20090626

Baru balik dari sepital, maaf dan Mikael

Woot, Anna baru balik dari spital, dalam 4-5 hari gakla. Takda sakit apa pun, cuma terlalu dehydrated, jadi perlu masukkan drip. Haih, dah lama gila tak masuk studio. Cemana lah agaknya.

Tadi Anna ada terbaca blog sapa tah, tulis yang owner Itudio patut lebih friendly, hahaha. Yup it's true, Anna kekadang tak reti sangat nak berborak. Tak taulah kalau itu dikira sombong, tapi Anna cam segan dan malu, ada sedikit masalah nak bersosial. Takes a while for me to feel comfortable nak boleh sembang ngan orang. Ada in one of my past entries Anna cerita pasal hal ni lah, masalah nak borak ngan orang. Tah kenapa jadik penyegan sangat.

Jadi sekiranya Anna macam nampak kurang friendly, tak borak kalau ada antara korang singgah ke studio, mintak maaf bebanyak sangat, saya sebenarnya sangat malu. Walaupun saya owner tu, saya plak yang rasa segan dan takut bertegur sapa.

So amacam biznes? Setakat ni okaylah, takdalah mengaut keuntungan, takat leh bayar bil suma, Anna macam penat, agak mengambil masa untuk Anna belajar nak merorginisasikan bisnes secara sistematik. Banyak lagi kelemahan. Website Itudio pon tak diupdate lagi tu, banyak sebenarnya nak letak gambar. Dah buat dalam 4-5 event kat Itudio, so far boleh tahanlah dia punya sambutan.

As for the mini cafe, yang bahagian tu tak set up lagi, mungkin ambil masa yang lebih dari yang dijangka. It's not easy. Maybe Anna ingat nak buat konsep by reservation only kot cafe tu, sapa nak datang, call bagitau dulu, pilih apa nak makan semua. Tapi air akan sentiasa ada. Cuma sekarang air botol.

Air bikin akan dibuat nanti. Ada yang mintak ice blended bebaru ni, ahaha. Tengah nak carik blender yang baik tuk blend ice ni. Ada dah beli tapi cam lambat jek nak blend ice tu. Agak lamala kalau customer nak tunggu.

Nanti Anna bagi jawapan pada teka-teki, ada dalam 2-3 orang dapat dah jawapannya. Hehe. Mesti dah basi dah, lama sangat nak bagi jawapan kan?

Hmm, terkejut pagi tadi dengar berita Mikael (Micheal Jackson) dah meninggal. Tadi dalam berita kata abangnya dia meninggal sebagai Muslim. Alhamdulillah. Macam tau je nak meninggal, yelah bebaru ni kan dia lelong harta dia semua, kan? Tak silaplah. Kesian, tenggelam terus citer Farah Fawcett yang meninggal gak.

Selalu terpikir, cemana lah kita akan diingati lepas meninggal? Uhmm.

Okay. Bai.

20090614

Haaaai



Sila klik link di bawah untuk ngelihatin. Hee. Terima kasih Jay kerana menguploadnya.

http://www.new.facebook.com/video/video.php?v=108714184879&ref=nf

{ANNA}

20090610

Teka-teki

Ni dak praktikal tempat Anna bagi:

"Banyak apa yang sikit?"

Jawapan akan dikemukakan kemudian. Huhuhu.

20090529

Anna paste balik ni dari sini. Sabtu ni Anna akan adakan 'Mini Guerillagraphy Workshop'. Admission is freeeeee. So datangler, kat the The Annexe Gallery, Central Market. Bawak je apa apa kamera, kamera fon pon takpa, lengang pon takpa. Janji meriah dan ramai orang. Ee takut.

Kul 2pm mula. Ada apa-apa soalan sila hubungi Jerome kat bawah tu. Ada no tepon atau email. Anna sekarang tengah sibuk gilaaa nak siapkan kerja. Waaa tolong. So kalau Anna tak jawab persoalan kat sini, diharap paham.

