20070201

Mari guna Microsoft Paint (MGMP #1: SELF-PORTRAIT)

Wahai budurian dan belacanian sekalian.
Sebelum wujudnya Adobe Photoshop, kita banyak menggunakan Microsoft Paint untuk menghasilkan masterpiece yang akan dijadikan desktop wallpaper. Itulah satu2nya software yang menghiburkan kita di waktu lapang suatu ketika dahulu.

Oleh itu, untuk tidak melupakan khidmat yang telah diberikan oleh MS Paint, mari kita adakan dari waktu ke waktu, sesi mengongsi artwork menggunakan software ini.

Tema pada blog kali ini ialah, SELF-PORTRAIT ala gambar paspot. Sila emailkan hasil kerja anda kepada bududanbelacan@gmail.com dengat subject e-mail MGMP #1 supaya Anna boleh paparkan di blog ini. Ho yeah!

PERHATIAN: SUBMISSION UNTUK MGMP #1 SUDAH PON TAMAT. TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN ANDA SEMUA

Yang pertama ni hasil tangan dan mouse Anna (klik imej untuk membesarkannyeah) Huhu! Skang tunggu korang punya so Anna boleh letak skali dalam nieh. Cepat!! Oh, and coreng nama skali kat lukisan korang yeh, senang sket nak tau yg buruk tu sapa yg punya. Hee hee.


Orait, imej MGMP #1 seterusnya oleh Inchik FARIZ SHAKIR. Terima kasih kerana menjadi pengontribute pertama! Macam hansem je Anna tengok si Fariz nieh. Aikk dia pun ada taik lalat gaks ke? Awww!


Orait, seterusnya dipersembahkan Chek SHIKIN. Ngeh ngeh ngeh. Warnanya amat menarik. Maroon kalernya. Rambut ala 60-an gitu. Peewit. Saya suka. Tima kasih Shikin.


Yang nieh plak NUAR yang ponya. Apa yang garis merah2 kat belah kiri kat pipi tu? Cakit gigi ke? Cian dia. Huhu.


Yeah nampaknya pihak wanita sedang memonopoli MGMP #1 ni. Yea, ha ha ha. Sila berikan ruang untuk SHEILA!! Anna rasa sangat gumbira dan pop melihat warna yang digunakan.


Huih, yang ni ada sehelai/sekeping snowcap di atas kepalanya. Berbaju ungu dan berseluar merah jambu. Memang jambu! Oleh DA-CHAN.


Yeah. Mod target tu baju-t dia! Ho yeah. Macam rokstar pon ada. Hihi. Inilah hasil lukisan GREECT INC. Katanya "ni gua punya ropa dlm bentuk imaginasi.".


Huwaaah. Potret berlatarbelakangkan compang-camping, macam selimut quilt. Jangan memain, quilt susah weh nak bikin taw?! Hebat DQ, hebat!


Ini macam dah PRO jek Anna tengok. Side profile tuh! Isk isk, makin lama makin hebat la korang ni. Ni yang Anna nak buat balik nieh! Hehe, terima kasih AMIR di atas sumbanganmu yang mantap ini.


PEACE kepada anda juga MUNZIR. Hoho, berbaju merah yaw. Rambutnya style betul, kalau kalau zaman sekolah ni, mesti dah kena panggil ngan cikgu disiplin suh potong rambut. Ho ho ho. Anna kagum ngan ketelitian pada jemarinya yang membentuk peace tu. Tabik!



Dah akhirnya, buat penutup MGMP #1 ni adalah dari NAIM yang nampaknya tidak berbadan dah hanyalah berkepala. Ganaaaassszzzzz. Rambut pakai spray paint tool. Ahax. Dan cemin matanya siap ada reflection. Aiik? Apa tali dari spek tu, wahahha. Ouh tali untuk cemin mata tu, so kira boleh gantung kat leher la ni. Tapi, nak gantung kat mana, badan takdak, jatuh la sunglasses tu nanti! Huhuhu.


Tima kasih semua dia atas sambutan yang memberangsangkang. Nanti kita buat lagi yee? Tunggu!

Ho yeah!
Sue Anna Joe
sueannajoe.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...