Kalau tipu kat IC boleh? Sebab muka I memang lah lepas, ala-ala 16 tahun gitu. Muda sangat la plak kan. Tapi boleh je late entry. Macam tak biasa plak Malaysian style nieh.

Tanpa Nama berkata...

nuffnangnyer iklan ek?

MaNuSiA_RuMiT berkata...

jenama kotex tu memang bagus...

~mademoiselle hana~ berkata...

kotex!ada style lah! ;)

waniee berkata...

heheheh ni paid blog post ke anna? kotex kene kasi commission ni!

i love kotex wings overnite, NOTHING else but that every month!

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman berkata...

sepatutnya aku tak masuk dalam bidang nih.. tapi tersilap tekan pulak butang komen tuh.. alang2 dah masuk aku pon komenlah.. huahuhauhau.. kotex ni slalu gak aku kena paksa ngan sepupu aku suh beli sebab dia malu time kami kecik2 dulu. sepupu aku tu dah besarlah. siap suruh amoi kedai tuh bungkus ngan suratkhabar..hahaha time lalu kat bebudak remaja lelaki kampung, mesti diorang perli aku.. ai, beli apa tuh.. utk kak *&^ (nama sepupu aku) hahahaha

fishballisme berkata...

Kotex® sangat bagus dan memang senang cuci!

Kebetolan pulak 2-3 hari lepas bf saya baru je cerita kenapa Kotex® guna nama Kotex®. Heeee.. :P

Intan berkata...

Mmm.. tarikh tutup dah lepas. :(

Sue Anna Joe berkata...

Tanpa Nama:

Mungkin ya, mungkin tidak. Yang penting, saya memang pemakai Kotex®!!

MaNuSiA_RuMiT:

Setuju.

~mademoiselle hana~:

Wahaha. Macam iklan yang dilakonkan oleh sapa tah minah akademi fantasia tu. Dianya tagline. Forgot who.

waniee:

I yang bayar kotex setiap bulan. Ahaha. Yeah overnight rocks. I siang pon pakai, heavy flow!

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman:

Aku sebenarnya taktau apa yang nak dimalukan sangat. Maybe sebab cam orang besar pakai diapers kot. Wahahha. Bajet boleh kaver sangat la balut surat khabar tu kan. Bentuk petak-petak. Hehehe.

fishballisme:

Eh I sering tertanya gak asal usul nama Kotex® tu? Tapi i selalu terpikir lucah. kotexxxxx. Hahahahha.

Intan:

Hmm, nanti I try to find out, maybe still boleh submit?

yonna bebot =) berkata...

ya,kak anna =)
kotex sangat best dan comfort dan murah.
kalau nk beli whispers.
mati lah.mahal hahaha.
nak pakai buang je pon :p

tu la dulu kt skolah.
org buang merata2 dalam tandas.bodoh tol.
kok ye pon geli,kan ade tong sampah.
harap muka cantek kan :p hahah

err akak tanak join kem kotex tu ke :p

i love me berkata...

a'ah la anna. camne org zaman purba kan?
tp yg i tau, my mom ckp zaman 60's until ada tuala wanita jenama kotex tu die gune kain batik lapik2 bila dtg bulan.
lepastu, lame2 dulu ada kemunculan tuala wanita Sanita (yg dlm kotak kuning tu)
:)

chopstick berkata...

wahh..entry promote nihhh..hehehe..
anyway,aku kakak dan adik satu family memang pakai kotex..slim wing!!=P

benjamin aka pekik lunak berkata...

aku pernah tersalah beli tuala wanita nih untuk isteri aku, manalah aku tahu ada jenis yang ada side wing la..extra wing la..

haish..

hazel berkata...

ya... aku juga pelanggan tetap jenama itu...

:P

Chutra Padi berkata...

Saya pernah baca cerita pasal pelarian perang yang dekat belah2 Apreeka nuh. Diorg ada cerita mcm mana diorg handle bila diorg datang bulan time2 diorg tengah lari berpindah randah..Menarek gak story tuh. Tapi lupa plak baca di mana.

errk, kenyang berkata...

time dating dulu dulu (1997)...
keluar naik bas sama awek...
turun bas baru perasan seluar dia dah red dot...
nasib baik jantan dia ada army jacket...
boleh kaver...
tak pasal itu jantan kena pergi beli pad...
malu pulak masa tu nak tanya awek pasaraya tu which rack...

first tough lesson...

(sekarang dah jadik bini)

atheera.akem berkata...

kotex memberi keselesaan. saya setuju :)

Weed and Bandages berkata...

ya ada. i dah komentar kat blog u tapi i rasa beribu(tipulahkan) komentar bloggers lain menyerang u tentang sticker tu, i rasa u tak perasan kot! hahaha. takpa takpa. mood untuk membuat kadang2 membuak, kadang2 tak horny rasa nak buat. i pun line art. i paham jiwa u ok! hahaha..

(tengah baca nota kesayangan u untuk hubby u sekarang ni, boleh tak baca jam 5 suku pagi!) hahaha.

cabincrew are here not to kiss ur ass berkata...

saya pakai kotex style tanpa sayap.best! :)

Niksu Rashid berkata...

teringat first time period zaman sekolah dulu lepas tu puas la carik pad mane yg sesuai dan yaaa, dari first time period sampai ke tak tahu berapa time period ni tak pernah tukar jenama lain. hidup kotex! yuhuu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan ulasan. Anna