Okay. Babai. {ANNA}

GUERILLAGRAPHY WORKSHOP with Sue Anna Joe

Creativity through limitation!!! Photography rules!!!
Host:
Type:
Network:
Global
Date:
Saturday, May 30, 2009
Time:
2:00pm - 4:00pm
Location:
The Annexe Gallery, Central Market Annexe
Street:
Jalan Hang Kasturi
City/Town:
Kuala Lumpur, Malaysia


Phone:
0320701137
Email:

Description

GUERILLAGRAPHY WORKSHOP with Sue Anna Joe

Photography Workshop (with a difference!)

Sat 30 May, 2pm to 4pm

Presented by Guerrillagraphy and The Annexe Gallery

Admission Free

Self-described “guerilla photographer” Sue Anna Joe presents a workshop for anyone who harbours a secret desire to launch themselves into the exciting world of photography. Sue Anna’s workshop-with-a-difference shifts the focus away from the technical side of things to focus more on enhancing one’s own personal creativity by working within the limitations of one’s camera equipment and environment. Learn how to shoot in your own bathroom/bedroom with makeshift lighting and a 5-megapixel camera! No DSLR needed!

For more info, check out http://guerillagraphyworkshop.blogspot.com/

20090527

Apa yang korang nampak?

Anna tengah duk browse website apa tah secara random di tika kala kebosanan melanda. Pastu jumpa lah satu artikel pasal planet Marikh, Anna saja klik dan baca untuk membaca tentang adanya salji dan air di Mars. Ada gambar, lalu ku lihat, dan alangkah terkejutnya...

Adakah korang nampak apa yang ku nampak? {ANNA}

20090512

Semua dijemput hadir, Opening Itudio Studio!


View Itudio Studio in a larger map

20090428

Kata-kata Pujanna #001

"Cinta itu bagaikan asam laksa. Ada yang enak, ada pula yang pedas sehingga pedih perutnya." - S. Anna Joe

Hampirin.

Rasanyak ngak sempatin bukakin bulanin ininin. Jadiin, 1hbin lah. Jumaatin, orang lainin cutiin hari buruhin. Tapiin malamin akain kendurin doa selamatin. Sabetuin, akakin bukakin studioin, Insya-Allah. Ahadin, ingatin, nakin buatin workshopin, tapiin taktahuin jika adain yang mahuin sertain? Jikain, adain, sayain akan bukain.

Pahamin apain akuin tulisin? Takin pahamin sudahin.

Babaiin.

{ANNAIN SKYWALKER}

20090427

Ini bukan gedung pakaian hari hari.

Dah lama aku tak tulis beberapa post dalam satu hari. Malah, dah lama aku tak pos entri sekerap dulu. Rindu jugak. Nak tulis kembali pon rasa gayat. Nampak gayanya, banyak benda lebih penting dan seronok di dunia luar ya, dari duk asyik berblogging macam loser sahaja yang sangat pathetic dan tak ada kawan.

Tapi garisan kawan antara realiti dan internet macam semakin sukar dipisahkan. Lagi-lagi duduk senegara, senegeri. Malaysia pon bukannya besar mana pon. Jadi internet ni memanglah penyelamat bagi manusia yang kurang bersosial macam aku ni.

Aku selalu pening bila aku nak berjumpa seseorang, mak aku tanya siapa? Aku tak kisah sebenarnya, cuma bila kawan tu seorang nama yang belum didengarnya, dan aku kenal pon dari internet, aku jadi pening nak menerangkan kepadanya. Kenal dari internet tu macam satu kesalahan yang patut dielakkan sama sekali. Kerana baginya orang-orang dari internet itu mungkin ada potensi mencederakan anak perempuannya sorang ini. Aku paham kekhuatirannya. Ayat aku nak menghilangkan kerisauannya itu "Hafiz (Pitt) pon Hana kenal dari internet". Menjadi ke tak tak tau lah. Apa-apa pon alasan tu very the lame one. Kalau tak paling senang tipu je, kata kawan sekolah, atau kawan kenal masa kerja ke, etc... Tapi tak baik tipu tau.

Aku ingat mulai sekarang aku nak kembali rajin menulis entri. Aku dah cakap dah benda ni sebelum ni. Tapi lepas aku cakap tu, terus aku jarang update. Ahaha. Cakap tak serupa bikini namanya.

Tapi, tulah dah lama tak tulis, tak berapa ada idea nak menulis. Stim tu dah takda. Dia harus konsisten. Seperti perokok yang tak reti-reti nak berhenti rokok walaupun melihat gambar mengerikan di kotak rokok. Sama juga seperti ambil gambar. Aku sekejap memetik, lama tidak. Haih.

Dua malam yang lepas, aku menonton LA Ink & London Ink, aku tetiba terinspirasi kembali untuk mula melukis. Aku pon cariklah buku dan pen dan mula menconteng. Aku ada gak browse internet sket untuk mencari ilham lagi. Haih, rasa seronok. Dan aku pon rasa nak buat painting jugak, kali terakhir aku buat pon tak ingat bila. Tapi sejak kebelakangan ni tangan aku memang terasa gatal. Nyamuk memang banyak.

Aku benci gila nyamuk. Bila tidur je, ada nyamuk yang berkumandang di telinga, kemudian akan terasa gatal-gatal, dan aku akan terjaga dan mencari minyak untuk disapu. Aku toleh ke kiri, tengok Pitt, lena je tidur walaupun dia digigit gak. Aku benci nyamuk.

Entri ini tiada hala tuju. Kan aku dah kata, tangan aku gatal. Mungkin sebab Pitt masih di kantor, jadi gatalnya aku lepaskan pada papan kekunci saja. Hah! Duk pikir apa tuuuuu.

Nanti aku rajin aku scanlah gambar-gambar aku lukis tu. Sat lagi lepas dinner aku nak lukis lagi. Best pulak tangan gatal ni. Macam-macam nak buat. Hah! Duk pikir apa tuuuuu.

Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu.

Baai.

{ANNA}

I tak suka #011: Jerawat Klingon

Selama 2 minggu ni aku terpaksa menahan jerawat bapak besar di tengah kedua-dua kening aku, di atas batang hidung aku. Memang centre of attraction. Pandai betul sebum berkumpul di situ ye. Serious besar gila, semacam klingon, klingon tengok pon mesti kagum.

Aku biarkan dia, tanak sentuh, tapi bengkak tu tak turun-turun. Jadi aku pon picit lah. Pandai, dah picit tu, tak keluar pulak, terkopek lah kulit aku, tinggallah warna kemerah-merahan dan kehitaman parut, pergh terbaiklah. Kalau aku India, boleh gak mengaku itu natural bindi aku kan. Tak cukup dengan itu, kat pipi aku ni banyak gila parut hitam.

Entahla, buat lagi tensen tengok muka Pitt licin jek. Malu tau. Aku ni takdalah jenis kisah sangatlah, tapi lately dah melampau. Ni dah okay sikit, sebab aku dah jaga, bila dah okay balik mesti aku buat tak tau balik, pastu aku buat lagi entri dalam blog lah kan.

Jadi beberapa hari yang lepas aku beli range Tea Tree Oil dari Bodyshop, semua aku amik, toner, facial scrub, moisterizer, night lotion, tea tree oil, dan blemish cover up stick. Dulu aku dah pernah pakai, tapi tak semua range dia, dan resultnya okay, masa tu muka aku taklah teruk sangat. Jadi tak kisah, masa tu menggatal je nak cuba. Kali ni aku memang all out.

Pening sebenarnya nak carik mana yang sesuai dengan kulit. Macam-macam jenama. Ikutkan apa-apa bahan ni bukan bagus pon, chemical kan. Asal minum banyak air, tidur, makan semua cukup, memang akan okay. Tapi tulah, gaya hidup memang tak sihat. Tu yang jadik macam ni. Lagi-lagi tengah sibuk nak bukak studio ni.

