20080910

Pergi mampos la ko.

Woo. Saja je, title nak menarik perhatian.

Mencarut. Bagi sesetengah orang, perkataan seperti, f**k, s**t, puk***k, pan**t, motherf****r, dan sebagainya dah menjadi sebahagian dari vocabulary harian. Ada pula, yg hanya menggunakan pada masa-masa dan emosi yang tertentu, ada pula yang TERguna dengan secara tidak sengaja.

Anna pun kekadang menggunakan perkataan f**k, untuk meyedapkan ayat seperti "Wow, this looks f***king beautiful" atau "I'm so f***king tired" untuk menggantikan perkataan 'very' yang agak skema dan tak cool.

Tapi dalam banyak-banyak tatabahasa carutan ini, Anna paling tak boleh terima dua, iaitu puk***k dan motherf****r atau ejaan lainnya, maderf***r. PALING PALING TAK BOLEH TERIMA!

Kerana ia melibatkan perkataan yang digelarkan pada orang yang melahirkan, ibu kita. Sedar atau tak sedar, menggunakan carutan tersebut, menunjukkan kita tidak menghormati langsung ibu kita sendiri. Jika anda masih menggunakan, walau pun terguna, hentikanlah. Kot ye pun nak carut, gunalah perkataan lain selain itu.

Masa Anna darjah 6 dulu, kitorang tengah main sorok-sorok barang, member ni laki. Dia sorok pen Anna ke apa tah, then Anna amik lah jam dia sorok jam dia, memang melenting dia tetiba. Anna acah la tanak bagi, terus dia panggil Anna 'ANAK BABI'. Dan secara otomatik, Anna terlalu marah Anna terus tumbuk pipi dia.

Kalau takat dia panggil 'babi', Anna boleh tahan lagi, takat marah je la balik. Tapi kalau dia kata Anna ni anak babi, maksudnya? Ah.. pepahamlah. So kalau masuk bab mak, ibu ibu ni, please janganlah memain dengan sewenang-wenangnya. Jaga sikit mulut korang tu.

Pada kebiasaan, kita mencarut masa tengah memandu kereta, atau tengah mencari parking. Babi lah, sial la, bodoh la, f**klah dan sebagainya. Semua lah keluar, rasa cam best je nak menyumpah. Memang best pon.

Tapi, sebagai orang Islam, lebih baik kita gantikan carutan tersebut dengan doa, agar hati kita tenang di dalam keadaan traffic jam, agar perjalanan kita lancar, dan ketika mencari parking, agar mudah mendapat parking.

Doa yang kawan Anna, Eila dan mak Anna ajar yang bagi Anna sangat mujarab adalah:

"Rabbi yassir wala tu'asir Rabbi tammim bilkhair"

O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord let my affairs end with goodness. (Maksud ni Anna amik dari situs ini, takut tersilap terjemah plak)

Kiranya, kita berdoa pada Allah, untuk dipermudahkan segala urusan, yang susah tu jadikanlah senang, dan biarlah ianya berakhir dengan kebaikan.

Oh, dan doa ini bukan untuk carik parking je, untuk nak amik exam ke, pergi interview ke, or nak approach orang and rasa takut ke, atau nak bagitau sesuatu kat parents tapi takut diorang marah, jumpa boss ke, semualah boleh. Multipurpose doa tu beb!

Sesapa pernah baca atau tengok The Secret yang menceritakan the power of attraction, the power of believing? Apa yg diceritakan dalam tu sememangnya benar. Kalau kita fikir atau mengatakan benda-benda yang negatif seperti mencarut, ia akan menjadi suatu magnet yang menarik lagi unsur-unsur yang negatif, lagiii susah nak carik parking, lagiii jam, lagiiilah kereta kat depan kita buat hal.

Tapi, kalau kita positif, kita berdoa untuk kebaikan, maniskan mulut dengan nama Allah, dan memberi kepercayaan pada kuasanya, insya-Allah kebaikan yang akan datang pada kita. Rasa bawak kereta pon lebih tenang, lebih mudah. Mungkin kalau jam pun, tak terasa, kerena telah diberikan ketenangan dan kesabaran.

So boys and girls, bila di timpa kesusahan, tak kisahla memandu ke, apa apa pun, don't make it worse by swearing. Kerana ia hanya akan menarik lagi unsur yang negatif. Banyak lagi doa-doa yang boleh guna of course, tapi tu antara yang termudah dan mujarab yang Anna guna.

Dan kalau boleh, time melatah or terkejut tu, instead of guna ayat seperti "Eh toot toot mak kau meletup" gantikan lahnya dengan "Ya Allah!", "Astaghfirullah" dan sebagainya. Dan moga-moga kita lebih dekat pada-Nya, dan akan sentiasa mendapat perlindungan-Nya.

{ANNA}

28 comments:

princessanna berkata...

u are rite.. we should always say good things.. sbb tu kita di ajar all the short2 zikir..u know...masya allah, alhamdulillah, la haulawala... bila mulut keluar yg baik2 je, hati pun terikut utk jadi positif..
:)

Chutra Padi berkata...

Ceh..buat saspen gua jek tadik.

Sue Anna Joe berkata...

princessanna:

Yup, that's very teruu.

chutra padi:

Huhu, weh, best plak tetiba tgk user pic awak ni. Hmm, bulan pose p swimming boleh tak?? Kat umah Abang Li jom!! Hahahah.

K.Jah berkata...

betul la. kalau menyupir my mom (my mom don't drive), traffic lancar je, t.lite hijau semedang pastu parking pun senang. tanya dia ada baca apa2 ke? dia kata...tu la, ayat rabbi yassir tu dia mmg amalkan. mmm...kena ubah lepas nih!

Sue Anna Joe berkata...

k.jah:

A'ah, macam my friend Eila tu, mmg dia selalu amalkan. I kalau bawak dia p shopping mall, memang senang sangat dapat parking. Dia kata, dia baca doa tuler. Uhuhuhu.

cik si-ken berkata...

anna,tadi sy klik sana sini,terjumpa pula blog ni.best la baca ni dari pagi,sy baca semua entry sampai keje pun tak siap.ala2 berjangkit penyakit suka menangguh la ni.hihihi..dulu waktu kecik,sy pernah cakap babi2,sambil main2 tu suka2 je kan babi2,pastu mak sy buat marathon kejar saya sambil tangan dia maraut cili2 yg kat pokok tepi rumah..hasilnya mulut ku merah,pedih dan sampai sekarang tak berani nak babi2 lagik..

Sue Anna Joe berkata...

cik si-ken:

Biasalah tu, Anna pon selalu terleka, kerja pon tak tersiap-siap. Ahaha.

Siyes kena cili ke? Ahahhaha. Adooii. Ingat ke cam dalam citer je, tu pun takat ayat je "Ah aku cili mulut ko tu kanggg".

Ghopenya, memang benar berlaku! Saya kagum.

ABE HANAFI berkata...

adapun jika terkeluar mungkin dah terbiasa tapi jika ianya digunakan sebagai perkataan cacian semata-mata ingin menyakiti hati seseorang adalah tidak wajar sama sekali.

dreamer berkata...

::cool2, i love this one!!
::tapi memang ramai pon dah terbiase dengan 'budaya carutan' ni, ape orang zaman skrang kate...emm...uptodate. nampak cool~. geez
::tp tu lah kene shiftkan segala carutan kepada perkataan yg lebih enak dan baik. baru la sopan. Kan rakyat melaysia ni rakyat yang bersopan. peace!!

cik si-ken berkata...

skang ni kalau rasa2 nak tersebut babi..cepat2 la tukar jadi kucing..drp orang nak marah,terus org sayang sebab kucing kan comey.."eh..kucing laaa nkauu.."camgitu.. LOL

Pengejar Masa berkata...

Topik ini agak menarik jugak. Kisah mencarut dan pencarutan sama ada disengajakan atau tidak.
Seperti yang dikatakan oleh dreamer, budaya ni dah jadi biasa. malah dulu orang kata mencarut dalam Bahasa Omputeh tak apa pasal tak terasa, skang mencarut dah jadi amalan harian pulak.
Realitinya: berapa ramai yang lebih rela menjerit "Oh my god!" daripada "Ya Allah"?

Keep it up, sis.

Syah Saliman berkata...

aritu syah ada tertegk movie us ni.tak igt tajuk apa.

dia mencarut s**t dengan shiznit.
sebab ada budak kecik.

well well,we all malaysian ppl kan suka kopie omputeh. humph ! no komen.

haha

Jebon berkata...

Hmm..betul. Bila carutan yang melibatkan ibu, saya tak begitu gemar. Saya pernah memarahi dengan kau kau seorang rakan sekelas ketika 14 tahun sebab dia cakap pu**mak. Lepas tu dia dah tak cakap pu**mak lagi, dia cakap pu**mama pula. Kesimpulannya, budak tu tak cerdik (perkataan bodoh digantikan dengan tak cerdik mungkin hanya untuk bulan ini saja)

flying heart berkata...

saya pun sokong jugak doa pendek tu.. nampak je pendek.. power.. sangat mujarab.. senang nak hafal!


salam ramadhan..

luqman hakim berkata...

setuju :) but bukan doa tu suppose to be ,
"rabbi yassir walla tu assir rabbi attmil bilkhair"

ke ? :)

Sue Anna Joe berkata...

abe hanafi:

Kekadang kita marah sangat mmg terbiasa terkeluar. Tapi dah terkeluar tu, terus lah beristighfar. Huhu. Neutralkan balik.

dreamer:

Yup, mostly kita terikut apa orang buat/kata.

cik si-ken:

Ahaha, yes kucing so tomel. Miaup miaup!

pengejar masa:

Anna pon selalu sebut Oh My God! Ahaks.

syah saliman:

Cam menarek je citer tu. Shiznit. Uhuhuhu! Bunyik cam masakan, Chickin Shiznit.

jebon:

Hahaha. Tukar jadi mama?? Waduh, sunggunh kurang cerdik!

flying heart

Indeed it is.

luqman hakim:

So far yang Anna tahu memang yang tu, from what I've read (beberapa source) it's 'tammim'. Dulu Anna ingat tarmie.

Julia ♫°♪ berkata...

ju tak suka mencarut..
& sangat takut dengar atau duduk dekat org yg melatah. =(
tak tak melatah yg keluar perkataan kotor.
sgt memalukan. grrrrrrr..

Shooke berkata...

Wuuhuu~ the best topic...

mari mari kita berdikir.. eh.. zikir... zikir lebih elok dari mengata buruk/tak senonoh/sumpah

ibu cakap kalau orang caci.. tutup je telinga... pastu buat bodo~

memoirs berkata...

ikut pengalaman, doa tu betul2 menjadi. haha~ serius!! especially tengah trafik jem kalau nak menyelit, nak bagi kete lain sejuk ati nak bagi jalan, pastu bila nak jawab soalan exam, bila da kusut fikiran buntu tak ada jalan penyelesaian. good2! syabas kerana menyebarkan. :D

Chutra Padi berkata...

Gua xpernah try sgt. Gua istiqamah dgn ayat seribu dinar jek. Insyallah.

fishballisme berkata...

Thx Anna sebab bagi ana sedar pasal pu**m** ni. Kadang² tu kalau marah ya amat memang terkeluarlah..

Aduhai~ Banyak lagi kena ubah ni. Haih~

<b>obor obor</b> berkata...

anna, lagi satu klu nk senang cari parking kan.,., anna baca ya razak banyak2 kali.. insyaALLAH..

Aziya berkata...

Anna,

Dah terbiasa sgt org sebut pu**Mak atau M***erf**er nie.. dari zaman sekolah dulu budak2 lelaki terutamanya suka sgt. sebut perkataan nie.. terfikir gak kesian nama "mak" termasuk dalan carutan. Terikut sgt. budaya barat.. isk..isk..

Hahha aku pun mencarut gak... tapi rasanya takde lah termasuk nama "mak".. heheh...

Minta2 lepas nie kita semua kurang mencarut.. Insyallah

bebaskan berkata...

salam, tetamu baru nak mencelah sedikit.. :D

yup, yang betulnya tammim yang bermaksud sempurnakanlah pengakhirannya dengan kebaikan..

apa pun, dalam banyak2 entri, entri ini kemungkinan, sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka yang terlalu biasa menggunakan perkataan yang tidak elok digunakan dalam kehidupan seharian mereka. jangan sampai ia menjadi doa buat kita, itu lebih teruk akibatnya. latihkan diri menggunakan bahasa yang lebih sopan.. saya juga kurang enak mendengar orang menggunakan perkataan "siot,sial,bangang".. :D

selamat menunaikan ibadah puasa di samping suami terchenta.. :)

Marjerin berkata...

saya juga mengunakan 'fucking shit' untuk mengambarkan betapa awesome yer keadaan atau barangan itu.

chac berkata...

anna.
thanks for ayat2 itu.
kne amal nih.
cha pn mcm akan terkeluar gak word fuck tu bile mcm terlampau mara or geram kat seseorg.smpi terlepas kat seorg teman yg punye hati yg lemah lembut.dn terasa hati beberapa hari.
terus mcm lbey berhati2 mengeluarkan kata..


huhu..
tp kalo tersgt mara apa word yg sesuai untuk diganti eh..

Pyantos Kacab berkata...

haha btol la.. mencarot ni kekadang da terbiase.. ia lambang kemarahan dan kekadang dah macam alah bisa tegal biase.. tp watch out, bahase melambangkan bangse..

penanya (?) berkata...

tgk muvi harold and kumar. style gila dorg maki2. idola kot kdg2.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan ulasan. Anna