20080914

Aku rindu kat ex aku.


Nama dia Din. Ni aku shoot masa weekend, kitorang nak gi Melaka, carik barang sket kat Jonker Street. Aku cam terlambat sket, biasalah perempuan nak bersiap. Aku pon saja amik gambar pakai kamera filem aku Nikon FM3a. Saja suka tengok expression dia marah. Comel. Geram aku dibuatnya.

Aku kapel ngan dia tak lama. Aku kenal dia masa aku tengah nak beli aiskrim kat Baskin & Robbins, tetiba dia beratur tepi aku, dia kata "Malaysia is so damn hot, I gotta have my daily dose of ice-cream". Aku gelak-gelak tersipu lah. Aku pun order lah feberet aku, Pralines 'n Cream, dia terdengar, dia kata "Hey that's my favourite!".

Lepas tu, aku gelak lagi tersipu, pastu tanyalah kat dia, "So, what the hell are you doing here in Malaysia of all places in the world?" Konon nak nampak keorang putihan la cara borak. Di sambung lagi dengan soalan tipikal, "So, how are you liking Malaysia so far?" Pastu dia pon kata "Yeah, a bunch friendly people around, kinda like you. Hey wanna have this ice-cream together?"Aku dengan lantasnya cakap, "Yeah sure".

Pastu borak punya borak, memang banyak persamaan kitorang. Dia suka carik hantu, aku plak suka dengar citer hantu. Memang layan lah borak ngan dia. Pastu aku pun cerita lah pasal hantu kat Malaysia ni. Rupanya, dia cakap kat aku, masa memula tu tanak ngaku, dia kata saja lawat, dia kata dia ke sini sebenarnya nak carik pontianak ngan pocong.

So date pertama kitorang gi mencarik hantu, aku ni jenis berani tak berani lah. Skali si Din ni bacalah mandrem, aku sebelum ni tak pernah pulak nampak hantu kan, then aku cam bau sesuatu yang wangi, aku dah gelabah dah. Bula roma aku pon naik. Then dari jauh aku nampak kelibat putih, terus aku pengsan.

Bangun-bangun aku berada di pangkuan Din. Dia pandang mata aku, kata "Anna, are you okay?". Aku hanya mampu tersenyum sambil renung mata dia. Skali dia pun renung mata aku, baik punya. Aku terus cair. Dia pun renung aku lain macam, pastu jeng jeng jeng... malas la nak cerita. Malu. Lagi-lagi bulan puasa ni kan.

Then sejak tu kitorang declare lah. Boleh katakan tiap-tiap hari keluar, dan setiap weekend mesti pergi Baskin & Robbins layan Pralines 'n Cream. So sweet. Sampai orang yang kerja tu pun dah tau kitorang punya order.

Pastu, 5 bulan kemudian. Aku dapat berita sedih. Dia kata adik dia Sam, nama penuh Samsul, panggil dia balik Amerika sebab mak diorang mati terbakar. Dan dengan hati yang berat, kitorang pon break-up. Then tibalah, hari terakhir kat Malaysia sebelum dia fly balik ke Amerika, kitorang layan lah, Pralines 'n Cream bersama untuk kali terakhir bersama. Takleh nak telan siot, aku asik duk nangis, meleleh hingus.

Ishk, aku citer balik ni pun dah rasa sebak nak nangis.

Balik ke sana, dia adalah hantar e-mail kat aku, aku pon berbalas, skali-skala call. Agak-agak setahun tu, dah makin slow, then kitorang decide untuk hentikan dan move on. Din kata, dia pun dah sibuk, full-time carik hantu, pergi sana sini. So macam kena commit. Aku pun paham. Sebab aku pon dah jumpa Pitt masa tu. Tapi itu cerita yang lainlah.

Aku sering tertanya kalau dia ingat tak aku. Yang pasti, setiap kali aku makan Pralines 'n Cream aku akan teringatkannya.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...