Bodyshop kali ni aku rasa best, dia range mahal tak mahal. Aku rasa dia punya Blemish Fade Night Lotion tu terbaik. Baca review pon rata-rata kata memang bagus, cuma banyak yang complain sebab harga dia mahal untuk botol yang kecik.

Aku geram gila, tengok sesetengah orang, pakai facial wash biasa pon dah okay je muka, tak pakai toner apa pon. Tak pakai sabun pon ada, tapi kulit pergh so licin. Aku ni kalau tak jaga memang akan naik, walaupun taklah kronik pada kebiasaannya. Cuma kali ni memang agak teruk, lebih-lebih lagi part tu gelap semacam. Dari aku dengar, bagus dimakan vitamin e dan primrose oil. Hari tu aku ada gak makan, tapi on off, tu yang payah tu, benda ni kena konsisten.

Jadi sekarang jerawat semua dah surut, ada sket, banyak tinggal parut, barulah aku menyapu scar serum Palmers, vitamin e apa tah, yang agak hanyir bau macam belacan (busuk tapi sedap), tapi sebenarnya sangat bagus. Jadi tulah, apa-apa pon kalau nak menjadi kena rajin dan konsisten.

Lagi-lagi aku bukak kedai ni, kenalah muka terjaga, orang masuk tengok tuan kedai muka bercapuk je, tak lalu nak makan. Nak shoot model pon, photographer pon kena la cun gak, nanti lagi model tu macam ho yeah semangat aku nak posing tengok photographer cun. Hahahaha. Tapi tulah, jumpa client ni semua, nak buat workshops, rupa fizikal itu memainkan peranan juga. Takdalah perlu cun, cuma biarlah nampak terjaga kulit tu, kekadang jerawat, parut kat muka ni, berminyak-minyak ke menampakkan orang tu macam tak jaga kebersihanlah. Nak cium muah-muah pipi tiga kali pon orang tak lalu.

Ahaha, jadi kulit yang cantik boleh merapatkan lagi silaturrahim. Pitt pon mesti lagi suka, kan kan kan.

Oh dan sejak kebalakang ni kitorang duk buat syok layan 'The Biggest Looser'. Gila la weh, bila lagi nak buat kat Malaysia. Tapi tulah, asyik rancangan nak kurangkan berat badan jek, bila lagi nak buat utnuk menaikkan berat badan. Kala ada, aku gerenti nak join. Kasik montok sket bila kulit dah cantik. Feewit. Makinlah suami sayang. Mmmhhfftth.

{ANNA}

Blogging itu terdiri dari 8 huruf.

Blogging itu terdiri dari 8 huruf. Sebab tu aku ada 8 blog di blogspot dan makin bertambah. Hat kat tempat lain tak perlu dikira. Kalau nak kira, kena ambik berkataan lain seperti world wide web.

8 blog, serioushitwtfgilababilakauni. But seriously I do.

Klik sini untuk lihat blog aku lagi satu. Sini hanya gambar semata-mata, yang di ambil guna camera phone aku. Tak main la DSLR2 ni.

{ANNA}

20090424

Manusia sialan.

Anna tengah duk browse forum di PhotoMalaysia, pas terjumpa satu posting bertajuk "I cried" tak silap, dan sebgai manusia yang curious, bukak la tengok, apehal tetiba ada entri macam tu kat PM ni kan. Pastu dia ada link kan satu video rakaman CCTV di YouTube. Video yang ditayangkan di TV3 yang memperlihatkan aksi seorang pembantu rumah yang mendera anak majikannya.

Bagi Anna perkara ni memang kebiasaan, kekadang majikan tu yang kejam, lalu pembantu rumah pon balas pada anak-anak diorang lah kan. Memang tak patut, tapi itulah lumrahnya. Sebab itulah kita apa-apa pon tak boleh buat jahat kat orang.

