20070922

Jom kita pos memasing kad raya!!

Yaaa, nampaknya kita ni dah menjadi lemau dek intenet & teknologi. Hantar kad guna email, myspace, friendster, tak pon sms. Tu pon forward je belaka. Rindu ler nak dapat kad raya yang boleh pegang & bukannye virtual.

Jadi.. apa kata kita semua bertukar alamat, dan hantar kad raya melalui pos?? Ala dalam 20 sen ke 30 sen jekkk pos, tapi nak belinya adalah kot dalam beberapa rengget. Tak pon buat sendiri. Bes hapa!!!!!

Sesapa yang berminat, silalah emel alamat anda kepada saya di bududanbelacan@gmail.com. Dan Anna insya-Allah kalau ada masa dan rajin, akan Anna poskan kad yang spesel, bikin sendirik ponya. Yeah, dan kalau Anna rasa korang ni tidak merbahayakan alam dan manusia, Anna akan bagi gak alamat. Takut gak, sejak kebelakangan ni makin banyak plak kes rompak, rogol, bunuh dan sebagainya. Tapi setakat ni, kebanyakan korang boleh dipercayai, kot? Hu hu hu. Anna ni korang boleh percaya ke? Ingat bak kata pepatah, 'kecik-kecik cili api!!'. Jeng jeng jeng.

Hmm, beberapa malam yang lepas ada rumah dekat ngan rumah Anna kena rompak ngan 6 orang lelaki. Masa tu kul 10 malam cam tulah, satu famili sampai ke cucu kena ikat ngan tutup mulut. Ishk. Takut seh. Pastu ngan kes si Nurin tu, hmmm. Ntahlah, tak terkata la. Tak paham la kenapa la manusia ni boleh jahat sangat.

Tapi agak curiga gak jenazah kanak-kanak dalam beg tu. Nak kata serupa, hmm, tahla. Tak berani nak kata. Kalaulah diorang saja memalsukan fakta DNA tu, memang pihak yang terlibat tu serious kejam, sekejam si jahanam tu. Ishkk. Hmm, kalau betul, memang boleh paham betapa sukar untuk menerima kenyataan. Sebab terlalulah teruk budak tu kena. Kita cuma boleh doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ketenangan.

TERKINI Nampaknya, memang disahkan jenazah itu adalah Nurin, dan sudahpun diakui ibu bapanya. Agaknya lepas dimandikan tu baru nampak rupanya. Ish, sedihnya... TERKINI

Lepas Anna baca berita pertama mengenai kehilangan Nurin terus Anna sound anak sedara Anna umur 6 tahun, Fairuz (pompuan). Masa tu kitorang, uhmm ayah, mak, Anna dan Fairuz gi makan kat Syed kat ngan rumah, tetiba dia bangun dari tempat duduk dan jalan-jalan kat dalam restoran tu katanya nak cari tempat basuh tangan. Anna pon ceritalah pasal Nurin ni, dan juga kes budak Cina kena culik bertahun yang lepas zaman Anna masih skolah. Anna cerita la kat dia, budak ni dibotakkan, terus dia cuak. Dia pun duduk sambung makan, habis tu dia pon naklah basuh tangan, mintak Anna teman, dia kata "I don't want to be kidnapped". Huhu, tau takpa!

Baiklah. Dah nak tidur. Awat lah BM Anna ni skema sangat, bak kata nizam.nuri dalam komennya dalam blog Anna sebelum ni, bahasa melayu Anna ni 'sangat-sangat sopan'. Haha, aku boleh jek nak cakap kurang sopan, nak kurang hajar pon boleh, hehehe. Tapi cam, tah, janggal pon ada. Anna guna je ayat aku kau, dan guna gak 'I', 'you', 'Anna', 'saya', 'awak', bergantunglah pada sapa dan situasi. Oleh yang demikian, Anna ni agak sopan orangnya, agaklah. TAPI, hahahha, kat jalan raya tu, boleh tahan ganas. Dan, Anna penah jek melenting kat sorang minah ni time kat Pasar Ramadhan plak tu, haha, kurang pahala puasa.

Camni, taulah cemana sempitnya pasat ramadhan kan. Jadi, biasalah menghimpat, terlanggar orang atau terpijak kaki dia ke selipa ke. Terkenalah sorang minah ni, terlanggar bahu dia, biasanya Anna akan cakap 'op, sorry', tapi masa tu cam tengah seronok jadi terlupa plak nak bertatasusila, skali minah ni terus buat bunyi 'mmtthh (alaaa bunyi cam buat ngan lidah tu, yg bunyik tak puas hati tu)' yang disambung ngan bunyik 'haiissshh'. Hek eney minah ni, marah plak cik kak, terus Anna pusing belakang dan kata 'LEK AHHH!'. Hahahha, terus minah tu jalan slow tak beranai nak lalu tepi. Kui kui kui.

Dan itulah motto Anna untuk Bulan Ramadhan ini."LEK AHHH!". Kita haruslah banyak bersabar.

Sekian tima kasih. Saya mau tidur. Ingat, emelkan alamat anda ke bududanbelacan@gmail.com!

Anna.
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails