20081108

Mari Belajar Bahasa Inggeris #001: Picking your nose


STOP PICKING YOUR NOSE
by Sue Anna Joe


'Picking your nose' tidaklah bermaksud mengutip hidung anda. Kerana, ia memanglah tidak lojik sama sekali, kecuali hidung kamu seperti Mr Pototo Head yang boleh dicabut hidungnya dan lain-lain anggota badan. Ia juga tidak bermaksud memilih hidung anda, kecuali anda melalui pembedahan plastik untuk memancungkan hidung.

Frasa 'picking your nose' atau variasi yang lain seperti 'picking my nose', 'picking one's nose' dan sebagainya sebenarnya bermaksud, mengorek (taik) hidung iaitu 'booger' dalam bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian, kerana aku memang gemar bermain kata, aku pon bermainlah dengan frasa ini dalam bentuk visual. Aku pon tak ingatlah macam mana idea ni boleh muncul, tapi ia muncul, lalu aku tidak mensia-siakannya dan aku terus mengillustrasikannya dalam Adobe Illustrator.

Aku menggunakan karekter snowman, di mana pada kebiasaan, hidungnya menggunakan sebatang lobak merah. Jadi, perbuatan mengorek hidung ni sebenarnya kurang sopan, dan menjadi kebiasaan untuk ibu atau bapa, memarahi anaknya kerana mengorek hidung di khalayak ramai.

Jadi, Anna menggunakan ibu snowman (sebab tu ada apron) dan anak snowman di dalam suatu situasi di mana hidungnya tercabut lalu dimarahi ibunya ketika dia tunduk untuk mengutip hidungnya. Tak pasal-pasal kena herdik "STOP PICKING YOUR NOSE!!". Ish ish ish, kesian.

Tamatlah kelas hari ini. Sekian.
Mrs. Anna
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails