20061127

Didahulukan pendahuluan.

Ongkeh, skang ni pukul 1.25 pagi. Sue Anna tak tau ler nak tulih aper. Sebenarnyakan, Sue Anna ni ada beberapa blog lain, salah satunyer kat blogspot ni gaks. Tapi yang tu, telahku karang dalam Bahasa Inggeris. Jadi, apa ke hal yang Anna bikin blog lain, dalam Bahasa Malaysia plak tu? Saja menggatal, nak test skill. Mwahaha.

Skill apokobondonya?? Takde, sbenarnya Sue Anna telah diinspirasikan oleh boss saya yang sangatlah hebat orangnya, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin, seorang penulis skrip yang dashyat. Antara skrip yang ditulisnya adalah, Mya Zara, Salina, Korban Kala, Dunia Baru, dan sebagainya. Dan so far kan, skrip2nya memanglah enak dan lazat dan lain dari yang lain. Haha, tak retilah nak eksplain. Tapi memang bestlah. Citer Mya Zara menjadik calon utk Anugerah Skrin wooo, citer Dunia Baru kat TV3 tu plaks antara citer yang top ranking jumlah penontonnyaaa. Syabas Liza, syabas! I'm very lucky to work under her. Manalah tau, suatu hari nanti, Sue Anna pon boleh jadik scriptwriter cam Liza!

Haha, kelakar siot baca balik penulisan Anna nieh. Tulah, dah selalu tulis dalam English, terus bila tulis dalam BM, hancusss. Tapi apapun, Sue Anna tersangatlah lebih selesa berborak menggunakan Bahasa Melayu. Tahla, rasa lebih rileks.

Jabs, Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia ahh? Wa sulah kompius wo. Sebab tak silap beberapa tahun yang lepas, ketika Sue Anna di bangku sekolah lagi, dia sudah tukar, jadikan kat kulit buku warna cekelat tu, tajuk pelajaran tu kena kasik tukar dari Melayu ke Malaysia, ke Malaysia ke Melayu. Ayoyoo, lupala weh. Ke dedua boleh guna skang? Hmmm.

Weh, okeylah. Nanti, Anna bercerita dengan lebih panjang lebor di masa akan datang. Ni saja nak mengisi kekosongan blog baru nieh.

Mungkin, Sue Anna citer pasepa nama blog, 'budu dan belacan'. Dan citer pasal keje, kehidupan seharian dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.
Sue Anna Joe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...