Masa Mot kecil, dia suka menghisap jari. Sungguh enak rasanya bila jari dihisap. Tetapi sudah tidak enak bila taringya sudah panjang lagi tajam. Salah seorang yang bekerja di KL Motion pernah digigit oleh Mot kerana dia telah mengacau Mot ketika tengah mengganas dengan kucing jantan dari kedai mamak di bawah. Silap besar.
Mot ini suka kebersihan di tempat penyahtinjaannya. Semasa baru sampai, diperkenalkan dengan pasir untuk menyahtinja, Mot mengambil masa yang begitu lama untuk memastikan hasilnya terkambus secara total. Sungguh comel, kerana dia kelihatan seperti arnab yang kecil.
Memang seperti arnab yang kecil, kerana dia berjalan seperti melompat. Tetapi, pabila sudah meningkat dewasa, Mot menjadi lebih macho. Masa kecil, Mot suka teddy bear. Dia akan mengonggong teddy bear ke sana ke mari. Kata Liza, sekarang sudah tidak lagi. Macho la tu konon. Blah la Mot.
Aku banyak je gambar Mot, nanti aku rajin, aku upload. Tapi aku pilih untuk letak gambar ni, sebab
[ Untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, gambar ini telah dicensor dengan mengecropkannya. Bahaya, kurang pahala puasa nanti. ]

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Apa dalam baju?
Sekoq kucing dok lena
{ANNA}