Dalam kes ni tak tahulah kenapa sebenarnya, tapi apa-apa pon sebab, itu bukan alasan nak menyeksa dan menyakiti anak kecil. Ibu bapa sekalipun, yang stress di pejabat, balik marah dan pukul anak tak pasal-pasal. Haih.

Korang tengok lah video ni sendiri. Mesti ada antara kamu kalau tidak rasa bengang dan sedih teramat akan menangis.

http://www.youtube.com/watch?v=FaevvSBaeho



{ANNA}

20090421

Indah khabar dari rupa?

Aku sekarang tengah sibuk mempromosikan Itudio Studio. Walhal masih banyak yang harus diuruskan. Aku takut 'indah khabar dari ropa'. Tempatnya dalam imaginasi, fantasi dan khalayanku memanglah hebat dan gah, mesti aku mahukan begitu. Realitinya? Mungkin ya, mungkin tidak, mungkin mengambil masa, mungkin banyak langkah yang bakal silap terambil, jatuh beberapa kali sebelum bangkit semula.

Inilah dunia perniagaan. Aku pon mengambil risiko juga. Menggunakan wang simpanan aku sejak kecil, dibantu sedikit oleh mak dan ayah. Aku tak berani pulak nak ambik pinjaman wang. Ada bebrapa yang mencadangkan aku buat proposal untuk dapatkan bantuan kewangan, grant, yang tak memerlukan aku membayar balik. Tapi biasanya, ia memerlukan beberapa bulan jalannya bisnes baru boleh nak mintak. Tengoklah, insya-Allah bisnes baek, bolehla cuba.

Ni pon banyaaaak lagi yang rasa terpaksa tunggu dulu sebelum boleh beli. Alatan studio pon dipinjam sahaja. Aku banyak habiskan wang pada renovasi. Harap-harap, pulanglah modal dan dapatlah untung dan bolehlah beli apa yang aku perlukan untuk memantapkan lagi studio. Walhal asalnya nak buat tu sebab mahukan studio, tapi nampak gayanya banyak benda lain yang harus dibuat yang menggunakan banyak wang. Haih.

Aku risau sangat kalau aku terlalu berkobar menceritakan tempat ni, tapi rupanya biasa saja. Aku kini cuba yang terbaik yang aku boleh! Yakin bolos. Haha.

Anak sedara kesayanganku Fairuz pergi melihat tempatnya Ahad yang lepas. Dia kata "It's hideous!" Hahahahha. Mana taknya lantai pon simen je. Dinding pon putih. Alasan aku kat dia "This place is for adults, not for kids". Baru dia kata "Ohhh." Hahahaha. Damn. Dahla taste budak kecik tu boleh tahan tau.

Makanan pon belum cuba buat lagi ni. Menu yang basic dah ada. Aku pon mesti agak pening nak pikirkan stok untuk makan dalam satu hari tu banyak mana. Takut terkurang atau terlebihlah.

Haih, duit duit duit. Aku agak sedih, melihat akaun aku, makin sikit tinggal wangnya. Tapi takpa, aku kira ini adalah 'investment', bisnes haruslah amik risiko ye tak kawan-kawan! Tapi risiko pon biar bertempatlah kan. Ada sorang mamat ni, nasihat aku, katanya "Takyahlah, sekarang ekonomi tengah merosot, keep your money". Terngiang-ngiang kat telinga aku. Tidak apa, kita ambil apa yang negatif, jadikan positif. Aku jadikan ia sebagai motivasi aku untuk betul-betul berusaha. Aku impikan tempat ini menjadi tempat yang indah untuk kita semua.

Tapi kena ingat jugak, kita bukannya boleh memuaskan hati semua pihak, contohnya anak sedara aku. Sib baik ada bean bag besar, dan kerusi beroda, seronok gaklah aku ngan dia main kat studio tu. Dia kata dia nak datang lagi. So mungkin, takdalah hideous mana pun. Rupa tidak penting, janji jiwa tu ada. Pergh.

{ANNA}

20090420

Lagi soalan.

Sorilah entri-entri lately ni banyak pasal Itudio Studio. Ni nak tanya, Anna tengah nak siapkan website itudiostudio.com. Anna bukan reti sangat html coding, coding suma, guna blogger aja. Senang sket nak update. Dan guna template, tapi seperti biasa banyak yang digodek lah kan, customize biar mencapai citarasa tersendiri. Weiuoo.

Jadi, hari tu Anna tanya apa yang korang mahukan, dan rasa tertarik kan tuk kedai, skang pulak, apa yang korang expect untuk lihat dalam website? Apakah jenis informasi yang korang nak baca, apa yang buat korang nak lawat ke sana untuk usha kerap, dan sebagainya..?

Terima kasih lagi sekali.

{ANNA}

Cara-cara menderma bahan bacaan.

Pada sesiapa yang sudi untuk menderma bahan-bahan bacaan, anda bolehlah hubungi Anna di 012 3 7997 40 melalui panggilan atau SMS dengan ayat "Saya (nama anda) ingin menderma sebanyak (kuantiti) bahan bacaan untuk Itudio Studio". Hahahaha, gila formal. Okay, call atau SMS je lah, nanti bolehlah datang ke Itudio Studio untuk drop off bahan yang nak diletakkan kat situ, nanti terus isi borang sket dan sign, nak tau gak buku tu dari siapa, bilangan e.t.c...

Jenis bukunya, takda specific genre atau bahasa, apa-apa pon boleh, biar variasi, nanti kitorang akan kategorikanlah buku-buku tu. Jenis bacaan pon tak kisah, buku ke majalah ke, komik ke dan sebagainya.

Okay, terima kasih pada mereka yang sudi. Nanti hubungi Anna okay, dan kita arrange bila mau drop off.

{ANNA}

20090419

Ada sesiapa yang sudi menderma buku?

Itudio Studio ada lagi sket nak siap, bulan lima ni dah bukaklah pada publik. Tapi mungkin akhir April ni pon dah bukak, jika sempat. 

Pada sesiapa yang nakkan workshop Guerillagraphy (Creative Photography) pada akhir bulan April ni (tarikh belum tentukan lagi) silalah, dan kalau mencukupi insya-Allah akan dijalankan. Yang pasti untuk bulan Mei dan seterusnya akan diadakan lebih banyak lagilah workshop, ini termasuk basic DSLR, basic studio lighting, photo manipulation dan sebagainya. Website masih tengah bikin, nanti dah siap boleh lihat detailsnya di sana.

Okay. Sekarang ni, Itudio juga dah sediakan satu ruang khas untuk lepak dan membaca. Jadi, sesiapa yang ada buku yang nak didermakan untuk diletakkan di Itudio Studio, amat dialukan. Buku ni tidak akan dikeluarkan dari Itudio, bukan macam library, buku-buku itu akan menjadi penghuni tetap Itudio. Jadi yaaaa, sesiapa yang ada buku yang lebih-lebih, majalah ke, bolehlah letak. 

Minggu lepas Anna baru sahaja ke Telekom, jadi sudah pasti akan ada wifi untuk korang melayari blog budu dan belacan, lol. Kaunter untuk bahagian mini kafe pun akan dibikin minggu depan, eeek tak sabar. Bolehlah minum, makan, sambil melayari internet, membaca buku, wah seronoknya.

Okay. Lapar ni. Malam nanti akan ke sana. Banyak lagi nak habiskan ni. Huhuhu.

{ANNA}

20090410

Menuju Puncak!

20090403

Gapodio?

"Gapodio Itudio Studio?"
"Manodia?"
"Hoh, itu dio studio! "

Sudah. Berangan dah. Haha. Okay, gambar yang post semalam tu hanyalah 3d renderingnya, bukan gambar sebenar. Diharap menjadi sebegitu ropa. Adala lain sket, macam corak kat yang hijau tu, pokok tu takda, dan yang pasti ia bukannya di Dataran Merdeka berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Hahahaha.

Lokasinya adalah di Kelana Mall, Kelana Jaya, dekat ngan Giant kecik dan besar yang tepi LDP tu, sebelah UNITAR, sama bangunan ngan Old Town Kopitiam. Studio ni masih ada 90% lagi yang harus disiapkan. Sekarang tengah renovasi. Hari Isnin ni, insya-Allah pembikinan bahagian depan kedai itu akan dimulakan. Takpun kaunter kat dalam tu. Atau mungkin sekaligus. Sangatlah diharap dalam minggu depan ni dah siap. Dan boleh mulakan perniagaan.

Buat masa ni workshop tak ada, yang pasti akan dibuka pada Mei. Jadual belum keluar lagi. Nanti dah keluar aku akan kasik tau sama lu olang. Dan juga, blog Guerillagraphy akan berpindah. Tapi website Itudio tu masih tengah construct, jadi tunggu siap dulu.

Okay, ni nak tanya koranglah. Sebagai consumer - ewah, apa yang korang suka lihat, beli, masuk dalam sesebuah kedai? Apa yang membuat korang rasa nak lepak lama dalam kedai tu. Dan since studio ni ada mini cafe, ada cadangan untuk menu tak? So far, Anna dah ada la sendiri dalam list, seperti sandwhich, spaghetti, mungkin baked potatoes, bruschettas, pizza dan juga lasagne. Takda banyak gila choice sebab bukannya kedai makan semata-mata. Kira yang berat-berat takda lah buat masa awal-awal ni.

Jadi, kalau korang ada cadangan ke idea ke, dipersilakan input! Sekian, terima kasih.

{ANNA}

20090402

Apa kejadahnya ni? (updated)


Yeah. Dah lama gila tak update apa-apa. Update pon semuanya semata-mata nak update. Sejak beberapa minggu dan bulan ni Anna memang agak sibuk. Semuanya kerana di atas ini. Anna akan membuka studio Anna sendiri di Kelana Jaya.

Sekarang ni tempatnya sedang renovasi. Insya-Allah dalam minggu depan major rennovation dah siap. Gambar kat atas ni hanyalah 3d rendition, shop front dan counter kat dalam tu. Dalam minggu yang lepas baru lepas pasang lampu kat siling dah penghawa dingin.

Kelmarin, cuci lantai, dengan bantuan Pitt semestinya, Oat dan Hakim. Terima kasih korang sebab datang tolong aku pepagi buta. Lantai sekarang masih simen, kononnya nak buat laminated flooring, tapi mahal nak mampus. Jadi mencari alternatif lain, antaranya menggunakan epoxy floor coating. Epoxy floor coating ni macam kat tempat letak kereta kat IKEA tu, glossy, pilihan warna tak banyak, tapi senang untuk cuci dan berkilat. Lagi satu alternatif untuk sapu clear, macam syelek kayu. Jadi rupa asal lantai simen tu akan nampaklah, segala tompok dan kecacatan, tapi, rasanya cun gak kalau macam tu, kena gaklah ngan tema studio. Tengoklah mana satu. Yang clear nilah option yang murah, epoxy mahal sket tapi masih murah banding ngan buat tiles, carpet, dan laminated flooring (macam Eric Leong selalu buat tu).

Oh, dan terima kasih pada Zharif sebab berjaya menghasilkan logo yang aku sangat suka. Haih buat sendiri memang rasa tak puas hati, ada je yang tak puas hati nak betulkan. Terima kasih kerana menjadi penyelamatku!

Dinding pon biar je kaler putih, lagipun rancangannya nak gantung-gantung artwork so dia boleh jadi galeri gak.

