Anna punya sampul surat untuk raya tak berwarna putih, jadi ayah Anna kata takut pejabat pos tak terima, atau Anna kena bayar lebih. Tapi ramai yang kata menurut Pos Mesia, untuk kad raya diberikan kadar rata iaitu 30 sen dengan berat maksimum 2kg, tak kisah bentuk atau saiz, tak pulak disebutkan warna. Harap2 tak menjadi masalah. Kalau tak terpaksalah Anna cetak balik, dan tampal stem balik. Adeh! Tak larat dan takda masa kot, jadi tambah jelah setem. Kalaulah setem tu boleh tukar jadikkan duit, Anna dah jadikkan setem itu sebagai duit raya tuk korang. Akekeke.
Pastu pulak, Anna bukaklah portal Pos Malaysia, nak tengok guidelines. Yang bab warna sampul surat tu ada sebut, putih, atau warna lembut agar alamat dapat dilihat dengan jelas. Hmm. Anna pun cariklah berita pasal kadar rata 30 sen tu, jumpalah. Yang indahnya, tertulislah di dalam pengumuman tersebut... "Bagi Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia menyarankan agar orang ramai mengepos kad-kad ucapan ucapan Hari Raya sebelum 6 Oktober 2007 untuk membolehkan kad-kad ucapan tersebut diserah sebelum Hari Raya Aidilfitri." Wahaha, dan hari ini ada 6 Oktober. Haih, macam tak sempat jek nak sampai, jadi rasanya dah nak abis raya baru dapat kot. Tahla. Hantar je la kan? =\ Sedih ni sebenarnya.
Tengoklah camna, nanti Anna sampaikan berita setelah Anna ke pejabat pos beberapa jam lagi. Rasa cuak pon ada nieh. Pastu, korang nak balas gak ke? Sebab Anna pon tak bagi alamat lagi kat semua, jadi kalau korang nak balas kemungkinan besar sampai beberapa hari selepas hari raya pertama, kedua, ketiga, keempat, keduaplo tiga.. tahla bergantung pada brapa lama depa tu cuti. Anna takda hal jek sebenarnya kalau sampai lambat pon, tapi cam tak spesel dah lah jadinya. Ye dok? Kira kad raya kita jadi, belated? Huhu, have a BELATED HARI RAYA!!! Boleh tak camtu? ~Anna
TERKINI >>>>
Nampaknya, hari Isnin baru boleh pos. Kata Ayah Anna, hari ni Sabtu pertama, jadi pejabat pos tutup. Anna pon macam dah kecewa dengan khabar tu, jadi Anna pon malas nak pergi tengok. Lagi, Anna tak pergi Annexe. Sebab mak Anna tak bagi, dia nak Anna siapkan assignment. Dan sekarang ni, nak buat assignment pon takda mood. Hmm, tengah tension gila ni. Argh!!!! <<<< TERKINI >>>>
Dah tak bengang dah. Huhu. Kejap je rasa bengang. Lalala. Tapi surat masih berkumpul di atas mejaku. Isnin akanku pos! Dan assignment tetap kena buatttt. Yarrrghhh!! <<<<