20070615

Pengalaman Anna pergi Umrah & Ziarah.

Assalamualaikum and halo eberibadi.

Bebaru ni Anna pergi menunaikan Umrah, ngan Mak & Ayah Anna. Tak brapa banyaklah amik gambar, segan seh. If it was a vacation bolehla snap banyak2. Huhu. Most of the pics (click gambar untuk tengok fullview), shoot masa di Madinah, kat Mekkah tak banyak. Umrah sangat best. I want to go again and again and again. Insya-Allah bila dah kahwin ngan Pitt, bolehlah pi sama-sama, maybe with his parents ke. Woo. Best tu. Alhamdulillah semua berjalan lancar and dapat menunaikan Umrah.

--------------------

Ni di Bukit Uhud (tempat terjadinya Perang Uhud). Macam2 ada jual kat sini, tamarlah, telekung lah, tasbih lah, toys pon ada, suma t. Hehe. And kat bukit tu Jemaah Iran naik and berdoa. Kita Malaysians takda, lain caranya. Yeah.


--------------------

Masjid Nabawi. Di dalam sinilah terletaknya Rhaudah dan Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Dalam masjid perempuan di larang sama sekali bawak kamera. Kamera phone tak boleh. So kalau bawak tu, takleh masuk, diorang check. Very strict.

Ramai orang di dalam, and agak kena rush la jugak. Tak brapa boleh nak lenggang-lenggang cause semua tunggu giliran masing2 di Raudhah. Raudhah itu ialah satu kawasan dalam Masjid Nabawi di antara mimbar dengan maqam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Seperti dalam hadis, rumah ini diibaratkan sebagai satu taman daripada syurga dan tempat yang amat mustajab doa, so memang agak berebut2rebut para jemaah, plus, Arabs plak badan besar sket, so menghimpit-himpit. So kita harus banyak bersabar, dugaan. Hehe. Ada ladies yang kawal keadaan, perkataan yang selalu dengar dari mulut diorang "Hajjah (which means us jemaah, diorang panggil kita la kiranyak)" "sabar, sabar (ramai yang tak sabar, haha)", "khalas (masa dah taim, nak suruh kita chaw dan bagi gilirin orang lain plak)". He he he.

Then makam Rasulullah S.A.W, dah ditutup ngan pagar and Al-Quran banyak2 atas rak. Dulu Mak Anna kata, ada lubang2 and boleh nampak kat dalam, rumah Rasulullah S.A.W itu dijadikan makamnya, sebab permintaan Rasulullah S.A.W untuk ditanam di rumanhnya. And nampaklah kain yang tutup tu. Tapi skang dah memang tak nampak, rasanya untuk mengelakkan orang terlampau uhh 'fanatik'. Tutup tu pon dah ramai jugak yang sampai mengangis agak kuat. Yelah, Rasul kita, so pasti yang ada sukar hendak mengawal perasaan.



--------------------

Jabal Rahmah di Arafah. Kat sini tempat Adam bertemu Hawa tak silap. And kat sinilah kita berdoa untuk bertemu ngan jodoh kita, Anna of course berdoa agar berkahwin dengan Pitt, dan anna berdoa untuk rakan2 yang telah menyampaikan kiriman. Huhu. Then siap orang sign2, tulis nama lagi kat atas ni. Memula ingat tanak tulis, tapi ada orang pass marker, so tulislah jugak. Huuhuu.


--------------------

Okay, ni sedih sket. Banyak peminta sedekah, and mostly are young kids. From Afrika Anna rasalah, thing is tangan diorang ni kudung. Tak tahu cerita sebenar, but if I'm not mistaken kat Afrika diorang amalkan lagi 'potong tangan' cause ada perang apa tah, ataupun diorang keje kat diamond mines, where these kids could've curik sket bawak balik, kantoi and kenalah. Tahla, Allahu'alam. And yang lagi sedih, bebudak ni dah dijadikan macam sindiket, but again Anna tak 100% pasti. Apa apa pon, kita sedekahkanlah sedikit pon, sindiket tak sindiket, semua kerana Allah dan niat nak membantu mereka, insya-Allah.



--------------------

Di Jabal Rahmah ni banyak unta yang dihiasi dengan bunga-bungaan. Boleh tunggang naik sampai ke atas, tapi takut seh. Mak Anna paksa, tapi Anna takmo gak, cause dia macam terhoyang hayang, besar plak tu, skali unta tu terpleot sket, adeh.


--------------------

Yang ni kat area bawah, tu unta melepak. Hehe, semangat jek lelaki yang berjalan ni.



--------------------

Yeah, keta ni pon ada. Masa Anna sampai, ada sorang pompuan Malaysian kot, happy gila duk naik benda ni, laju plak tu. Need for speed. Anyways, ni mamat Arab, vroom vroooom.



--------------------

Gambar dari atas kapal terbang. Dah nak balik Malaysia dah. Ni still di Tanah Arab. Huhu, beautiful. Tapi memang gurun banyaklah.




--------------------

Okay, tu jek. Ada lagi, malas nak resize. Haha.

Masa kat Makkah takda gambar, tapi ada je yang ambil gambar Ka'bah, Anna segan sket, dan tak sempat pon. Pertama kali lihat Ka'bah terus melinang air mata, menangis teresak2, sangat sayu rasanya. And Alhamdulillah dengan bantuan Mutawif Anna dapat cium Hajar Aswad. Tapi memang terhimpit kejap, dan tercungap2, akhirnya berjaya, Alhamdulillah.

Shopping? Hahah semestinya, memula tu takda rasa pon nak shopping, so kat Madinah tak banyaklah, tapi masa dah selesai Umrah tu rasa tenang sket nak buat benda lain, so agak sakan la jugak. Haha, macam2 beli, perfume dalam botol kristal, kurma beli kat Madinah dia pasar kurma, kedai Indonesia, ramai Malaysians beli sana, then kasut 2 pasang, tudung banyak gilaaaaaa, then handbag beli 2, jam satu untuk Anna ngan Pitt, jangan memain Swatch tu, haha, tapi sana banyak ahh jam yang imitation and cantik jugak sbenornya, tapi saya tak mainlah imitation ni, ewah, then sejadah 3 helai, sejadah yang sulam2, sangat lawa. Pastu ada beg kecik2 comel gila. Then, tasbih, tasbih kayu Koka, cincin kayu Koka, dan sebagainyalah. Yang best, peniaga Arab kat sana 3 orang mamat Arab yang boleh tahan rupanya tanya Anna dah kawin ke belum. Haha. Anna cakap dah, or dah tunang camtulah. Gilalah. Ingat ke yang kurus keding macam Anna ni manalah nak berkenan. He he he. Sempat lagiek tu. Dahla diorang tanya depan Ayah Anna. Malu gila wehhh.

Orait, harap2 korang suka gambar2 ni. Dan Anna mana harap mana yang belum tu, dapat menunaikan Umrah suatu hari nanti, so kumpullah duit tu. Sebab tersangatlah best. Ni pun, Anna rindu sangat nak solat di Masjid Nabawi dan melihat Ka'bah. Insya-Allah akanku pergi lagi...

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...