Macam dalam header gambar ni, Itudio Studio (nama tempatnya) adalah design & photography studio, mini cafe & gallery dan retail store. Design & photography studio ni akan menjadi workspace, di mana akan ada studiolah, lighting dan backdrop yang akan dibuat di bahagian belakang lot. Di situ jugak akan dibuat bengkel seperti Guerillagraphy tu dan lain-lain bengkel juga, di mana Anna akan menjemput tenaga pengajar luar. Bahagian depan akan menjadi mini cafe, gallery dan tempat menjual barang-barangan handmade, baju, kasut, aksesori, dan sebagainya.

Yang Anna risau sket bahagian mini cafe, sebab prosesnya agak rumit, tak pasti kalau boleh ke tak, sebab harus ambik suntikan, sijil penyediaan makanan dan sebagainya. Kena diluluskan oleh MBPJ. Anna baru ambik borang, nanti dah siap rennovation semua baru Anna akan apply sebab diorang mintak gambar premis perniagaan tu. Kalau sesiapa ada pengalaman apply tuk permit premis perniagaan, makanan, bagitau ye. Perlukan guide. (Syarikat dah register dah kat SSM, sekarang ni nak register kat MBPJ plak, sebab bukak perniagaan kat public place, so part ni yang tak berapa clear).

Kerusi meja tuk cafe dah beli, studio lighting dan backrop belum lagi. Takpa perlahan-lahan. Lagipun Anna buat ni pon dengan bajet yang agak ketat, guna duit simpanan sendiri, lebih prefer kalau tak ambik loan, pening nak kena bayar balik. Kalau duit sendiri boleh rilek sket. Tapi tulah, ikutkan memang tak cukup, banyak lagi benda yang nak kena beli ni, duit dah makin tinggal sikit.

Sekarang ni dah ada 2 orang yang Anna akan amik untuk kerja bersama secara tetap. Sorang yang tolong-tolong, sorang lagi sebagai photographer dan designer. Yang lain-lain untuk kolaborasi, freelance atau part-time.

Dan sekarang Anna akan mula buat untuk wedding juga. Jadi sesiapa yang nak kahwin ke tunang ke, silalah khabarkan ya jika kamu mencari photographer.

Di samping tu, Anna targetlah untuk buat fashion shoot tuk majalah, commercial, personal shoots sudah semestinya, produk dan sebagainya, skop agak luas tapi fokus adalah people & portraits. Dari segi design pula, untuk advertisements, biz cards, apa-apal yang perlu didesign. Tapi mungkin secara perlahan kitorang akan mengecilkan skop nak lebih spesifik, bergantunglah di mana kekuatan kitorang.

Tempat ni juga akan mengendalikan event-event kecil seperti akustik night, baca puisi, book reading, private functions macam birthday party ke. Tapi itu semua perancangan lah, bila dah siap dah jalan baru boleh tengok boleh jalan dan sesuai ke tak.

Barangan plak, yang dijual adalah handmade stuff, baju dan sebagainya. Ni nanti nak kena ke Jalan Kenanga nak carik rak letak baju. Huhuhu. Banyak lagiiiii nak beli niiiii. Haih pening, tapi seronok yang amat.

Harap-harap benda ni semua menjadi. Takut pon ada. Harap-harap jugak rupa kedai tu cantik macam 3d rendition tu. Lebih kurang macam tulah rupanya. Tapi lantai mungkin compang-camping kot. Haha. Nanti bisnes dah baik. Duit dah masyuk, bolehlah buat lantai elok-elok, bertatah berlian lagi. Hahaha.

Jadi, sebab nilah Anna lama mendiamkan diri. Banyak yang harus diuruskan. Nanti bila dah siap, jemput datanglah ye. Nanti akanku bagi lokasinya. Heee.

Isnin ni baru diorang akan datang tuk buat store front tu. Eeeeeeek!

p/s: Rasa kekok nak tulis sebab lama dah tak berblog. Huhuhu.

{ANNA}

20090324

Kenapalah talented sangat kau ni ?

http://www.youtube.com/watch?v=EhS4mQ0QoH4